Thursday, November 23, 2006

Friday, November 17, 2006

Perjalanan Anak Rantau 3

Sambungan dari entry Perjalanan Anak Rantau 2

Adeih... berkulatlah aku nak menunggu connecting flight balik ke Kuantan. Flight pukul 4.40 petang. Waktu aku masuk ke balai berlepas baru pukul 11.30... sibbaik kat balai berlepas ada WiFi free. Dapatlah aku berporum dan mengakses internet...


Gambar ni aku rakamkan dari balai berlepas. KLIA nampak cantik dengan pokok-pokok yang menjadikannya seolah-olah lapangan terbang di dalam hutan...


Pemandangan di balai berlepas yang sedikit sunyi selepas Air Asia menggunakan Terminal Tambang Murah... kalau tak arituh memang senantiasa penuh dengan manusia yang nak terbang dan yang baru sampai...


Satu lagi pemandangan... kosong aje... owang pun tak ramai... boring sih... sibbaik aku bawak laptop. Leh gak nak internet...


Dalam kul 2... tahap keboringan yang memuncak dah ni... aku pun pergi ke restoran Burger King di balai berlepas ni... owang pun tak ramai...


Aku makan nugget ayam, apple pie dan fries... mengunyah ngan penuh keboringan... bilalah nak naik kapal terbang ni? Dah berakar montot menunggu...


Pas makan aku melangkah ke wing B balai berlepas... nak carik pintu berlepas ke Kuantan...


Akhirnya masuk jugak aku ke pintu balai berlepas ke Kuantan... ramai gak umat yang nak Kuantan arituh... biasanya takdelah ramai sangat...



Adeih... berjam-jam nunggu... akhirnya pasni dapat gak aku masuk kapal terbang... aku ingin pulang... wakakakakak

Bersambung di coretan berikutnya...

Perjalanan Anak Rantau 2

Sambungan dari entry Perjalanan Anak Rantau 1

Pesawat terbang MAS yang aku naik sampai ke KLIA kira-kira jam 8.45 pagi. Connecting flight ke Kuantan lak pukul 4.40 petang... Adeih! Berkulatlah aku menunggu jawapnya... jadi ngan lenggang lengguk ala Mak Limah aku pun menapak le ke balai ketibaan. Dah le pesawat tu guna skybridge no. B8... jauh sungguh aku menapak. But I have all the time in the world! Destinasi pertama ialah kedai Airport Shoppe. Beli sokabar dan air... kat sini murah sikit berbanding beli kat kedai lain di sekitar KLIA. Then aku turun ke tingkat bawah... ke Food Garden untuk sarapan...


Wah... cantik gak Food Garden ni dihiasi ngan dekor Deeparaya... pelita bertingkat ni letaknya di pintu masuk. Kalau korang nak makan kat KLIA, aku cadangkan korang makan aje kat sini. Makanan takdelah mahal sangat (tapi standard rega airportlah...) berbanding ngan kafe kat tingkat atas sekali tu. Lagipun sini ada makanan melayu...


Cess.... warung roti canai tak bukak lagi... seingat aku dah 2-3 bulan dah tengah renovate. Aku suka makan roti bom kat sini... maka terpaksalah aku pusing ke warung lain. Akhirnya aku mengambil keputusan nak makan mee kari aje... wakakakak pepagi dah makan mee kari. Aku nengok ada kerang le... dah lama tak makan. Mee kari kerang tu reganya RM5 kalau tak silap. Dapat carik pot baik, terus aje aku sarapan sambil membaca paper The Star... Kat atas ni gambar The Baker... warung pertama kalau masuk Food Garden. Kat sebelah The Baker ni lah warung roti canai yang dah beberapa bulan tutup tu...

Lama gak aku abiskan masa membaca paper... apa lagi nak buat yek? Then aku nampak warung jual roti, The Baker... agaknya roti resepi Norway kot sebab ada bendera Norway. Jadik untuk menghilangkan boring, aku pun orderlah dua ketul ban... leh tahan gak sedapnya... rega pun leh tahan mahal... wakakakak


Sejam lebih gak aku lepak kat Food Garden ni... makan-makan dan minam-minam... Akhirnya masa untuk aku melepak kat tempat lain pulak. Jadi aku pun mengambil keputusan nak jenjalan kat tingkat atas sekali. Kat floor yang banyak counter check-in tu. Suasana taklah sibuk sangat. Sesambil window shopping tu aku pun mencuci mata menengok aweks-aweks yang mengancam yang bertaburan di situ wakakakak


Aku tertarik ngan satu pulau tumbuh-tumbuhan yang menjadi deskorasi di KLIA ni. Cantik sungguh buatannya. Ada water feature bagai... kalau aku ada duit, nak aku pasang satu benda alah ni dalam opis aku wakakak... Ni gambar 3 water features yang cantik tu...


Gambar ni aku rakam kat satu area yang biasanya dijadikan bazar Ramadan di KLIA. Nampaknya tahun ni aku tak sempat nak nengok bazar Ramadan di sini. Yang tinggal cumalah satu pentas kosong ngan banting ni aje...


Eskelator ni untuk mereka yang nak gi oversea dan naik penerbangan antarabangsa. Aku pernah guna sekali aje. Aku naik penerbangan Royal Brunei ke Bandar Seri Begawan arituh...


Ni pulak kolam sempena Deepavali arituh. Kolam ni letaknya di tingkat bawah... di area untuk mereka yang nak gi naik kapal terbang ke destinasi antarabangsa...


