Friday, January 12, 2007

Selebriti Masakan Aku

Seingat aku, sejak dari kecik lagi aku suka nengok orang memasak kat tv. Bukannya sebab aku suka memasak, tapi sebabnya aku suka merembeskan diri aku sendiri dengan melihat masakan yang sesedap. Dulu aku suka menengok rancangan Kuali di TV3. Dan sekarang ni dah bersepah di saluran tv dengan pelbagai rancangan masakan.


Inilah selebriti masakan yang paling aku suka dan tahap merembes. Kalau aku jumpa Nigella Lawson ni, nescaya aku akan tinggalkan si Beskut yang miang itu wakakakak walaupun dah kawen dan beranak dua, si Nigella ni teramatlah cun, seksi dan tahap mengghairahkan di dapur especially bila dia memasak dengan memakai pijama aje ekekekek cara masakan dia aku nengok agak simple dan mudah. Dan cara dia menikmati makanannya... seksi siottt!!! Kowang boleh tengok minah ni memasak di saluran Travel & Living, Astro channel 11... ailebiu Nigella...


Minah ni pun leh tahan power stail masakannya... seorang tokey restoran di Australia, si Kylie Kwong ni cuba memperkenalkan masakan ala Asia kepada penonton. Cara penyampaiannya juga cukup bersahaja. Memandangkan dia memasak masakan Cina yang kekadang tu tak lari dari apa benda yang kita makan hari-hari, aku terliur gak nengok dia ni memasak. Sesekali dia masak daging vavi, aku bayangkan aje dia masak daging lembu atau kambeng wakakakak Kylie Kwong ni pun memasak di saluran Travel & Living, Astro channel 11...


Pakcik ni nama Keith Floyd... rasanya aku dah tengok pakcik ni memasak serata dunia... di Eropah, Amerika, Asia dan Aprika. Malah dia pernah memasak rendang sewaktu membuat penggambaran di Malaysia ekekekek... Aku suker ngan cara sempoi dia memasak. Cuma aku moskelkan ngan rasanya. Tadi aku nengok dia memasak di India... humang aih!!! Banyaknya pakai rempah... Dan sewaktu dia memasak rendang arituh, lain sungguh caranya dengan cara kita masak. Pakcik ni jugak ada rancangan yang mana dia merasa wain di serata dunia. Siap masak siput yang dikutip di ladang anggur wakakaka... apa ke namanya? Escargot? Aku pulak siput sedut pun tak makan, apatah lagi siput satu spesis ngan siput vavi wakakaka... jangan lupa saksikan Pakcik Floyd ni kat saluran Travel & Living, di Astro channel 11...



Mamat Aussie dua owang ni nama Curtis dan Bender. Dia orang kembali ke Australia sesambil bermain luncur dan sesambil memasak. Stail masakan mereka tentulah ala ala barat yang aku tak dapat bayangkan rasanya camana... tapi nampak simple dan mudah (aku rasa mesti tawar aje wakakakak) Jangan lupa saksikan mereka dalam siri Surfing The Menu di saluran Travel & Living, Astro channel 11


Aku rasa semua owang mesti kenal mamat ni kan? Namanya Jamie Oliver. Dia memasak di dapur umahnya. Kekadang tu dia memasak di dapur umah owang lain. Cara dia masak adalah mudah dan senang cuma aku rasa sedikit kotor wakakakak... mak aku pernah kata, kalaulah dia tau owang masak stail mamat ni, janganlah harap dia nak makan ekekekek enough said, aku suker stail selamba dia. Cara memasak yang cukup simple dan mudah cuma mungkin agak kotor aje. Kekadang tu dia masak vavi selamba aje sehingga menyebabkan aku pulak yang merembes... ekekekek... mamat ni ada beberapa siri masakan di saluran Travel & Living, Astro channel 11

Asyik cerita mengenai selebriti chef dari luar, bagaimana pulak ngan selebriti chef tempatan?


Kak Nitha kita ni memasak di dalam siri Chef Diva. Aku tengok cam tak sedap aje masakannya wakakakakak dah le tu tergedik-gediks cam bagus... koser dah aku nak nengok. Aku rasa elok dia tumpukan karier sebagai hos siri Anita aje kan?


