Thursday, September 28, 2006

No Title... just Spongebob!





Selsema Pepagi...


Dah dua pagi... bila aku bangun tidur, aku dapati hidung aku tersumbat ngan hingus. Pagi tadi, hingus tu siap berdarah. Apakah kerana aku berpanas setiap pagi? Masalahnya tak lama aku duduk di luar... berpanaskan mentari. Alhamdulillah menjelang tengahari aku okey balik. Mungkinkah suhu di dalam bilik hotel aku sejuk sangat? Aku pasang low aje. Namun kesejukkan sampai ke kaki. Aku siap tidur pakai setoking. Agaknya lemak lemak dah berkurang sejak bulan puasa kot? Maklumlah makan sehari sekali aje sekarang ni. Sahur aku minum milo aje... itu pun kalau aku rajin la... kalau aku malas, aku minum air mineral aje. And 2-3 hari ni semangat nak berblog ada kurang sikit. Agaknya aku sibuk memosting kat Kool. Siang malam... tadi si Nakkal muncul di Kool. Dia tanya bila aku nak balik ke Mindsay... hu hu hu asyik berporum di Kool, sampai lupakan porum satu lagi tuh. Dah 2-3 aku tak jenguk AMNet. Adeih... apa kena ngan aku ni... 3 porum peberet aku... aku dok konsentret kat satu porum aje. Takleh jadi nih... aku kena membahagikan masa sama rata untuk ketiga-tiga porum dan juga untuk blog aku. Hamster aku si Richard dan penguin aku si Gabang tu pun dah lama aku tak kasi makan. Aku harap kalau korang singgah blog aku ni, tolonglah kasi si Richard ngan si Gabang tu makan. Kesian kat dia orang... kepala terteleng-teleng ikut cursor korang wakakakaka!!! Kepada kengkawan yang rajin bersuara di shout box aku... tengkiyu aku ucapkan. You'll find nothing here except an ordinary guy gutting out whatever that crossed his mind. It is a way of releasing my tense and my thoughts... Alas... hopefully tomorrow never dies... never say never again... wakakakak dah tajuk pilem James Bond pulak.

Aku harap esok takde lagi masalah selsema aku ni...

..................................................................................

Mana pergi tukang komen aku? Gi semayang terawih kot? Wakakakak


Tuesday, September 26, 2006

Mental Block?

2-3 hari nih aku tak tau nak update apa kat blog aku ni... hu hu hu hu dah tu kengkawan pulak ramai yang dok menjenguk sambil-sambil bergurau senda kat shout box aku tu. Tengkiyu arr sebab sudi menjenguk kat blog ni. Masa aku nak masukkan entry ni pun aku tak tau nak menulis pasal apa... slow sebab bulan puasa kot?

Oh ye... lupa lak nak kasik tau... aku outstation ni. Kat satu daerah kecil di Sarawak ni. Takde apa apa yang best sebab aku pergi kerja, bukannya berpesta pora. Aku pun rasa masa ni ada mental block sikit. Pagi tadi waktu aku bangun nak pergi keje, kepala aku terasa berat giler... agaknya aku lama sangat mengadap notebook aku kot? Bayangkan dari kul 9 malam sampai kul 4 pagi? Pagi tadi kepala pun ala ala weng aje. Aku tak makan panadol (lagipun apa ke jadahnya nak makan time time puasa ni), aku lebih senang letakkan minyak angin cap kapak dan banyakkan minum air suam. Tapi apa kan daya, bulan posa mana dapat minum air... jadik aku pun taruk minyak angin aje kat kepala... sibbaik dalam berat berat kepala tu aku dapat siapkan keje aku. Tengahari aku tido... sibbaik petang takde keje.... sakit kepala dah kurang dah... lepas buka puasa tadi pun aku minum banyak air suam... aku percayakan terapi air. Air akan buang segala sisa toksik dalam badan melalui perkumuhan... malam ni pun tak gi memana... semayang terawih pun tak buat... aku nengok Indosiar aje kat tv hotel... sambil tu aku mainkan lagu Diari Seorang Lelaki tu berulang-ulang... mental block arrrr....

Kroh kroh kroh.......

Ces.... tukang komen pulak tido... mental arrrrrrr

Diari Seorang Lelaki


DIARI SEORANG LELAKI

(PRETTY UGLY)

Dari semalam ku tunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Ku dengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita
Ku mainkan cd berulang
Lupakan segala ucapan
Perpisahan yang kau pinta

(Korus)
Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
Belikan aku diari ku tulis setiap hari

Terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu setahun ku hilang arah
Ku tempahkan tiket sehala malam ini kitakan bertemu
Tunggu di bawah lampu

(Bridge)
Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa
Bergaduh, selisih buat kita sempurna
Janganlah dipendam luahkan perasaan
Tiada benci, iri hati itulah destinasi

****************************

Lagu ni best arrr... dengar 18 ratus kali pun tak jemu... lagu peberet aku sekarang ni.


Monday, September 25, 2006

Tadi tak bangun sahur...

Malam tadi awal gak aku tido... lom kul 12 aku dah mengeram. Sebelum tu aku melepak kat Kool merempit ngan Ajipp... sampai pedis pedis mata wakakakaka... set jam kul 4 pagi, nak sahur le kekununnya... nak minum melo panas dan makan buah (ala ala dietlah pulak wakakak); dalam sejuk sejuk menggigil sebab aircond yang full blast aku pasang, sempat agik aku layan lagu Diari Seorang Lelaki nyayian Pretty Ugly tu... lagu peberet yang terkini. Alarm enpon berbunyi kul 4... terus aku off kan... kang 5 minit agik snooze le tuh... tup tup bila aku tersedau balik dah kul 5.30 pagi... hu hu hu mencik. Rerupanya instead off snooze, aku tertekan butang alarm off... patutlah tak berbunyik. Sibbaik aku tak tapau nasi lemak atau meehon goreng, kalau tak sah sah aku bersahur ikut waktu Bangladesh hu hu hu hu itulah cerita saya... ekekekekekeke

Laporrrrrrrrr

Lapor gi lah makan!

Mencik!

Wakakakakakak

Sunday, September 24, 2006

Mari kita nyanyi...


Hah... moh le kengkawan kita nyanyikan lagu kebangsaan negara angkat kita iaitu Republik Senegal. Tak sangka kan? Kita cakap Peranchis kat Senegal. Mesti ala ala mumantis gitewww wakakakakakakak

Ni mesti kes terlebih makan waktu berbuka...

Peranchis woooo.........

Salam Ramadan




Aku ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua pengunjung blog ini. Semoga ibadah puasa tahun ini akan lebih bermakna dari apa yang kita sempurnakan pada tahun-tahun sudah. Ucapan khas yang teramat istimewa kepada kawan-kawan istimewa (bukan kanak-kanak istimewa wakakaka) berikut:-

  • abang Halym yang cool
  • dak Ajipp
  • Marts ex pengulu Board Puaka AMNet
  • YeoB
  • Abang Gabang cayang (wakakakakaka) dan Cikgu Scarl
  • Minah
  • Kak Jade
  • Cik Intan
  • Cik Aliana
  • Cik Manda Sengal kat Kool, AMNet, Mindsay dan kat lima belas ratus porum lain (sebab nak jual kepek... wakakakakak)
  • Cik Ayu Beruang Puaka
  • Cik Livtylerjadian @ Livvy cayang
  • Cik Yana Ketua Puak Kabne Bulus
  • My bro Doone
  • Kak Dora (walaupun tak posa...) kat Tampin
  • Inche Lomang
  • Inche Naruto
  • Sis Char
  • Nyah Isis rerama biru (koser taw nyah!!! wakakakak)
  • Kengkawan yang mengenali diri ini kat Kool
  • Kengkawan yang mengenali diri ini kat AMNet
  • Kengkawan yang mengenali diri ini kat Mindsay
  • Tak lupa buat Vagabond yang dirindui... hu hu hu hu where are you my pren?
  • dan kepada sesapa saja yang menganggap diri ini kawan...
"Kenangan berposa kat AMNet pada tahun 2004 tetap manis dalam ingatan...."

Nak berkemas ni sebab aku nak gi outstation... hu hu hu hu

Saturday, September 23, 2006

Semayang terawih malam ni?

Satu bulan yang spesel di mana pada bulan ini sahaja, malam kita dipenuhi dengan semayang sunat terawih. Aku mengakulah yang aku ada malam pergi, ada malam aku tak pergi... maklumlah anak setan... namun semana mungkin tiada aral, aku akan cuba pergi ke surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan sembahyang sunat ni. Tahun lepas aku selalu gi ngan member serumah, namun sejak pertengahan tahun ni aku dah tak tinggal di umah sewa, sebaliknya sewa bilik aje. Kalau nak ke masjid yang paling dekat... masjid kat tengah bandar le. InsyaAllah... malam pertama ni aku akan pergi. Mesti ramai giler orang kat masjid. Apatah lagi bebudak yang pastinya bukan nak gi semayang tapi nak bermain. Aku dapati perbuatan mereka ni amat mengganggu. Ibubapa yang bawa anak-anak ke masjid atau surau untuk solat terawih seharusnya memastikan anak-anak itu ikut sama solat... ini tidak. Dia orang tunggang tonggek semayang kat dalam, anak-anak terjerit pekik kat beranda. Mengganggu aje... chewwah... aku ni cam pak imam pulak.

