Friday, October 27, 2006
Thursday, October 26, 2006
Kuantan... Catatan Bergambar...
Kuantan ni takdelah sebesar mana pun.. Aku rasa adalah sebesar Miri aje. Bangunan tinggi pun tak banyak. Paling tinggi dan grand ialah Kompleks Teruntum dengan menara 21 tingkatnya yang menempatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Masa kekecik arituh tak silap aku namanya Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) aje. Bangunan tu memang strategik. Sesapa yang masuk ke bandar ni memang takkan lepas menengok bangunan ni. Pada tahun 80an arituh ianya menempatkan kompleks beli belah utama di Kuantan. Ada Pasaraya Bintang di tingkat 2, ada gelanggang bowling di tingkat 3, dan di tingkat bawah menempatkan restoran A&W dan Bank Bumiputera. Sekarang ni bangunan ni nampak usang... kecuali Bank Bumiputra-Commerce, yang lenlain rasanya dah tutup. Aku pun dah jarang masuk ke kompleks ini. Lagi best merayap ke Kuantan Parade yang letaknya betul-betul kat belakang kompleks ni... bagi aku, kompleks ni masih berpotensi untuk maju. Kena direfurbish balik macam Kompleks Pertama atau Kompleks Campbell di Kuala Lumpur nun... tapi masa kekecik, inilah tempat paling grand bagi aku di Kuantan ni... Gambar kat atas tu dirakam di atas jejantas di hadapan hospital...
Ini pulak area di persimpangan Jalan Wong Ah Jang - Jalan Bukit Ubi - Jalan Tun Ismail. Kata mak aku, simpang empat ni dulu ialah sebuah bulatan dengan air pancut. Aku tak tau betul ke tidak, tapi Kuantan memang kurang bulatan. Tak macam di Sarawak, yang mana setiap bandar mesti ada bulatan... hatta di pekan-pekan kecil sekali pun. Area ini terkenal dengan aktiviti malamnya. Di sini ramai pondan... especially di area Lorong Kunyit. Kalau korang suka servis ngan pondan, sinilah tempatnya... ada satu lagi area iaitu di belakang bangunan Celcom lama di satu bahagian town yang lain. Memalam boleh nampak Cik Dan (istilah yang dipakai oleh mak aku) berniaga di lorong-lorong gelap di area ni...
Ini pulak ialah kompleks membeli-belah terbesar di Kuantan. Letaknya di Jalan Tun Ismail. Kompleks Berjaya Megamall ngan kaler ijaunya ni memang tumpuan le... ada supermarket, kedai makanan segera, kedai memacam, panggung wayang, food court dan kalau tak silap aku, ada bowling alleys. Kat sini ada Pakson Grand dan Tesco Express. Nak minum Starbucks pun kat sini, nak makan KFC, McDonald's, Pizza Hut, Rasa Gourmet Ayamas dan Kenny Rogers pun kat sini. Kira classlah kekununnya... dulu area ni hutan getah aje... berhantu pulak tu. Sekarang ni area ni di conquer manusia yang jadik antu. Aku rajin gak menengok wayang kat panggung GSC kat tingkat atas tu... biasa nengok wayang ngan adik-adik aku...
Ini pulak area Jalan Gambut. Area ni menempatkan sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan. Aku sekolah kat area ni lah dulu. Ada 3 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah kat sini. Dalam gambar ni, semua sekolah di area sebelah kiri. Manakala area sebelah kanan menempatkan Wisma Persekutuan, Wisma Seri Pahang dan Dewan Undangan Negeri (aku panggil Kaabah sebab bangunan DUN ni bersegi empat dan kaler hitam wakakakak). Malam minggu ada pasar malam kat sini... takdelah sebest pasar malam Jalan TAR tapi untuk bandar Kuantan kira okeylah...
Ini pulak ialah mercu tanda bandar Kuantan. Masjid kaler biru-ijau ni ialah Masjid Sultan Ahmad 1. Besar agam dan indah buatannya. Korang kalau singgah Kuantan, singgah le kat masjid ni. Aku selalu semayang Jumaat kat sini masa duduk kat Kuantan arituh. Masjid ni dibina di atas tapak masjid lama yang aku panggil Masjid tempurung kelapa wakakaka... ini adalah kerana masjid lama berbentuk sebelah tempurung kelapa yang bertangkup. Masa masjid ni dibina dulu, ada dijumpai bom peninggalan perang dunia... sibbaik jumpa masa masjid di bina, kalau tak haru wakakakak. Ada padang di hadapan masjid ni. Tu yang nampak luas aje walhal masjid ni terkepit di celah bangunan-bangunan di bandar Kuantan.