Dedulu aku suka nengok Chef Wan memasak. Kalau dia masak kek atau pastri, caiyok tul... nampak sedap tahap merembes... tapi sekarang ni aku menyampah ngan kefonenannya mengacarakan rancangan masakan. Owang tau le awak tu lemvut, tapi kekaver le sikit kan? Ni tak... tergediks-gediks mengalahkan Mak Lampir wakakakak... masa Chef Wan memula masuk tv arituh aku suka stail dia berceloteh... sekarang ni tahap menyampah ada lah... mencik!!!


Ahkak Jaafar Onn atau JO kita ni memang sedia maklum lembutnya. Tingat aku iklan Bird Custrad masa dia buat kuih raya wakakaka.... tak padan ngan badan saiz bagak, lembut gemalai giteww... Aku pernah jumpa dia di KLIA. Masa tu dia di Kuching. Humang aih!!! Besarnya badan... aku rasa dia ni dipanggil memasak untuk buat biskut raya aje kot? Wakakakaka

Ada beberapa lagi chef selebriti local cam Florence Tan dan Azra... tapi aku rasa enough le pasal entry aku ni... malas dah nak menaip. Apa yang pasti masakan yang mereka masak, cukup untuk buatkan aku kelaparan apatah lagi hidup membujang ni kan? Nak masak takut tak jadik... hu hu hu hu

Come Rain Come Shine... You'll Be Mine

Ini adalah antara saluran tv peberet aku di Astro... banyak siri dan sitcom yang best yang aku follow (actually banyak sitcom aje...) Dan bebaru ni Star World telah menukar lagu promonya... catchy siot! Aku tak tau lagu sapa... so kalau kowang tau, bagitau lah aku ekekekek... aku sebenarnya dah tak berapa follow lagu-lagu artis barat sekarang ni sebab aku sker dengar lagu tamil wakakakak

Aku Yang Tak Sihat

Semalam aku betul-betul tak sihat. Badan panas aje bila aku bangun dari tidur. Demam balikkah aku? First thing first... aku ke pejabat dulu. Namun menjelang pukul 9 aku give up... tak tahan dah. Aku jumpa boss... dia pun terkejut tengok muka aku yang pucat dan suruh aku balik berehat. Aku pergi ke klinik untuk ambik ubat. Dapat cuti sakit sehari. Terus aje aku balik ke bilik sewa aku. Then aku telefon despatch ofis aku. Mintak tolong dia belikan aku mee sup. Tak lama lepas tu dia sampai ngan sebungkus mee sup dan sebuku roti. Aku berikan sijil cuti sakit aku kepadanya untuk diberikan kepada pihak pejabat. Dia tanya kalau aku perlukan apa-apa, cuma perlu telefon. Aku ucapkan terima kasih atas budi baiknya. Sepanjang hari tu aku terbaring di atas katil. Tengok tv (mostly tv yang tengok aku sebab aku asyik terlelap)... sampailah ke malam. Atas nasihat someone, aku mandi air panas. Rasa lega sikit. Sesambil tu kunyah roti. Takde selera sebab tekak aku pahit aje. Then aku kembali berkelubung. Siap bersetoking. Sesekali aku rasa leher aku... panas! Dan akhirnya aku tertidur sehingga ke subuh. Hari ni aku bangun sedikit lewat. Jam sudah 6.30 pagi tatkala aku terbangun dari tidur. Tergesa-gesa aku bersiap ke pejabat. Di pejabat, sekali lagi aku rasa nak demam... nak buat kerja pun takde mood. Then boss panggil aku masuk ke dalam ofisnya. Dia suruh aku cuti aje kalau aku tak sihat. Aku kata tak apalah, lagipun ada banyak kerja yang perlu aku siapkan memandangkan aku baru sahaja pulang bercuti. Boss anggukkan kepala tapi dengan nada serius berkata, kalau you nak cuti next week I'll approve... aku ucapkan terima kasih atas nasihatnya. Di dalam pejabatku, aku terfikir... perlukah aku bercuti? Kenapakah aku asyik sakit minggu ni? Dugaan betul!