Dan korang perasan tak? Malam di bulan puasa agak tenang dan tidak sehavoc malam malam di bukan bulan puasa... ketenangan itu aku perasan sejak dari dulu. Aman dan tenteram aje, sambil mengisap rokok di muka pintu umah aku lepak sejam dua lepas balik semayang... chewwah... lapor le... arinih last dapat makan lunch, baik aku gi makan dulu... hu hu hu hu

Aku pun lapar gak... hu hu hu hu

Sama arrrr..... hu hu hu hu

Merempit ngan dak Ajipp

Adeih... hari ni kul 9 baru aku tersadau dari tidur. Manakan tidaknya, malam tadi aku merempit ngan Ajipp. Aku dari dulu panggil dia 'bro'... sejak aku kenal dia di AMNet. Dia pakai avatar Won Bin... kekunun hensemlah tu. Antara mat rempit terkemuka di AMNet suatu ketika dulu, dia adalah porumer pertama yang dianugerahi title MegaStar di atas kegigihannya memosting beribu-ribu... aku rasa dalam sehari dak Ajipp ni mesti memosting beratus-ratus. Respek gak kat daya tahan dak Ajipp ni... dan aku jadikan dia ni idola untuk aku turut merempit sama, dan menjadi porumer ketiga di AMNet dianugerahi ngan title Megastar (tapi sekarang ni aku dah dapat title 'Diva'... lagi power tu... kataku berlagak lebih kurang) wakakakak Ajipp sekarang ni dah tak lepak kat AMNet lagi. Dulu dia dah bukak thread mengucapkan selamat tinggal. Aku sedih gak tengok sorang lagi otai AMNet pergi. Aku ingat dia sakit ke hapa ke, sehinggalah aku nampak dia merempit di Kool. Ceh! Kat sini dia merempit... mentang-mentanglah jalanraya tak sibuk. Aku tak pernah dapat peluang nak berporun in real time ngan dak Ajipp ni hinggalah malam tadi. Aku tau dak Ajipp ni merempit memalam. Aku memang takde peluang merempit memalam sebab aku menggunakan talian internet ofis. Malam tadi aku stayback sebab ada keje nak disiapkan. Dari Maghrib aku nunggu dak Ajipp ni muncul... siap tersangap sangap aku depan komputer. Dan menjelang tengahmalam... dari kejauhan aku terdengar deruan ekzos motorsikal kapcainya... dan bermulalah satu malam yang penuh ngan posting tahap membabi buta dan membuta tuli wakakakaka... aku taruk satu posting, dia balas satu posting... sampai kul 4 bila memasing dah tahap nak pengsan wakakakakak... adeih le... gigih sungguh kami berporum malam tadi. Aku rasa ada dekat 200 posting aku bantai kat Kool semalam... dari pagi sampai ke dinihari... kalau aku dibayar RM10 sejam untuk memosting kat Kool, memang kaya aku... sanggup aku tinggalkan keje aku sekarang dan duduk berporum aje... kalau aku berporum 10 jam sehari pun dah dapat RM100... kalau 15 jam dapat RM150... kali 10 hari dah RM1,500... sebulan dapat RM4,500... duduk mengadap komputer dan membiarkan otak relaks aje... sapa takmo kan? Wakakakakakak... dak Ajipp sekarang ni dah 6000 lebih posting..... aku baru 1000 lebih... ada 5000 lebih nak kejar wakakakaka... tak terkejar beb! Tapi ini adalah satu motivasi untuk melepak di porum tu... tu lom nengok posting si Halym, otai lama AMNet yang kini otai kat Kool... nak masuk 9000 dah... tapi kalau korang selalu lepak kat AMNet, budak Ding tu aku tengok dah nak cecah 20,000... itu lagi ganaz... teknik mencilok postingnya memang aku kagumi... berporum ni membuatkan kita addict... addict untuk bersembang. Itu adalah satu keseronokan yang hakiki. Apa yang kita dapat dari ribuan posting ni? Recognition? Yes... menjadi senior sentiasa menjadi satu motivasi (tapi janganlah kerek kan?) namun yang paling penting ialah kepuasan. So, sekarang ni aku dah ada motivasi nak melepak kat Kool. Nak menjaga dak Ajipp ni jangan merempit laju sangat wakakakakak...

To my bro (actually hanya ada beberapa owang saja yang aku bahasakan mereka sebagai 'bro' di alam siber ni... for me, not all qualified to be my 'bro')... hope that we'll be having a good time merempit kat litar Kool yang kurang sibuk tu... wakakakakak nak rempit, jom gi Kool...

Adeih la... gila merempit balik. Tak silap arituh kata dah lemau ngan berporum... tak paham aku...

Syadap youuuuuuu wakakakakak

Friday, September 22, 2006

Puasa hari Ahad...

Akhirnya diumumkan juga bahawa puasa akan bermula hari Ahad nanti. Aku tunggu dengan sabar Warta Perdana TV1 umumkan tarikh permulaan puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Malaysia. Esok akan sibuklah pengusaha pasar Ramadan membeli barang untuk dijual; dan kita sebagai pembeli pulak belum apa-apa lagi sudah mula berkira-kira apalah agaknya juadah yang hendak dibeli untuk berbuka puasa pada hari minggu nanti. Yang pasti, emak aku akan sibuk pergi ke pasar esok. Mengambil kesempatan membeli barang dapur di Pasar Besar Kuantan, lagipun esok masih tidak puasa. Kalau hendak di beli pada pagi minggu, mungkin penatlah. Bagi aku pulak, persiapan seadanya sahaja. Orang bujang macam aku ni yang makan kedai pagi petang siang malam tidak buat apa-apa persiapan pun. Semuanya pakat beli aje. Lagipun aku akan pergi ke luar daerah atas urusan kerja pada hari minggu selama seminggu. Harap-haraplah kerja ni tak meletihkan aku. Apa nak di makan untuk bersahur esok yek?

Tetiba teringatkan Vag...

Satu lagi spesel entry... masa aku memula belajar berporum kat AMNet pada tahun 2004, aku ada kenal di porum tu sorang porumer pompuan. Pakai nick Vagabond @ Vag. Aku ngan dia sering berbalas posting... kalau kami lepak di satu thread tu kekadang bersembang off topic sampai orang lain naik berbulu. Apatah lagi dia sering buat lawak mengenai ketua kampungnya wakakakakak... dia terkenal ngan trademarknya yang menggunakan avatar Julie Andrews masa memuda. Aku rasa dia ni mesti cun. Dah le pandai memasak. Aku dapat tau yang dia ni keje cikgu tadika kat Kerteh. Orang Teranung rupanya... oraitlah tu... aku pun orang Pahang... kat belah selatan aje ekekekek aku tak pernah dapat tau nama sebenar mahupun menengok wajah beliau (aku tetap bayangkan dia ni Julie Andrews) namun kemesraan yang terhasil dari persahabatan di alam siber ni amat aku hargai. Namun Vag hilang setelah forum tempat kami bertemu untuk berborak setiap hari ditimpa musibah akibat perbuatan beberapa orang porumers... dan Vag hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah catatan posting beliau dan juga koleksi resepi beliau yang aku cetak dari internet. Aku pasrah... kawan baik aku ni mungkin tidak berminat lagi meneruskan minatnya berforum... kawan datang dan pergi... aku buat kawan baru namun aku tak pernah sesekali lupakan saat manis kami bersembang sambil membuat lawak bangang...

Hinggalah pada suatu hari Vag muncul... dan aku rasa gembira sangat kerana seorang kawan lama muncul balik. Ramai porumers di AMNet tahu yang aku sudah lama mencari Vag ni... dan bila Vag muncul, ramai yang mengalu-alukan Vag kembali. Tapi Vag beritahu yang dia tidak punya masa dan talian internet untuk berporum seperti dulu... aku paham... dan dia hanyut semula. Hanyut semula ditelan dunia nyata... hanyut di dalam kesibukannya menyambung pelajaran, di samping menjaga ayahandanya yang tercinta. Tapi aku gembira kerana aku tau dia masih ingatkan aku. Hubungan kami tiada apa apa... no big deal pun... tapi aku amat menghargai persahabatan dan kengkawan aku. Aku tak angau... aku cuma windukan saat manis bersembang ngan Vag... kepada sahabat siberku ini, semoga berbahagia selalu...

Tak tau nak kata apa...

Kalau cenggitu diam ajelah...