Inilah pemandangan bandar Kuantan di waktu malam. Gambar di ambil dari atas Jambatan Tanjung Lumpur yang menghubungkan bandar Kuantan ke kawasan perkampungan nelayan di seberang sungai. Kalau kowang sukakan area pantai laut yang diteduhi pohon nyiur dan rumah rumah kampung, kat area sinilah patut korang jejaki...
Di samping pantai yang cantik, Kuantan ada gak kawasan air terjun. Sejam perjalanan melalui Jalan Gambang, masuk ke simpang Panching ialah Air Terjun Sungai Pandan. Dulu rajin famili aku berkelah kat sini. Pepagi kami pergi. Air suam aje kat sini tapi kalau dah tengahari tu airnya cam ais. Pergi tengahari ramai sangat orang. Seeloknya pergi awal pagi... bila orang dah ramai sangat, baliklah... boring sebab bising dan ramai orang muda wat projek wakakaka lama dah tak pergi sini. Tak tau camanalah sekarang agaknya air terjun ni...
Itulah serba sedikit catatan aku mengenai Kuantan. Nanti aku balik kampung, aku akan snap lagi gambar bandar Kuantan untuk tatapan korang... penat weh aku menaip ni wakakakak
Entry oleh Damit pada detik 12:55 PM 2 Mengomplen kat sini
Aku ingin pulang...
Dan inilah dia lirik penuh lagu yang melatari iklan ni... sungguh indah dan puitis... bila didengar dengan penuh khusyuk pastinya bisa buat hati kecilmu tersentuh...
(EBIET G. ADE)
Ke manapun aku pergi
Bayang-bayangmu mengejar
Bersembunyi di manapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri
Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab s'mua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian
Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du... du... du...
Ke manapun aku pergi
Selalu ku bawa-bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu kubuka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa
Aku ingin pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
U... hu...
Aku ingin pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
Entry oleh Damit pada detik 12:27 PM 1 Mengomplen kat sini
Saturday, October 21, 2006
Entry Khas Untuk 24 Oktober 2006
tapi hari rayalah pulakkan?
Maknanya orang Pahang dapat ekstra cuti sehari
sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.
Daulat Tuanku!
"Ya Allah yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Duli Tuanku Raja kami..."
- lagu negeri 'Allah Selamatkan Sultan'
Entry oleh Damit pada detik 3:50 PM 0 Mengomplen kat sini
Friday, October 20, 2006
Kisah nenek tua yang memilukan
Aku terus menumpukan perhatian aku ke kaca tv. Wajah nenek Esah mengingatkan aku akan nenekku di kampung. Cara berpakaian saling tak sumpah... malah rasanya saiz mereka pun hampir sama. Tinggal berseorangan di sebuah rumah usang yang sudah buruk untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan tanpa keluarga. Aku cukup pilu dan sebak melihat betapa sukarnya nenek Esah meneruskan kehidupan. Mengutip sayur sayuran kampung di tepi sungai, memancing ikan, mengemas rumah dan laman, memasak di dapur yang uzur, lantai yang berlubang dan reput dan tidur di dalam kegelapan malam kerana tidak mempunyai bekalan elektrik. Terasa perit tekak melihat nenek Esah makan nasi tanpa lauk... hilang selera aku seketika dan aku tak malu mengakui yang air mata aku bergenang kerana aku sungguh simpati dengan nasib nenek tua ini. Sebagai lelaki yang seharusnya mempunyai air mata yang mahal, aku akui yang aku tidak segan mengeluarkan air mata untuk menangis kerana bersimpati dengan golongan warga emas yang serba malang dan daif di dalam meniti hari hari terakhir di penghujung usia. Bagiku mereka ini sepatutnya diberi bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan selesa; bukannya dibiarkan terkontang-kanting tanpa pembelaan. Dahulu aku sering menangis simpati sewaktu Edisi Siasat menjelajah seluruh pelusuk tanahair menghebahkan cerita mengenai nasib malang warga emas senasib dengan nenek Esah ini. Dan sedikit derma kuhulur melalui sms untuk setidaknya membantu nenek tua ini. Tatkala aku menaip entry ini, mataku masih bergenang dengan air mata sayu... melihat wajahnya yang redup itu cukup buatkan hatiku terusik... semoga ketibaan Syawal beberapa hari lagi ni, nenek Esah akan sekurang-kurangnya dapat menyambut Hari Raya dengan sedikit kegembiraan. Doaku untuk kebahagiaan nenek tua ini... salam dari cucu yang jauh dan nenek tidak mungkin akan kenal...