Puas berjalan keliling KLIA, aku pun pergilah ke pintu keselamatan untuk masuk ke balai berlepas... adalah 4-5 jam lagi nak bertolak tapi di balai berlepas leh pakai WiFi... sapa takmo guna kemudahan internet free kan? Kat sinilah pemeriksaan keselamatan dilakukan.


Korang yang selalu naik penerbangan domestik mesti perasan kedai cokelat ni kan?


Betapa rajinnya abang Bangla ni menolak troli... wakakakak

Bersambung lagi di coretan selanjutnya...

Perjalanan Anak Rantau 1

Rasanya kowang masih ingat betapa sentapnya aku sebelum raya ari tuh... ada krisis sikit ngan famili aku di kampung sampaikan aku tergamak buat keputusan yang tak pernah aku buat sebelum ni iaitu takmo balik beraya... tapi anak mana yang tak sayu bila mendengar suara ibu yang kesedihan apabila anak sulungnya tak pulang berayakan? Jadi akhirnya aku mengalah dan aku mengambil keputusan untuk balik juga ke kampung. Itupun setelah 6 Syawal... inilah catatan perjalanan aku... catatan perjalanan anak rantau pulang ke desa untuk berhari raya...Arituh ari Ahad... flight aku kul 6.30 pagi dari Miri. Maknanya sebelum kul 6 pagi dah kena check-in kat lapangan terbang. Kul 5 aku dah ke lapangan naik teksi. Nak harapkan kengkawan, aku takmo kejutkan mereka pepagi buta tu. Naik teksi awal pagi ni kena caj RM25. Nasiblah... nak balik raya punya pasal. Kul 5.15 aku dah sampai ke lapangan terbang. Lapangan terbang dah buka, tapi kaunter check-in MAS dan kaunter pemeriksaan keselamatan tak bukak lagi. Sementara menunggu kaunter-kaunter tu bukak kul 5.30 pagi, aku pusing-pusing dalam lapangan terbang. Kedai-kedai pun tutup lagi...


Ni lah pemandangan dari dalam Lapangan Terbang Miri. Kosong aje takde orang wakakaka! Untuk pengetahuan korang, Lapangan Terbang Miri ni beroperasi sampai pukul 10 malam aje. Flight MAS ke KL jam 6.30 pagi ni adalah merupakan penerbangan yang pertama keluar dari lapangan terbang ni setiap hari.


Ni dari satu lagi angle... lapangan terbang ni fully aircondition... sesuailah sebab kalau siang hari kat Miri ni panas sangat. Awal-awal pagi lagi teksi dah menunggu kat lapangan terbang. Tak taulah nak ambik sapa sebab takde kapal terbang lagi yang mendarat kat sini pada subuh-subuh hari ni...


Waktu aku tengah beratur nak check-in ada beberapa orang makcik dan pakcik kertu keturunan Cina dah riuh-rendah menunggu nak check-in. Puak ni gi memana pun bising. Berborak cam duduk kat ruang tamu umah sendiri. Tapi lantak le... mulut dia orang. Lagipun aku takde kuasa nak menampal mulut makcik dan pakcik kertu ni pakai plaster wakakak! Masa ni pakcik-pakcik kertu tu duduk kat kerusi. Agaknya sakit lutut berdiri lama sangat. Makcik kertu tu ngan daringnya menjeling ke arah aku sambil menjaga beg. Aku ambik gambar ni pakai kamera enpon, jadi aku rasa dia tak sedar yang aku ambik gambar muka kerepotnya pagi tu wakakakak!


Sementara aku menanti nak masuk ke balai berlepas, aku duduk dulu kat luar balai berlepas di tingkat 1. Kat area ni ada dekorasi sempena hari raya. Kalau tak kosong ajelah... Satu tompokan pulau tumbuh-tumbuhan yang bagi aku dibuat ala kadar aje.. jangan tidak kata orang tu... wakakaka


Ni plak gambar dalam smoking lounge setelah aku masuk ke balai berlepas. Akulah makhluk pertama yang merokok kat situ pada pagi tuh... kagumnya aku sambil membakar peparu. Nampak tak rokok yang masih menyala tu? Aku le yang isap! Wakakaka!
Ni plak gambar rokok dalam posisi sendeng wakakakak!

Penerbangan aku ke Kuala Lumpur pagi tu separuh penuh. Banyak seat kosong. Aku abiskan ngan tido aje. Yang peliknya bila tiba time sarapan pagi dihidangkan, secara automatik aku bangun wakakakak

Aku sampai KLIA kul 8.45 pagi... nantikan coretan berikutnya...

Kembali berblog...

Dekat 3 minggu jugak meninggalkan dunia blog ni... Ramai gak yang carik aku. Menantikan cerita atau catatan terkini... macamlah aku ni popular sangat... wakakakak! Alkisahnya aku balik beraya di kampung. Adalah 2 minggu jugak. Bukan tiada talian internet di kampung, tapi aku mahu pastikan tiada gangguan dalam cutiku. Porum pun aku tak masuk. Cuma dua kali aku memosting kat Kool menggunakan WAP. Canggih lah tu wakakakak.... abis cuti, aku balik ke Miri. Keje menimbun. Takde masa nak menulis blog. Banyak masa aku abiskan di porum Kool dan AMNet. Windukan sembang ngan kengkawan... AMNet pulak sekarang ni bertukau umah lagi. Bintang berterabur sekali lagi. Slow slowlah menapak. Puak puak Sengal pun dah kurang. Sibbaik ada Kool. Kat situlah aku membuat lawak bangang... Arinih start balik. Tapi ini baru mukadimmah aje... tunggu yek? Dan tengkiyu atas segala galakan dan sokongan dari kengkawan...

Wednesday, November 15, 2006