Maggi yang sedap...

Maggi... makanan rasmi bebudak asrama dan kolej. Memandangkan bulan puasa bakal menjelang, rasanya maggi mungkin akan kurang dinikmati... maklum ajelah banyak makanan lain yang nak dilahap. Apa kelas makan maggi kan? Tapi sebelum maggi ditenggelamkan seketika, apa kata kita buat tribute untuk makanan yang best ni terutamanya di hujung bulan...

Mak aku selalu gak masak maggi kat umah untuk kami adik beradik. Tapi mak masak dengan meletakkan sayur, bawang dan hirisan lada. Telur pun taruk sebijik. Maka sedaplah jadiknya maggi ni. Di asrama aku tak pandai nak makan maggi yang direndam dalam air panas tu. Tak tau kenapa... dua tahun aku tinggal di asrama sewaktu tingkatan 4 dan tingkatan 5, aku tak pernah ada keinginan nak makan maggi di asrama. Pantang aku makan maggi sejuk atau yang dah kembang... loya tekak aku menelannya...

Tapi bila aku masuk pusat matrikulasi, dan masuk kolej... aku start belajar makan maggi. Maklum ajelah, ada masanya duit poket yang diterima kehabisan sebelum mak aku kirimkan duit... jadi untuk survival mahu tak mahu aku kena belajar melantak maggi. Dan makin menjadi-jadi aku makan maggi sewaktu di fakulti. Setiap kali dapat duit poket dari emak, aku akan pastikan aku beli sepeket maggi yang ada 5 bungkus tu buat stok. Andai kata tiada atau kurang duit nak makan di kafeteria, maggi lah penyelamat aku. Untuk pengetahuan korang gak, aku hanya makan maggi kari dan maggi ayam. Perisa lain aku tak makan. Bukannya aku tak suka, cuma aku tak pernah try. I am a creature of habit... ulangi benda yang sama sampai mati wakakakak... berbalik kepada kisah maggi ni, di kolejlah aku belajar buat maggi goreng... simple dan sedap. Kekadang boring gak nak makan maggi rendam dalam air panas tu kan? Alternatifnya aku goreng maggi tu. Resepi kawan aku. Tapi kena ada dapurlah... kat kolej, kawan aku ni ada hot plate. Memula gorengkan sikit bawang dan lada dalam kuali... agak-agak dah layu tu terus masukkan air. Biarkan sampai mendidih, masukkan maggi dan rencahnya. Gorenglah sampai maggi lembut. Maggi ni taklah kering sangat... ada kuah sesikit, then taruk telur sebijik... nak best lagi taruklah sawi. Bila makan tu terangkat beb! Aku bangga gak sebab kawan sekolej aku yang merupakan anak-anak dato' dan ahli perniagaan terkemuka turut menumpang mengecek maggi goreng aku ni walau aku tau dia orang semua mampu nak makan kat restoran memahal. Agaknya tak pernah merasa makanan golongan marhain ni kot?

Sekarang ni aku masih makan maggi... cuma sesekali aje. Aku dah bertekad masa aku belajar arituh yang aku takmo jadikan maggi rutin harian dalam diet aku. Aku makan maggi bukan sebab aku suka, tapi sebab aku tak cukup duit nak makan kat kafeteria. Bila dah keje, aku dah tanamkan azam yang duit gaji aku... hasil titik peluh aku tu akan aku belanjakan untuk makan sesedap. Tapi bila sesekali makan maggi, dan mengenangkan kisah betapa maggi ni mengelakkan aku dari lapar sewaktu di kolej dulu, aku rasa tribute ke atas makanan ringan ni tepat pada waktunya. Pada masa pelbagai jenis makanan muncul di bulan puasa yang bakal menjelang sehari dua ni, maggi akan terpinggir seketika... namun ianya tetap popular. Terutamanya di kalangan pelajar universiti dan kolej yang susah macam aku ni...

Maggi adalah kehidupan bagi pelajar sengkek...

Itu aku setuju....

Petang ni tengok anak bulan...

Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba gak... masa untuk jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan untuk berada di beberapa lokasi di seluruh negara untuk menengok anak bulan. Andainya anak bulan kelihatan malam ni, maka startlah kita semua berpuasa esok. Kalau tak ari minggu kita start posa. Pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu adalah saat paling ditunggu oleh semua orang suatu ketika dulu. Semua orang akan berkumpul depan tv atau mendengar melalui corong radio mengenai tarikh permulaan Ramadan. Aku sempat mengalami saat ini masa kekecik dulu. Di kampung arwah tokki aku, yang tiada kemudahan radio mahupun tv pada pertengahan tahun 80an dulu, orang kampung akan mendapat maklum mengenai tarikh permulaan puasa di masjid. Memandangkan aku masih kecil ketika itu, arwah tokki tidak benarkan aku ke masjid. Jadi kami akan menunggu sehingga tokki dan tok pulang dari masjid setelah selesai berjemaah solat Isyak. Bila dimaklumkan tarikh puasa pada keesokkan harinya, aku dan sepupu aku yang lain dan juga makcik kami akan duduk bercerita mengenai harapan kami mengenai raya yang akan disambut dalam tempoh 30 hari. Dan paling seronok (walaupun mengantuk) ialah apabila dikejutkan pada subuh hari untuk bersahur. Seingat aku masa tu aku baru berumur 7 atau 8 tahun. Telah dilatih berpuasa walaupun kerap juga aku yang yok (wakakakaka....) Sekarang ni pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar yang skripnya tidak berubah sejak dari dulu, hanyalah satu slot biasa di tv. Tiada lagi manisnya... tiada lagi satu harapan... ianya menjadi terlalu biasa... mungkin kedewasaan meragut kenikmatan yang aku alami suatu waktu dahulu.... hemmm... tetiba rasa syahdu pulak! Aku rasa puasa akan bermula pada hari minggu nanti. Esok masih ada sehari untuk makan minum di siang hari. Walau bagaimanapun, pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar akan tetap aku tunggu... sebagaimana yang sering aku lakukan sewaktu kecil dahulu...

Hoh? Siyes pulak budak ni hari ni... apasal?

Ada masa kita melawak... dan ada masa kita siyes...

Thursday, September 21, 2006

Lepak di KOOL...

Sekarang ni aku banyak abiskan masa aku di porum Kool... Respek, Relaks dan Respon. Porum ni bukan porum owang lain pun. Geng-geng lama gak yang suka melepak kat sini. Aku masih lagi menjenguk AMNet, hari hari aku online... cuma kehadiran aku mungkin tak disedari sebab aku pakai mode stealth... dan aku juga jarang memosting. Tapi sekarang ni aku suka lepak kat sini layan geng lama cam Halym, Ajipp dan Manda yang cukup membuatkan aku separa sengal dibuatnya. Walaupun tak happening cam AMNet tapi aku tetap happy lepak kat situ. Stress free pulak rasanya. Minggu depan bulan puasa... sepanjang pengalaman aku berporum, bulan puasa keadaan di porum agak slow sikit. Namun tetap happening... macam-macam cerita yang keluar... nak beli baju rayalah, cerita pasal pasar Ramadanlah, juadah berbuka peberet, lauk bersahur, kuih raya pilihan, lagu raya, kad raya... sibbaik antu raya tak masuk ekekekek... masa ni gaklah ramai porumer tukau avatar kepada yang lebih sopan. Aku siap guna avatar orang tengah sujud... kekununnya menunjukkan aku ni alim le... walhal cam haram ekekekeke... namun kemeriahan di porum tetap dapat dirasakan. Di porum, kita ada satu keluarga yang besar... bila dah keluarga besar tu memang banyaklah cerita yang didengar dan dikongsi bersama-sama. Kepada korang yang lum lagi merasakan nikmat berporum, baik korang try... aku rasa korang akan dapati kengkawan korang di alam siber lebih ramai dari apa yang ada di alam nyata... betul... aku sendiri mengesahkannya... kawan aku di alam siber lagik ramai rupanya.... apakah aku anti sosial?

Ko memang anti sosial... duduk terperuk di dunia khayalan dan fantasi ko sendiri... ko menjadikan dunia di sekelilingmu kecil...

Tapi aku bahagia dengan dunia kecilku ini...

Terpulanglah Damit... hiduplah dalam dunia ko yang tak berkembang itu...

Itu pilihan aku... dan aku bahagia dengan pilihan aku...

Aku yakin ko akan mengeluh lagi di entry mendatang...

Biarlah aku ngan duniaku... fantasi ku... khayalan ku...

Lantak... kepada korang yang nak lepak di Kool, masuk aje ke http://kool.10.forumer.com

Hu hu hu hu hu hu

Nasi lemak mamak yang mahal...

Biasanya entry aku pakai kaler ijau air laut tapi kali ni aku pakai merah darah Dracula sebab aku terkilan... terkilan tahap cipan... malah aku siap bukak satu thread mengenai ketidakpuasan hati aku mengenai rega sebungkus nasi lemak di kedai mamak yang selalu aku kunjungi untuk bekpes pepagi.