Khas Untuk Ajipp

Aku tau bro ku yang sowang ni minat giler siri Mopatop's Shop yang ditayangkan di Astro Ceria... a special dedication to my bro... enjoy! Ekekekekek



Wednesday, January 10, 2007

Azam Tahun Baru?

Hari ni dah 10 haribulan Januari... hemm... memandangkan masih awal tahun, maka aku nak cerita sikit mengenai azam tahun baru aku. Aku pun tak pasti kenapa asal start tahun baru aje semua orang beria-ia bercerita mengenai azam baru? Agaknya trend kot? Kenapa tak buat azam baru pada Tahun Baru Cina ke? Tahun Baru Tamil ke? Ataupun Tahun Baru Hijrah? Cakap mengenai azam sesorang tu humang aih meremang bulu roma aku membacanya. Cukup seronok sehingga menjadi motivasi pulak kepada kita kan? As for me, dah beberapa tahun ni aku tidak membuat apa-apa azam. Apalah guna berazam kalau tak dibuat atau dilaksanakan ye tak? Aku rasa kebanyakkan orang hanya bercakap mengenai azam memasing pada minggu pertama tahun baru. Lepas tu azam entah ke mana, cita-cita entah ke mana... menghabiskan beras aje wakakak jadi buat apa berazamkan? Bagi aku, setiap tahun yang berlalu menandakan usia yang semakin meningkat dan tanggungjawab yang semakin berat... along the way, I'll spare some time to enjoy myself... and after 365 days, another year pass by. And the cycle will keep on rolling until it is the right time to leave this worldly life... enjoy life coz life's good... cam iklan esbok LG plaks wakakakak

Tuesday, January 09, 2007

PC Games All Time Favourites

Dulu aku memang kaki main PC Games... namun aku lebih suka main permainan yang melibatkan strategi ketenteraan. Aku bertindak sebagai jeneral yang akan memastikan pasukan perangku akan menang di setiap pertempuran. Namun sekarang ni aku dah tak main PC games gara-gara dah jumpa alam porum dan blog yang lebih best wakakakaka... Ini adakah top three PC games yang menjadi peberet aku...


Inilah PC games yang buatkan aku giler bermain saban hari masa di kampus arituh. Command And Conquer atau ringkasnya C&C ni memang best giler... ada beberapa versi dan rasanya aku dah main semuanya. Kengkawan aku pun giler main games ni. Best sungguh berperang ngan kereta kebal kan?


Starcraft pun sama. Cuma nak perang kat angkasa aje. Ada tiga puak iaitu Terran (manusia), Protos (geng robot) dan Zerg, satu lagi puak yang suka meludah-ludah tu (puak alien le...) Aku siap bergilir main ngan kawan aku menghabiskan semua kempen Starcraft ni... ralit sungguh aku main...


Dan inilah games all time peberet aku... Age of Empires. Aku ada semua siri permainan ni. Bestnya jadik raja dan menyerang negeri orang. Aku siap habiskan masa berjam-jam main permainan ni... paling aku suka ialah mencurik gajah Raja Parsi dengan cara mengconvertnya pakai tok sami wakakak... ada banyak lagi games strategy ni yang menjadi peberet aku... tapi yang tiga ni memanglah rawk!!! Sekarang ni aku dah tak main dah... kowang leh rekemen games baru ke? Tapi stail cengginilah... masyuk sihhhhhh

Ping Ping...

Aku tengok kartun ni beberapa tahun lepas... sewaktu beraya di umah makcik aku. Pelik pulak aku menengok sepupu aku yang kekecik tu kan main suka ngan penguin ni. Aku pun baru tahu yang siri animasi ni nama Pingu dan ditayangkan di TV3. Arituh sepupu aku nengok vcd. Time passed by, dan akhirnya Astro Ceria pun dijadikan salah satu saluran di Astro. Dan akhirnya setiap pagi, aku terlekat pulak nak menengok peguin comel ni. Aku paling suka nengok dia marah... panjang aje muncungnya wakakakak siap bunyi cam trompet pun ada... sometimes simple things in life do make you happy kan? Ping ping....