Entry oleh Damit pada detik 6:34 PM 1 Mengomplen kat sini
Thursday, October 19, 2006
Ucapan raya dari geng lama...
Entry oleh Damit pada detik 5:01 PM 0 Mengomplen kat sini
Lagu raya klasik?
oleh 4U2C
Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut Syawal bulan mulia
( 1 )
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua
Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia
1 Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
( ulang 1 )
( 2 )
Yang yatim yang miskin pun gembira
Walaupun hiba di pagi hari raya
Yang kecil pun turut bergembira
Menyambut hari raya oh, oh mulia
Sebulan berpuasa mengajar kita
Erti kesabaran dan keinsafan
Menghormati yang tua muda dan pada ibu
bapa keluarga tercinta
Ampun dan maaf dihari yang mulia dari anakmu
Dan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua
( ulang 1 & 2 )
Entry oleh Damit pada detik 4:44 PM 1 Mengomplen kat sini
Story of my life?
Aku hargai keprihatinan kengkawan namun rasanya belum tiba masa untuk aku mencurahkan segala masalahku kepada kengkawan umpama mencurahkan air ke daun keladi... aku hanya mahu kengkawan mengerti yang aku hanya manusia biasa. Ada masanya aku gembira, dan ada masanya aku berduka, kuciwa dan lara...
Cukuplah sekadar kengkawan mengerti yang aku mengalami masalah jiwa yang kacau buat masa ini. Dan cukuplah kengkawan tahu yang aku amat menghargai sokongan dak keprihatinan kengkawan...
Percayalah... di saat ini aku merasa amat lega sekali... entah kenapa aku tak pasti? Mungkin aku sedar aku tidak berseorangan di bumi Allah yang luas ini...
Entry oleh Damit pada detik 4:24 PM 0 Mengomplen kat sini
Dalam Kenangan...
Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian
Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan
Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan
Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan
Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan
Entry oleh Damit pada detik 4:05 PM 0 Mengomplen kat sini
Petang Yang Sayu
Namun aku bersyukur kerana sokongan kengkawan yang dapat aku lihat melalui posting di porum, di blog aku dan di sms... you guys are great! Terharu sungguh aku sebab walau tak bertemu, korang concern gak kat aku yang terkontang kanting di rantauan ni... hu hu hu hu thanks a lot to all my bro and sis out there... you know who you are...
On a merrier notes... tadi aku dapat PM dari Vagg... she's be sitting for her exam after raya. PM dari Vagg bisa buatku senyum... bisa mengalih tompokan awan itam itu...
Entry oleh Damit pada detik 3:40 PM 0 Mengomplen kat sini
Moderator Idol Di AMNet...