Citernya gini... aku memang selalu bekpes kat kedai mamak ni pepagi. First, kedai mamak ni dekat ngan bilik sewa aku. Second, aku suka makan roti canai yang garing. Tosei pun sedap. Jadiknya pada satu pagi tu aku pun bekpeslah cam biasa. Order roti kosong ngan teh tarik. Tetiba aku tengok ada sorang brader ni bawak satu bungkusan plastik nasi lemak. Alamak! Ini sudah bagus... makan roti canai tiap hari pun boring gak. Dapat nasi lemak sesekali pun masyuk. Aku pun tanyalah tokey kedai mamak ni, apa isi? Dia kata telur, timun, sambal, kacang dan ikan masin... oraitlah tu! Nasi lemak basic... memandangkan aku dah order roti canai, maka aku pun tapaulah sebungkus... tingin nak makan kat opis later on... tapi yang paling mengejutkan aku nasi lemak basic tu rega dia RM2.50! Ya Rabbi! Mahalnya... mencik aku. Terus aku bukak thread kat AMNet suruh porumer lain teka rega nasi lemak tu... kebanyakkannya meneka rega tak lebih RM1.50. Tak paham aku kenapa nasi lemak tu dijual sampai RM2.50. Bukannya spesel pun... telur rebus pun cuma sebelah aje. Ikan masin pun sikit... kalau taruk ayam tu takdelah aku ralat sangat. Itulah kali terakhir aku beli nasi lemak kat kedai mamak ni. Aku masih pergi kedai mamak tu. Roti canai sedap... teh tarik kaw... tapi itu ajelah. Tiap kali aku tengok nasi lemak tu dihidang atas meja, aku rasa nak campak atas jalan aje... pastu kenalah bayar RM2.50 kan? Wakakakak... dan setiap kali aku tengok orang makan nasi lemak tu, aku kesian kat mereka. Korang tak tau ke nasi lemak tu RM2.50 sebungkus? Nasi lemak buduh pulak tu........

Huh... sikit punya marah ko yek?

Vavilah rega nasi lemak kedai mamak tu........

Kisah Cik Wahyuwazie

Ada sorang yang sangat special... kenal dah setahun lebih... tak pun dua tahun... kenal kat AMNet... forum peberet aku. Nama dia Wahyuwazie... nick dia lah... nama sebenar dia ialah Christina Aquaria Nor Wahyu Beruang Wazi wakakakakaka... ampunnnn!!! Kalau aku bersembang kat porum dengan minah ni, terus aje otak aku jadik kurang siuman... dari porum, bersembang kat YM... pastu di sms... sebab itu ajelah limit aku hu hu hu hu... bagi aku dia ni baiikkkk sangat. Tak tau kenapa... baik sebagai seorang kawan di alam siberlah. Kalau korang nak tau, dia ni gebus... ekekekeke muka dia cun sikit dari muka nenet kat entry ni... wakakakakak actually aku ada gambar si Wahyu ni (aku curik dari blog Manda kepek wakakak) tapi aku rasa dia takmo aku tepek gambar sebenar dia kat blog ni... so kalau korang nak tau muka si Ayu ni camana, ko tengok ajelah muka nenet ni... cute kan? Ekekekekek Ayu ni terkenal dengan avatar beruang kutubnya... aku rasa avatar tu dia pakai sejak aku mula kenal dia kat AMNet. Dan memandangkan dia selalu lepak kat board tanah perkuburan AMNet, maka dia digelar beruang puaka! Kejam kan? Tapi Aiman tak kesahhh... wakakakak Ayu rajin sms ngan aku memalam... soklan wajib aku tiap malam ialah: "Cayang dah lipat kain kapan?" Wakakakakak seramkan? Entry kali ni penuh ngan kelak sebab minah ni memang sengal tahap planet Zuhal. Adoihlah Ayu woi... ko sentiasa menceriakan hari-hari ku... malamku pulak dipenuhi keseraman sebab usikan berbentuk puaka melalui sms... hanya kita aje tau kan? Ekekekeke on the serious side, aku rasa ko ni baik sangat... thanks for being a cyber and sms friend... aku mungkin tak akan jumpa cayang di alam nyata... tapi kebahagian dan kesengalan yang dikecapi sekarang ni amat membahagiakan...

Tak sangka ramai puak sengal kan?

Ramai dohhhhhhhh

Wednesday, September 20, 2006

Sentiasa bersama biskita...

Kali ni aku nak citer pasal RTB... siarannya boleh ditonton dengan clearnya di beberapa kawasan di negeri Sarawak ni terutamanya di Miri, Limbang, Lawas, Baram dan Labuan. Kalau korang ada peluang datang ke sini, janganlah lepaskan peluang menonton RTB ni... aku tak pasti ada berapa cenel... tapi yang aku tau ada RTB, RTB2 dan RTB International. Tak taulah ada yang lenlain. RTB ni samalah macam RTM kat negara kita yang kita cintaik ni. Rancangan pun tahap mandom aje... aku rasa kalau korang dah biasa tengok Astro, memang korang sakit jiwa kalau korang layan tv kerajaan ni. Sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja (MIB... bukan Men In Black taw...) kebanyakkan rancangan kat RTB ni ala-ala berunsur nasihat dan bercorak keagamaan... bagus untuk menambah ketaqwaan. Macam rancangan kat RTM pada hari Jemaatlah... pepagi, korang akan dapat menonton Rampai Pagi (setaraf Selamat Pagi Malaysia) dan disajikan ngan kuliah subuh. Pastu korang akan di bawa melihat aktibiti yang berlansung di setiap daerah di Brunei (ada 4 daerah iaitu Brunei-Muara, Tutong, Belait dan Temburong) dan dapat menyaksikan berita-berita utama seperti majlis gotong royong membersihkan tanah perkuburan, majlis pembukaan dewan kemasyarakatan, pilihanraya memilih ketua kampung baru, majlis jogathon anjuran jawatankuasa masjid... dan kalau beruntung, dapat tengok Sultan Brunei dan anakandanya bersenamrobik ngan rakyat jelata. Ada gak segmen Resepi Rampai Pagi yang menunjukkan makcik-makcik ngan gelang besar dan rumah ala-ala istana memasak kuih atau lauk pauk setiap hari. Tak lupa juga ada laporan kaji cuaca, laporan kemalangan jalanraya, laporan bas bertolak ke Miri dan juga jadual penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Di samping itu kita juga dapat mempelajari sedikit sebanyak bahasa Melayu Brunei yang lain dari yang lain... bahapa tah biskita? RTB juga ada menayangkan pelem pelem terkini, dan juga telemovie dari Malaysia dan juga local product. Kalau ada peluang, tengoklah telemovie tempatan yang ala-ala drama panggung RTM tahun 80an itu. Best siot tengok RTB... mental aku dibuatnya hu hu hu hu hu

Mental mental pun ko layan gak Damit....

Wakakakakakak

Kepek oh Kepek!!!

Bila cerita pasal kepek, terus aku tingatkan si Amanda Tauke Kepek dari Senegal tu wakakakakak... actually aku memang suka makan kepek, tak kiralah kepek ubi ke, kepek pisang ke, kepek epal, kepek ayam belanda maupun kepek pucuk paku... asalkan kepek, memang aku masyuklah. Aku rasa keghairahan aku ke atas kepek ni (mak ko!!! ayat erotiklah pulak wakakakak) ni mungkin diwarisi secara turun temurun dari bapak aku yang merupakan penggemar setia kepek. Namun kegilaan aku ke atas kepek adalah melampaui batas hingga menyebabkan aku jadik merepek wakakakakak kepek ni kalau dekat-dekat nak raya tetiba aje menimbun kat pasar Ramadan. Tak paham aku... kalau tak tu tak tau mana tokey kepek menyorokkan kepek mereka... mungkinkah diperam di atas reban ayam untuk menjadikannya lebih masyuk? Kalau dekat nak raya, aku rajin beli kepek... berpuluh hengget abis kat kepek aje. Bukannya nak hidang kat orang pun (ada ke orang makan kepek di pagi raya?) sebaliknya dihidangkan kat diri sendiri semasa melayan pilem pilem Datuk Usup Selam dan Prof. Mamak Padukang Razak Mohideen yang sering mendapat slot di hari raya wakakakak... RM10 dapat 3 bungkus... kalau esok raya, pergilah ke bazar Ramadan... lelong RM10 dapat 4 bungkus... silap-silap ngan tokey-tokey kepek sekali kena lelong wakakakak kalau dapat anak tokey kepek yang muka cam Maya Karin tu lagi masyuk... kataku mengkerepekkan diri. Berbalik kepada cerita kepek, aku tak dapat makan kepek yang best kat sini... tak tau kenapa? Kepek kat semenanjung gak yang best dan boleh didapati di merata tempat hatta di kedai mamak sekali pun... windu aku nak makan kepek... oleh itu kepada Cik Amanda Saudagar Kepek dari Senegal, ko hantarlah sekarung kepek ko tu kat aku... aku nak makan kepek... hu hu hu hu...