Cam biasalah pepagi masuk opis aku terus terkam ke arah notebook aku... nak masuk ke porum. Pergi jenguk Kool... nampaknya ada masalah cam semalam. Tetiba rasa lemau semacam... then aku ke AMNet... no problem. Ada Moderator Idol... pencarian moderator baru setelah lebih setahun AMNet membubarkan sistem moderatornya. Tengok syarat-syarat... ketat kan main namun aku tahu apa yang bermain di kepada empunya porum dan aku tak salahkan mereka... kalau aku berminat pun tak mungkin memenuhi syarat-syarat ditetapkan... then tengok ada yang calonkan nama aku untuk jaga Board Seram. Dan dan masa itu juga aku mereply kat thread tu yang aku tak mahu dan kalau dicalonkan juga, aku akan menarik diri. Bagi aku keje moderator cukup berat. Apatah lagi aku ni bukannya berposting dengan siyes. Banyak memain aje. Mencilok sana sini. Mengoff topickan thread orang. Layak ke aku? But then I am not interested as much as it was too tempting. Sewaktu ramai kengkawan berpecah ke sana ke mari lepas tsunami arituh, ada gak yang offer jadik moderator tapi aku tolak dengan baik. Bukannya sombong atau apa, aku tak layak... aku hanya layak jadik mat rempit, mat sentul ataupun apa saja yang tak elok di porum porum ni... tak banyak kebaikkan yang aku bawak... hanya lawak bodoh untuk menghiburkan hati aku. Cuma penghargaan diberikan empunya porum untuk aku menjaga kem pelarian AMNet arituh... jadik ketua khemah. Cuma beberapa hari namun aku rasakan tanggungjawapnya cukup berat. Menggigil tangan menengokkan function moderator... tak sanggup aku jadi moderator lelama... Itu saja... but then it is nice to know that some people do recognised me... aku harapkan lepas ni semua moderator baru yang dilantik akan melaksanakan amanahnya dengan sempurna di AMNet... harap tidak berlaku cantas mencantas tanpa sebab. Aku dah kurang memosting di sana. Peluang memosting seharusnya diberikan kepada adik-adik baru dengan idea baru... namun gembira jugak sebab AMNet masih memberi ruang kepada otai-otai lama bertemu dan menjejak kasih di Board Info Komuniti. Air dicincang takkan putus... inikan pulak sesama kita yang pernah memeriahkan kampung lama tahun-tahun sudah... kenangan manis sentiasa menggamit memori dan menguntum senyum di bibir... itulah keindahan persahabatan... walaupun aku tak mungkin akan jumpa korang secara fizikal di alam nyata, persahabatan alam siber ini sebenarnya seindah realitinya...
Entry oleh Damit pada detik 11:25 AM 0 Mengomplen kat sini
Wednesday, October 18, 2006
Petang Yang Sedih...
Dan aku rasa sungguh sedih ngan apa yang aku dengar...
Mungkin lebih baik aku rasa sesorang kat Miri ni...
Kalau aku balik pun mungkin tak menyenangkan hati...
Guys... terus terang aku cakap yang aku sekarang ni rasa down sangat... hu hu hu hu
Malas nak wat entry pepanjang.... tetiba rasa cam sesorang aje kat dunia ni...
Entry oleh Damit pada detik 7:13 PM 3 Mengomplen kat sini
Tuesday, October 17, 2006
Tak berporum aku arinih!
Entry oleh Damit pada detik 5:28 PM 0 Mengomplen kat sini
Seketika di pasar Ramadan...
Ini pulak gerai air yang menawarkan air pelbagai kaler. Yang aku moskelkan itu ialah air kaler biru yang bagi aku sungguh mengancam tapi sampai sekarang aku tak tergamak nak membeli mahupun merasanya... wakakakak
Dia orang kat sini sediakan makanan ikut kepala dia orang aje... ini adalah tauhu sumbat yang aku tak tergamak nak memakannya... aku rasa dia pakai kuah petis kot?Karipap pusing banyak dijual di sini... rangup kulitnya... intinya pulak ikut nasiblah... kena sedap, memang menjilat kaki... kena tak sedap, rasa nak memaki... wakakakakInilah apam balik paling morah aku jumpa... sekeping singgit. Aku tak beli pung... sebab nampak cam tak sedap aje. Member aku beli... wakakakak
Itulah catatan aku di pasar Ramadan...
Entry oleh Damit pada detik 7:50 AM 0 Mengomplen kat sini
Kembali semula...
Entry oleh Damit pada detik 7:33 AM 3 Mengomplen kat sini
Thursday, October 12, 2006
Life is easy
Bad is easy... Good is hard.
Losing is easy... Winning is hard.
Talking is easy... Listening is hard.
Watching TV is easy...
Giving advice is easy... Taking advice is hard.
Flab is easy... Muscle is hard.
Stop is easy... Go is hard.
Dirty is easy... Clean is hard.
Take is easy... Give is hard.
Dream is easy... Think is hard.
Lying is easy... Truth is hard.
Sleeping is easy... Waking is hard.
Talking about God is easy... Pray to God is hard.
Holding a grudge is easy... Forgiving is hard.
Telling a secret is easy... Keeping a secret is hard.
Play is easy...Work is hard.
Falling is easy...Getting up is hard.
Spending is easy... Saving is hard.
Eating is easy... Dieting is hard.
Doubt is easy... Faith is hard.
Laughter is easy... Tears are hard.