Kerepek sungguh ko ni Damit...

Eleh... aku makan kepek nanti jangan mengada-ngada nak pow!

Nak kepek... hu hu hu hu

Manda... nak kepek... hu hu hu hu...

Bacalah Diari Kak Dora Di Porum Mindsay...

Okeylah... last entry aku ada citerkan mengenai Diari Seorang Kerani Tua oleh Kak Dora yang kini sedang ditayangkan di porum Mindsay. Kalau korang nak baca diari yang penuh dengan adegan sedih, berdebu, sangap, mental dan spastik tu, jangan lupa lepak kat Mindsay (kataku mempromote ala ala kadar pasal aku promote pree aje wakakakak kalau dibayar RM2, aku siap kasi link... muehehehehe) Nak baca kena register jadik ahli. Masuklah ke sini, kalau korang lelaki... korang akan dibelai manja cam Siti membelai Dato' K sebab kat sini ramai pompuan woooo.... ekekekekeke

Diari Kak Dora memang best!!!

Sekali baca siap terkencing woooo...... wakakakak

Akak Doraku cayang...

Kali ni aku nak buat entry khas pasal sorang akak yang aku jumpa di alam porum (kat AMNet...) Namanya Dora. Aku panggil akak Dora aje. Gambar kat sebelah ni aku cilok dengan kejamnya dari blog si Amanda Tokey Kepek Ubi dari Senegal tu wakakakaka! Adalah 2 tahun dah kot aku berpapasan posting ngan Kak Dora kat alam siber ni... sama-sama membuat lawak sengal kat AMNet especially kat board tanah perkuburan AMNet yang ramai puak puaka yang tak betul otaknya. Then layan kak Dora di YM pulak sebelum bertukau sms (itu ajelah limit aku... mahaplah kak sebab suara garau dan macho ku ini akak masih tak dapat dengar.. hu hu hu hu) Aku suka layan Kak Dora ni sebab dialah akak paling senior yang aku jumpa di alam siber. Dulu masa aku ada masalah ngan gepren aku, Kak Doralah tempat aku mengadu. Bila aku clash ngan gepren aku, kat Kak Dora jugaklah aku mengadu. Kalau aku mengadu kat kambeng kang, terasa pulak bodohnya kan? Wakakakak Kak Dora ni orang Sarawak, orang Iban lagi tapi dah kawen ngan suaminya yang macho tu dan sekarang ni tinggal kat ..... (terpaksalah dirahsiakan takut ramai pulak yang nak mintak derma... wakakakak). Setelah bertahun-tahun Kak Dora menjadi suri rumah dan berporum sepenuh masa di alam siber, pada bulan Ogos lalu Kak Dora kembali semula bekerja di .... (dirahsiakan atas arahan Kerajaan Malaysia... wakakakaka) Dah lama tak berlawak dan beramas mesra dengan akak cayang ni... tapi bila Kak Dora menjerit kat shout box aku semalam, happy giler aku... ingat gak akak cayang tu kat aku yang separa mental ni hu hu hu hu

Buat kak Doraku cayang... update lah diari akak kat Mindsay tu... saya dah tahap mental kambeng bebiri membaca diari akak tu... tercabut tulang tungkeng dan terbarai tulang belikat membaca kehidupan seharian akak yang inesen seumpama Desperate Housewives itu... wakakakakak cayalah akak cayang... semoga berbahagia di samping abang Drac dan anak toyol (wakakakak ya ampun akak cayang...) di pekan ..... (rahsia weh! kalau tak Kak Dora geget montot aku wakakak)... this entry is just for you!!!

Untuk makluman semua, Kak Dora adalah satu-satunya Super Puaka yang diiktiraf Artis Melayu selaku tuan tanah di AMNet... (baca dengan nada voice over Roda Impian... wakakakak)

Idup Kak Dora! Agi idup agi ngelaban....

Dah register nombor prepaid korang?

Hari tu... (bulan lepas) aku gi topap henpon aku... semua henpon yang aku pakai, aku topap sekali (maklum ajelah baru dapat gaji masa tu...). Memandangkan aku dah berabis RM120 beli kad reload, maka aku pun mintaklah kat apek tu borang register no. prepaid aku. Dia pun kasik aku borang-borang registration untuk Celcom, Maxis ngan Digi. Maka dengan senang atinya aku pun isilah borang-borang tu sebab aku pakai 4 nombor prepaid. Pastu dia minta IC aku sebab nak bukti pengenalan. Dia pun gi potostet. 4 borang maka aku kena buat 4 salinan IC... semuanya 80 sen. Aku bagi singgit, suruh keep the change aje 20 sen tu (berlagak sungguh aku masa tu... maklumlah awal bulan... jadi pastu aku pun baliklah ngan berlenggang cam anak itik nak masuk reban. Ye lah kan? Dah register, so takde lagilah risau kot kot nanti ada yang terpotong talian prepaid aku. Beberapa ari pastu aku dapat notifikasi (chewwahhh... ayat skema pulak aku...) dari Celcom dan Digi memaklumkan bahawa pendaftaran aku dah diproses dan diterima. Orait le kan? Aku dah penat isi borang (wakakakaka macamlah isi borang income-tax...) Masalahnya semalam aku dapat sms dari Hotlink memaklumkan aku suruh register atau perkhidmatan akan dipotong pada 15hb. Disember... aik? Aku dah register apa? Dua-dua prepaid pulak tu? Aku pun konpius dan sedikit tertekan dapat sms ni... apakah aku belum register? Atau sms tu saja dihantar untuk menpsikokan aku? Aku bukak laman web Hotlink, manalah tau ada cara nak check samada nombor prepaid aku tu dah diregister ke belum... tapi takde pulak cara nak check kat situ... Malasnya memikirkan benda cenggini. Aku rasa tanggungjawab aku sebagai pemilik nombor prepaid dah selesai bila aku register bulan lepas. Kalau line kena potong gak, aku akan saman Maxis di mahkamah... wakakakakaka... kataku dengan perasaan bingung....

Kesian kat ko Damit hu hu hu hu

Hu hu hu hu gak....

Apasal line tenet sangkut ni?

Apasal line tenet ni sangkut-sangkut? Menyampah pulak aku dibuatnya... kejap okey... kejap sangkut... agaknya ramai sangat yang menenet cam aku kot? Huwarghhhh mulalah aku nak marah tahap Padaiyappa ni... Grrrrrrrrrrr... geget keting anak tambi tu wakakakak...

Apasal semalam satu entry aje?

Kisahnya semalam aku sibuk berporum kat dua porum yang ramai kengkawan lama... entah le kenapa, aku rasa seronot sungguh berporum kat dua tempat tu... abis satu posting kat porum ni, aku memosting pulak kat porum tu. Cam ketagihlah pulak... seronot berposting ni lelebih lagi kalau ada yang layan aku. Tup tup dah time nak balik. Tak sempat aku menjenguk blog aku yang kucintaik ini... wakakakak... bila aku check pagi tadi, ramai kengkawan yang menjerit kat shout box tu. Rasa glamer pulak... cam artis yang baru kawen ngan Dato' misai hero pilem Tamil tu... wakakakak

Hari ni line tenet ala-ala semput pulak. Ada masa orait, ada masa tak orait... sesambil tu sempat gak aku mengabiskan kerja aku yang sememangnya takkan abis tu... kepada yang sudi menjenguk blog aku ni, tengkiyu ajelah... I lap you all... wakakakakak

Macam hangat-hangat taik ayam cirit je ni...

Pedulik hapa aku...


Tuesday, September 19, 2006

Pagi Selasa yang sejuk...

Bangun pagi.... apasal sejuk semacam je ni? Intai kat tingkap... nampak titisan air hujan kat kaca tingkap. Hujan rupanya malam tadi. Patutlah sejuk aje... sejak dua tiga menjak ni memang ujanlah. Agaknya musim dah sampai le tu. Dengan malasnya aku pun bangun dan bergerak ke bilik air. Sibbaik ada hot shower, maka taklah terasa sangat sejuknya. Lagi segar adalah. Sambil-sambil mendengar ERA, aku pun bermekap lebih kurang wakakakakak... apalah sangatkan? Setakat rambut pelesu ala-ala Marilyn Monroe, bulu mata pelesu ala-ala Kak Nithaaa... ala ala anggun jentayu gitu wakakakakakak... mencik! Hoh? Perfume CK aku nak abis dah!!! Hu hu hu hu nak kena top-up ni... reganya dalam RM180 gak sebotol... mana nak cekau duit ni? Dah le ujung bulan... nanti dapat gaji aku belilah kot? Dah masak pun air aku, lalu dengan malasnya aku membuat secawan melo panas. Sarapan pagi di bilik sewa aku. Kenyang gak minum melo ni... minum melo anda jadik kuat dan sihat... tingat lagi kat iklan melo yang aku dengau kat radio masa kekecit dulu. Masa untuk gi keje... hu hu hu hu malasnya... sejuknya... mengeram gak sedap...