Criticizing is easy... Taking criticism is hard.
Letting go is easy... Hanging on is hard.
Secret sin is easy... Confession is hard.
Pride is easy... Humility is hard.
Excusing oneself is easy... Excusing others is hard.
Borrowing is easy... Paying back is hard.
Argument is easy... Negotiation is hard.
Naughty is easy... Nice is hard.
Going along is easy... Walking alone is hard.
Dumb is easy... Smart is hard.
Cowardice is easy... Bravery is hard.
Messy is easy... Neat is hard.
War is easy... Peace is hard.
Sarcasm is easy... Sincerity is hard.
Growing weeds is easy... Growing flowers is hard.
Reaction is easy... Action is hard.
Can't do is easy... Can do is hard.
Feasting is easy... Fasting is hard.
Following is easy... Leading is hard.
Having friend is easy... Being a friend is hard.
Entry oleh Damit pada detik 7:16 AM 0 Mengomplen kat sini
50 Romantic ThingsTo Do
1. Watch the sunset together...
2. Whisper to each other...
3. Cook for each other...
4. Walk in the rain...
5. Hold hands...
6. Buy gifts for each other...
7. Roses...
8. Find out their favourites cologne/perfume and wear it every time you're together... 9. Go for a long walk down the beach at midnight...
10. Write poetry for each other...
11. Hugs are the universal medicine...
12. Say "I love you..." only when you mean it and make sure they know you mean it... 13. Give random gifts of flowers/candy/poetry etc...
14. Tell her that she's the only girl you ever want. Don't lie!
15. Spend every second possible together...
16. Look into each other's eyes...
17. Very lightly push up her chin, look into her eyes, tell her you love her, and kiss her lightly...
18. When in public, only flirt with each other...
19. Put love notes in their pockets when they aren't looking...
20. Buy her a ring...
21. Sing to each other...
22. Always hold her around her hips/sides...
23. Take her to dinner and do the dinner for two deal...
24. Spaghetti? (Ever see Lady and the Tramp?)
25. Hold her hand, stare into her eyes,kiss her hand and then put it over your heart... 26. Dance together...
27. I love the way a girl looks right after she's fallen asleep with her head in my lap...
28. Do cute things like write I love you in a note so that they have to look in a mirror to read it...
29. Make excuses to call them every 5 minutes...
30. Even if you are really busy doing something, go out of your way to call and say "I love you..."
31. Call from your vacation spot to tell them you were thinking about them...
32. Remember your dreams and tell her about them...
34. Tell each other your most sacred secrets/fears...
35. Be Prince Charming to her parents...
36. Brush her hair out of her face for her...
37. Hang out with his/her friends...
38. Go to church/pray/worship together (not for Muslim okay?)
39. Take her to see a romantic movie and remember the parts she liked...
40. Learn from each other and don't make the same mistake twice...
41. Describe the joy you feel just to be with him/her...
42. Make sacrifices for each other...
43. Really love each other, or don't stay together...
44. Let there never be a second during any given day that you aren't thinking about them, and make sure they know it...
45. Love yourself before you love anyone else...
46. Learn to say sweet things in foreign languages...
47. Dedicate songs to them on the radio...
48. Fall asleep on the phone with each other...
49. Stand up for them when someone talks trash...
50. Never forget the kiss goodnight and always remember to say, "Sweet dreams..."
Entry oleh Damit pada detik 7:06 AM 0 Mengomplen kat sini
Pernahkah korang...
Pergh... siyes pulak pepagi 19 Ramadan ni yek?
Aku tetiba di alam blues...
Entry oleh Damit pada detik 6:54 AM 1 Mengomplen kat sini
Wednesday, October 11, 2006
Siri Enponku: Samsung SGH-X620C
Entry oleh Damit pada detik 5:18 PM 0 Mengomplen kat sini
Siri Enponku: Nokia N70
Entry oleh Damit pada detik 4:55 PM 0 Mengomplen kat sini
Siri Enponku: Nokia 3230
Entry oleh Damit pada detik 4:39 PM 0 Mengomplen kat sini
Siri Enponku: Nokia 7610
Entry oleh Damit pada detik 4:22 PM 0 Mengomplen kat sini
Siri Enponku: Nokia 6610i
Entry oleh Damit pada detik 4:15 PM 0 Mengomplen kat sini