Kroh! Kroh! Kroh! Kroh! Kroh!

Cessss... tido lagi rupanya tukang komen aku ni...

Monday, September 18, 2006

Kisah Amanda...

SPESEL ENTRY...

Sebenarnya sebab memblog ni aku jadikan satu aktibiti kokurikulum ialah kerana aku jeles nengokkan seorang saudagar kepek yang telah menyalahgunakan blog untuk membuat keuntungan. Dah le meniaga tanpa lesen sah dari DBKL, bau kepek pun aku tak tercium... mencik taw? Lainlah kalau kasi aku sebungkus yang rega singgit tu ke? Lehlah aku mendiamkan diri... ekekekekeke.... Memandangkan saudagar kepek ni dah menangis-nangis suruh aku buat spesel entry, maka aku pun membuatlah satu entry mengenai Cik Amanda Sengal, saudagar kepek ubi gajah dari Senegal. Cik Manda @ Diamond ni boleh dijumpai merayau-rayau menjual kepek di beberapa buah kampung di alam siber. Dia boleh dijumpai dengan menunggang seekor zirafah bernama Alfonso Ronaldo Zidane yang baru saja putus susu. Zirafah peliharaan Cik Manda ni mempunyai bulu mata lentik dan lubang idung sebesar lubang idung Tuan Director Ahmad Nisfu... Dengan membawa guni kepek di belakang zirafah kesayangannya, Cik Manda akan menggunakan suara seksinya untuk menggoda orang ramai membeli kepeknya... Cik Manda adalah warga Senegal, memiliki kerakyatan Senegal, Chad, Ghana, Nigeria, Congo, Republik Aprika Tengah dan Papua New Guinea. Diberitakan kini Cik Manda dikatakan memiliki MyKad Malaysia palsu yang telah diperolehi dari seorang warga Bangladesh yang kini telah kaya raya setelah menjadi saudagar pembekal minyak attar kepada Mydin Mohamed & Sons. Kalau korang nak beli kepeknya, korang carik aje blognya... kat mana blognya? Cariklah sendiri... koser aku nak promote blog dia tu wakakakakak....

Manda... nak kepek....

Hu hu hu hu aku pun nak kepek Manda...

Karipap

Korang suka makan karipap tak?

Kali ni aku nak ceritakan sikit mengenai karipap yang merupakan kuih peberet aku, walau di mana jua. Karipap paling best, mestilah karipap yang mak aku buat. Cukup lengkap dengan intinya yang menawan sukma. Ada kentang, ketulan daging atau ayam, rempah yang cukup... cakap banyak pun tak guna. Next to my mum punya hasil tangan, ialah karipap yang dijual di simpang depan umah mak aku. Karipap ni leh tahan gak sedapnya. Intinya pun cukup berempah. Kalau aku balik kampung memang hari-hari aku beli karipap ni. Di Sarawak ni pun banyak karipap. Leh di beli di mana-mana pasar. Ada yang pusing dan ada yang tak berpusing. Bagi aku ada dua kualiti yang penting di dalam karipap; pertama ialah kulitnya yang sedap dan kedua, intinya... tak kiralah inti apa pun, hatta inti sardin pun, sekiranya disediakan dengan sukatan yang betul ianya pasti akan menggembirakan penggemar karipap seperti aku. Karipap adalah kuih asas yang sering dijumpai di majlis-majlis seperti majlis hari jadi, kenduri, mesyuarat di opis, mesyuarat PIBG malah di kafetaria sebagai kuih yang dimakan sebagai sarapan. Pengalaman aku membuat karipap takdelah banyak sangat. Sebagai orang bujang, karipap ni samada aku beli kat kedai atau beli yang sejuk beku. Namun karipap sejuk beku ni biasanya mempunyai inti yang tak sedap. Tidak mencapai standard aku sebagai penggemar karipap. Di bulan Ramadan ni memanglah karipap akan kelihatan dijual di merata-merata pasar Ramadan seluruh negara, dari Perlis hinggalah ke Sabah... namun apakah mereka yang membuat karipap ni menyedari bahawa karipap seharusnya disediakan dengan penuh kasih sayang? Ini adalah untuk memastikan penggemar karipap seperti aku akan dapat menikmati karipap sesedap karipap ibu yang jauh di kampung? Hu hu hu hu hu aku nak makan karipap mak aku....

Cerita pasal karipaplah pulak... mesti mengigau ni!!!

Nak karipap... kroh! kroh! kroh!

Pening kepala...

Adeih la... apasallah banyak sangat keje ni? Pening kepala aku... hu hu hu hu terus aje aku mencatat entry mengenai kepeningan kepalaku... ada sesapa yang dapat menolong den? Sibbaik boss bermurah hati berikan aku line internet tanpa sebarang batasan mahupun sekatan... di kala hatiku gundah gulana, dapat gak aku merehatkan otak barang seketika...

Pendek kata, selagi belum tutup mata... kerja! kerja! kerja!

Eleh... aku tau ko banyak mengulor Damit!!!

Asssuddaaaaaaaalah ko!!!!! Memeningkan kepala aku aje...

Selamat ber'Monday' blues...


Isnin... sesetengah orang sebut 'Senin'
Monday... dalam English
Montag... dalam Jerman

Bagi akulah, hari Isnin adalah penentu kepada best atau tak bestnya minggu yang akan kita lalui dalam kehidupan kita di alam yang fana ini (chewwahh!) Kalau best hari Isnin, maka biasanya bestlah keseluruhan minggu (aku rasalah...) tapi kalau dah hari Senin start suwa suwey kemoning, maka boringlah satu minggu. Aku harap agar hari ni takdelah apa-apa yang slack. Lagipun minggu ni minggu last kita dapat makan siang hari sebelum kita kena makan curik curik sebab bulan puasa wakakakak. Aku tak tau siapalah yang mencipta istilah 'Monday blues' ni... mungkinkah seorang pekerja pemalas? Mungkinkah seorang pekerja yang masih mengantuk tatkala masuk ofis pada hari Isnin? Tapi aku sedikit sebanyak percayakan sindrom 'Monday Blues' ini. Bila nak bangun pagi hari Isnin aje, mulalah rasa semacam... rasa nak cutik emergency, rasa nak ambik cuti sakit, rasa nak sakit perut... dan pelbagai rasa lagilah. Dan sindrom ni akan menyerang aku setiap minggu... kecualilah kalau hari Isnin tu aku outstation atau berada di tempat lain yang bukan ofis aku... jam pun dah dekat pukul 9 pagi... masa untuk aku menunaikan tanggungjawab aku yang memberikan aku duit untuk makan dan meneruskan kehidupan... iaitu memulakan kerja. Selamat hari Isnin buat semua... hu hu hu hu hu semoga minggu ini akan menceriakan anda...

Malasku di hujung minggu - Ahad lepas

Abis sudah satu hari minggu... muncul lagi satu hari minggu. Tak tahu apa nak buat...tapi malam tadi ujan lebat kan main... tak silap aku satu town blackout kot? Aku terjaga di pagi yang sunyi sebab terasa hangat. Aircond tak berbunyi dan keadaan gelap gelita. Sempat aku mengintai ke tingkap. Gelap gelita kat luar. Stesen minyak Shell yang bukak 24 jam tu pun gelap... lampu isyarat kat simpang tu pun tak berlampu. Sah lah blackout... terkebil-kebil aku dalam gelap. Dalam keadaan mamai tu aku tidur balik. Sedar-sedar dah pagi... dan aircond dah pun berbunyik balik. Dah ada karan! Dan bila mengenangkan baru hari minggu, huwarghhhhhhh aku menguap balik macam anak badak dalam gambar tu wakakakak...

Layan tv ajelah satu hari... sambil mamah kopok udang. Ingat nak makan roti yang aku beli semalam, tapi kalau dapat makan roti bakar best gak. Malangnya toaster aku dah rosak hu hu hu hu lenkali ajelah aku makan roti bakar.

Dari pagi membawa ke tengahari, dari tengahari membawa ke petang, dari petang membawa ke malam... aku tak keluar ke mana-mana pun. Lepak dalam bilik sewa aje. Ada gak terasa nak melahap nasi kandar tapi malasnya aku nak turun bawah. Makan ajelah apa yang ada. Sib baik malam tadi ada movie bagus kat HBO. Ada Star Trek - First Contact dan Shrek 2. Walau dah tengok banyak kali, aku layan gak...

Kul 11 malam... tidurlah... esok keje....

Itulah kejenya.... makan, tido, makan, tido... tak lama lagi badan naik sembab cam anak badak air!

Assudaaaaaaaaaaaa lah...........

Malasku di hujung minggu - Sabtu lepas

Dua hari cuti... dua hari aku mengalami tahap malas yang amat tinggi. Hatta nak keluar makan pun aku malas. Nasib baiklah stok makanan dan jajan aku ada lagi. Kalau tak mau kebulur aku kat bilik. Dari pandangan tingkapku, nampak kesibukan bandar ni... kereta bukan main banyak lagi lalu lalang. Dah tengahari barulah aku mandi wakakakak kalau mak aku tau, teruk aku kena bebel. Bau badan pun dah bau kamben bulu (tetiba aku tingatkan sorang porumer kat AMNet yang aku gelar ketua puak kamben bulus wakakakak) Luckily kat Astro ada banyak movie, rencana mahupun rancangan kartun yang best-best... hujung minggulah katakan... sambil mengunyah keropok udang rega 99 sen yang aku beli 3-4 bungkus kat Boulevard. Tapi menjelang petang lain macam pulak laparnya, perut ni kena isi ngan makanan yang lebih berkhasiat. Maka dengan perasaan malasnya aku pun bersiap ala kadar dan bercadang nak ke kedai mamak dekat ngan area bilik sewa aku...

Fuh!!!! Tu dia!!! Ramainya umat melahap kat kedai mamak tu. Aku perhati-perhatikan memang takde meja kosong walaupun mamak tu dah open table sampai tepi pintu bank. Akhirnya aku gi ke kedai roti aje. Beli beberapa bijik ban dan sebuku roti. Jadiklah kan? Maka dengan malasnya aku pun menapak balik ke bilik sewa aku. Sesambil tu sempat gak aku nengok kete aku yang diletakkan kat belakang bangunan. Kasi panas enjin sikit... ingat nak keluar jejalan tapi menengokkan keadaan langit yang gelap gelita tanda nak ujan... malas aku. Dah panaskan enjin lebih kurang, aku matikan enjin dan menapak naik ke bilik.

Layan roti ban lagi best sambil nengok tv.... wakakakakakaka

Entah le... ko ni membela perut ke Damit? Melahap aje...

Hoh? Ada suara ghaib? Wakakakak

Friday, September 15, 2006

Dah nak masuk bulan puasa

Sedar tak sedar dah masuk bulan puasa pun... maknanya akan tiba satu bulan yang mana ada nampak kelainannya... bulan yang aku rasa bolehlah dikatakan ramai manusia berbuat kebaikan (kalau buat jahat pun main cover-cover baik punya...) Ada seminggu lagi sebelum bulan Syaaban menutup pintu untuk memberi laluan kepada bulan Ramadan. Kat opis aku, akak kerani ramai yang tengah bayar utang puasa tahun lepas. Kalau tak kena interest wooo!!! Aku tak tau kenapalah, tapi tiap kali bulan puasa, mood di pejabat akan berubah. Dari riuh rendah, menjadi diam aje. Kerja dibuat cam biasa, tetapi suasananya lebih tenteram. Kalaulah sepanjang tahun macam tu, takdelah aku rasa rimas atau serabut sangat dalam opis. Ini tidak, lintang pukang... dan efek bulan puasa ni bukan setakat pada yang beragama Islam, yang beragama lain pun sama. Walaupun tak puasa, mereka juga tidak seaktif bulan-bulan lain. Apa ke halnya kan? Agaknya menghormati kami yang berpuasa kot? Baguslah jugakkan? Itulah namanya toleransi. Staf yang tidak berpuasa akan makan di bilik pantry. Kalau tak tu, masing-masing akan open table kat meja memasing. Aku tak kisah... sebab aku ada opis aku sendiri... duniaku yang sunyi untuk aku berfantasi... tapi bulan puasa ni tak elok berfantasi sangat... kurang pahala puasa... baik aku baca Quran... hu hu hu hu

Baguslah kalau ko dah sedar Dam....

Hu hu hu hu hu...

Internet down dari pagi

Pagi-pagi lagi aku dah masuk opis. Bersemangat beb! Maklumlah hari kedua aku jadik blogger. Banyak gak idea nak memenuhkan blog aku (sementalah aku tengah meroyan ni kan? Wakakak) Namun bila buka laptop aku.... tup tup kuar notis ni kat ujung bawah belah kanan monitor laptop aku... limited or no connectivity... hu hu hu hu nampak gayanya line internet down. Aku saspek mesti akibat ujan lebat yang turun malam tadi. Memang begitulah selalunya. Adeih... terduduk aku! Tergencat niat aku nak mengsiberkan diri. Masa pun awal lagi... maka dengan penuh ketakwaan dan rendah hati, aku pun bukaklah fail-fail yang bertimbun di atas meja dan start buat kerja. Menjelang 8.30 pagi, semua fail dah setel aku kerjakan. Aku merenung balik ke arah laptop... masih tiada line internet... aku rasa mesti sampai ke petanglah ni... aku pun tak paham mengenai khidmat streamyx oleh TM ni... banyak benar masalahnya. Dari apa yang aku dibagitau, talian streamyx terlalu beban lampau, maksud aku talian yang sepatutnya dipakai oleh 100 pelanggan, digunapakai oleh lebih dari jumlah itu. Itu yang menyebabkan talian selalu tersangkut dan lembab. Itu apa yang orang ceritakan kat akulah... betul atau tidak wallahua'lam... bukannya apa, kekadang tu talian internet okey aje. Tapi memandangkan aku begitu ghairah nak memasukkan entry-entry yang bermain-main di kepala aku, maka slow-slow dalam hati aku mengutuk servis lembab oleh TM ni ekekekekeke meroyan... jangan tak meroyan...

Walau bagaimanapun, menjelang pukul 3 petang barulah talian internet dah okey balik. Aku cecepat log-in di porum peberet aku dan log-in di blogspot... dan inilah hasilnya... entry kedua hari ni lepas setengah hari menunggu.... meroyankah aku?

Ko memang selalu meroyan Damit... ekekekekeke

Assudaaaaaaa lah ko.... walau sapa juga ko....

Akulah suara hatimu....


Lebatnya ujan malam tadi...

Malam tadi bukan main lebat ujan kat sini. Masa aku sampai bilik dalam jam 7 petang, lepas aku makan malam kat kedai dan ngam-ngam nak tengok Naruto, ujan dah mula turun rintik-rintik. Dan menjelang pukul 8 malam, bukan main lebat lagi ujan turun. Bilik aku ada sikit-sikit bocor kat tingkap. Nak tengok Astro pun tak dapat. Signal lansung takde, tak pun gambar kat tv cam vcd rosak. Ujung-ujung aku layan baca majalah Ujang baru. Apasallah tak kelakar cam dulu. Tapi tak lama lepas tu, signal Astro dah okey balik. Takde cerita best pulak... kenapa yek? Hoh? Baru aku tingat, kalau malam Jemaat memang aku rasa citer kat tv ala-ala lemau sikit... mungkin menghormati malam Jemaat kot? Malam penuh berkat (dan penuh nikmat maklumlah sejuk lepas ujan lebatkan? ekekekek!!!) Boring... boring... pukul 10 malam aku dah mengeram... lagi masyuk!!!

Thursday, September 14, 2006

Tempat aku tinggal dan mencari rezeki...

Inilah bandar tempat aku tinggal... takdelah besar sangat walau berstatus bandaraya... ada sesapa pernah datang? Singgah le... naik Air Asia murah sikit. Pergi balik dari KLIA baru dalam RM400, tapi kalau naik MAS mau cecah RM1,000... datanglah tapi jangan harap le aku nak jumpa korang wakakakakaka... prinsip aku ialah 'kenali aku hanya di alam maya....', kataku ngan kejamnya... wakakakakaka

Satu hari berapa banyak entry da....

Korang perasan tak baru sehari aje aku blogging? Tapi entry aku dah banyak? Wakakakakaka mesti kes meroyan ataupun dilanda demam nak menjadi blogger yang gigihkan? Actually aku ni memang cenggitu... hangat-hangat taik monyet aje... dah lemau nanti mulalah aku buat menda lain pulak...tapi aku rasa aku dah dapat keseronokan dan kepuasan pulak menyatakan pandangan dan sari rasa aku... walaupun blog aku ni tak seberapa, namun aku pasti tak lama lagi aku akan bertambah mahir menggunakan segala aksesori yang ada... cam jam, kaunter pengunjung, kaunter komplen, kaunter bank dan segala macam mak nenek lagi (termasuklah nenek kebayan wakakakaka)...

So... doakan blog aku ni akan terus hidup dan bernapas...

Malam ni nak tengok Naruto...

Malam ni siri anime Naruto kat TV3 jam 7 malam... dibawakan kepada anda oleh snek lazat Apollo. Aku actually kurang layan citer anime namun minat aku berputik apabila ex-gepren aku suka sangat Naruto, siap beli komik lagi. Semasa masih berhubungan, awek aku ni akan memastikan aku akan tengok Naruto melalui sms. Dia akan ceritakan apa yang berlaku, dan aku kena beri komen. Pernah sekali aku kantoi tak tengok, tapi dalam sms aku kata aku tengok. Malangnya bila ditanya mengenai episod tu aku tak dapat jawab. Gepren aku membebel dalam sms. Nak tak nak kenalah aku tengok Naruto... dan akhirnya aku minat pulak nak layan. Best gak rupanya Naruto ni. Dan sekarang setelah beberapa bulan aku clash ngan gepren aku, aku masih menonton siri ni. Walaupun tak perlu berkongsi apa yang aku tengok ngan gepren aku tu, tapi sesekali terasa gak syahdunya bila mengenangkan saat indah bersama... kataku ala ala sayu hu hu hu hu hu

So.. jangan lupa menonton siri anime hebat Naruto, dibawakan kepada anda oleh snek lazat Apollo....

Makan buah aje...

Pagi tadi aku sarapan nasi lemak. Jadi tengahari ni aku makan buah tembikai potong aje...
Diet ke?
Manader... aku kenyanglah. Tu pasal aku makan buah aje...
Ke ko dah tahap muflisin Damit oi?
Hoh? Itu spekulasi liar tu...
Mengaku ajelah...
Mencik!
Hu hu hu hu hu hu hu
Tapi makan tembikai pun sedap hapa?
Takyah susah susah nak pikir beli air...
Wakakakakak

Spekulasi mengenai aku di AMNet!

BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA INCHE DAMIT MENGENAI SPEKULASI BAHAWA DIVA AMNet INI TELAH BERSARA DARI AMNet...
Assalamualaikum dan selamat tengahari,
Sukacita saya ingin mengumumkan bahawa saya 'terasa' ingin bersara dari AMNet oleh kerana masalah mental yang saya hadapi. Setiap kali saya log-in kat AMNet, fikiran saya menjadi senget dan terus menyebabkan saya tersengih sehingga terkeluar air liur lalu membasahi keyboard notebook saya. Ini nyata menjejaskan prestasi saya sebagai seorang seketip yang hensem lagi macho, menyebabkan saya tidak lagi relevan di mata gadis-gadis yang bermata duitan dan walaupun saya ini jejaka sehensem Ashraf Sinclair. Adapun sindrom atau gejala kesengalan ini hanya melanda diri saya tatkala saya sedang berporum. Saya tidak menyalah mana-mana porum atas penyakit ganjil saya ini namun untuk mengelakkan saham saya terus merudum, dengan rendah hati saya berehat seketika dari berporum di AMNet. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

* namun saya akan masuk sekali sekala untuk melepaskan kerinduan pada kengkawan hu hu hu hu mencik!




Aku orang Kuantan...


Aku berasal dari Pahang... lahir di Pahang, dibesarkan di Pahang, bersekolah di Pahang... tapi sekarang ni aku kerja di Sarawak. Untuk membuktikan aku ni rakyat Pahang, maka aku akan menyanyikan lagu negeri Pahang dengan suara lemak berkrim aku...
"Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah
Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami"

Hometown aku ialah Kuantan. Bagi aku Kuantan ialah tempat yang paling best sebab di Kuantan aku dapat makan keropok lekor dengan mudah. Sedap pulak tu (keropok lekor peberet aku ialah yang di buat di Kampung Selamat, Kuantan...) Kalau aku balik Kuantan, memang aku akan cari keropok lekor Kampung Selamat. Biasanya mak aku yang carikan, aku sediakan duit aje ekekekeke.

Kuantan sekarang ni dah pesat membangun. Tak macam dulu. Ramai orang kata Kuantan sekarang ni dah lain, especially kalau mereka pernah datang ke Kuantan 10 tahun yang lalu, dan hanya kembali semula ke Kuantan baru-baru ini (mentang-mentanglah dah ada highway, baru korang teringat nak turun Kuantan yek?) Aku akui Kuantan dah makin besar dan mungkin menunggu masa aje nak dinaik taraf sebagai bandaraya. Jalan-jalan dah penuh sesak dengan kereta... kompleks membelibelah dah banyak... Jalan Gambang yang dulunya hanya semak samun dan banyak pokok getah kini diterangkan untuk memberi laluan kepada projek perumahan... pantai Teluk Chempedak kini makin ramai dikunjungi manusia dan makin banyak monyet yang turut sama ambik angin... tapi aku rindukan Kuantan yang dulu... Kuantan tahun 80an yang lebih relaks, lebih sunyi dan lebih kurang umat manusia. Kuantan sekarang ialah lambang sebuah bandar yang bakal menjadi metro seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya ataupun Ipoh... sesak dengan manusia dengan pelbagai ragam, sesak dengan kenderaan yang menyesakkan jalan dan mengotorkan udara, sesak dengan pelbagai budaya negatif... agaknya aku ni elok duduk di area kampung aje kot? Aku tak suka hiruk pikuk kota... aku cintakan alam... amendalah yang aku merepekkan ni?

Lain kali ajelah aku sambung nostalgia aku mengenai Kuantan...

Kisah Si Liv...

Aku kenal empunya avatar ni kat satu porum... kenal pun sebagai seorang porumer tapi tak lebih dari itu. Dia kat New Zealand (bukan New York ataupun New Year...) Aku suka baca posting dia ni sebab dia ni inesen sangat. Mesti cute kalau jumpa kat alam nyata kan? Nick dia Livtylerjadian... agaknya sebab dia selalu join aku bersembang kat board antu di porum tu maka dia adalah seorang jadi-jadian kot? Tapi dah lama aku tak masuk porum tu. Saja nak berehat sebab aku dah aktip kat porum tu dekat 3 tahun. Kepala otak pun dah buntu... saja aku buatkan entry pasal si Liv ni... takde apa apa sangat pun, cuma aku masih terbayangkan betapa inesen dan cutenya dia melontarkan soalan di dalam porum tu... cayang cute sangat tau? Semoga berbahagia di Wellington bersama yang tersayang...

Apa cerita aku?

Apa benda aku nak cerita kat blog aku ni?
Mungkin cerita apa yang buat kat opis hari ni, esok dan lusa?
Mungkin cerita apa yang terjadi kat bilik sewa aku? Jiran-jiran aku?
Mungkin cerita apa yang aku baca di suratkhabar atau majalah?
Mungkin cerita apa yang aku tengok kat tv?
Mungkin cerita apa laman web yang aku layan?
Mungkin cerita lucah atau separa lucah yang aku sering imaginasikan di dalam kepala hotak aku?
Mungkin cerita lawak atau kelakar tahap Senegal yang menjadi identiti aku di porum?
Mungkin cerita seram yang aku sering dengar dari makcik aku masa aku kekecik?
Mungkin....
Mungkin....
Hoh?! Banyak sangat kemungkinannya....

Damit?


Kenapa aku pilih nama Damit? Ramai yang tertanya-tanya... Damit ialah nick yang aku gunakan di alam forum. Kenapa Damit? Kenapa tak letak nama Adam? Atau Pak Man? Atau Ashraff Sinclair? Aku pun tak tahu... cuma yang pasti nama 'Damit' senang diingat dan disebut, dan nick tu aku dah pakai lebih 3 tahun. Aku mula berporum secara aktif di AMNet. Porum tu lah tempat aku mengenal kawan di alam siber. Dan ada yang dikenali di alam sms... alam nyata atau pun alam barzakh? Itu cerita lain kali kalau aku sempat nak cerita... sekarang ni aku rehat kejap dari alam porum... sebab aku nak jadik blogger yang gigih... tapi kenapa Damit? Yelah... yelah... aku pilih nick 'Damit' sebab dalam bahasa Melayu Brunei, ia bermaksud 'kecil'. Relevan tak? Kalau tak relevan pun pedulik hapa aku wakakakakaka........ kalau nak panggil manja, panggil aje 'Dam'... bukan 'damn' tau????!!!

Aku dah ada blog!


Biar betul... Aku dah ada blog sendiri? Rasa cam tak percaya pulak. Selama ni aku asyik baca blog orang lain. Ada gak terasa kehendak nak buat blog sendiri. Asyik baca cerita orang aje, walhal aku pun ada cerita aku sendiri. Lama gak aku pikirkan nak bikin blog sendiri. Aku ada masa ke? (hoh? Berporum berjam-jam tu boleh pulak?) Namun bila dapati beberapa orang kawan alam siber aku secara diam-diam ada memiliki blog sendiri, maka aku pun tekadlah nak berblog. Biasanya jumpa dia orang di forum sembang, YM ataupun di sms... dan bila baca blog mereka, aku rasa macam ada satu inspirasi untuk aku memulakan blog aku. Kalau dia orang boleh, maka aku pun boleh. Maka ini langkah pertama aku... langkah pertama aku ke alam blog...