The Dorm

Bebaru ni, sewaktu balik ke kampung aku berpeluang tengok pilem seram Thai iaitu The Dorm di Astro Prima. Kebetulan ditayangkan pukul 5 petang, leh le aku layan. Kalau malam tu rasanya kem salam ajelah kot? Wakakakak memula tu rasa seram gak tapi half way, aku hilang rasa seram tu. Kisah hantu baik rupanya. Bila aku baca review kat internet, ramai yang menyatakan filem ni ala ala The Sixth Sense tu. Tapi aku suker cerita ni. Cukup bermesej. Cuma aku seram sungguh nengok stail asrama kat Thailand... humang aih!!! cam berek askar pun ada kan? Bayangkanlah kalau kowang duduk kat asrama stail cenggitu. Bilik airnya pun tahap seram. Sibbaik gak antu budak lelaki tu tomey kan? Dah lama aku tak tengok pilem seram, dan bagi aku The Dorm ni kurang seram pun... sibbaik malam tu aku tak terkencing atas katil muehehehe...

Aku Bukannya Racist

Tetiba aku tingatkan pengalaman aku balik ke kampung 2 minggu lepas... awal flight aku. Kul 6.30 pagi dari Miri nak ke KLIA. Aku dah berada di balai berlepas sejak pukul 5.45 pagi. Aku memang suka masuk awal. Carik tempat duduk pastu melayan perasaan. Namun pepagi buta tu ketenangan yang aku harapkan terganggu. Sekumpulan puak dari bangsa ini awal-awal pagi lagi dah memekak di balai berlepas. Perlukah bercakap kekuat? Walhal kowang duduk dedekat aje. Perlukah meninggikan suara untuk menegaskan sesuatu perkara? Aku rasa tidak kan? Tapi puak ni memang begitu, memana pergi ada sesikit sikap bongkak dan meninggi diri. Aku hanya mampu menjeling ke arah puak itu dengan harapan, jelingan tajam aku tu mampu mengerat leher mereka lalu akan terputus kepala dan seterusnya mereka akan menggelepar cam anak vavi kena sembelih... tapi jelingan tinggal jelingan. Tak luak pun... malah suara mereka makin kuat adalah... Balai berlepas semakin penuh dengan penumpang yang akan menaiki kapal terbang paling awal ke KL pada hari itu. Aku rasa ramai yang nak balik beraya kot? Sebab ramai keluarga Melayu ngan anak-anak kecil. Bangsa kita aku lihat duduk dendiam di kerusi memasing. Cukup menjaga adab dan tertib. Anak-anak kecil yang mengantuk duduk tersengguk-sengguk menunggu masa untuk menaiki pesawat. Anak puak itu? Entah le... aku tak perasan pulak wakakakak... kira-kira lima belas minit sebelum waktu berlepas, pengumuman dibuat oleh kakitangan MAS. Penumpang dengan anak kecil dan penumpang yang memerlukan perhatian khas (cacat atau uzur) diminta menaiki pesawat terlebih dahulu. Puak-puak ini yang sedari tadi memekak, mencanak berdiri dan terus menuju ke pintu balai berlepas... hanya di tahan oleh kakitangan MAS yang hanya membenarkan penumpang dengan anak kecil atau memerlukan perhatian khas untuk masuk dahulu. Namun puak ini tidak sabar. Sanggup berkumpul di pintu balai berlepas... menghalang penumpang lain untuk berjalan dengan selesa. Aku perhatikan puak ini yang tak sabar-sabar nak naik kapal terbang... dengan beg yang boleh memuatkan seekor anak vavi, mereka akan bawa beg ini masuk ke dalam kabin pesawat. Tapi bukankah syarikat penerbangan ada had mengenai saiz beg yang boleh di bawa masuk ke dalam kapal terbang? Hemmm... puak ni mana reti bahasa Melayu... malah memang puak yang tak reti bahasa! Bila penumpang lain dibenarkan masuk ke dalam pesawat, puak inilah yang memula sekali menyerbu masuk. Aku sekadar menggelengkan kepala. Perlukah berebut? Ini bukannya Air Asia! Kalau naik Air Asia memanglah berbaloi berebut naik kapal terbang untuk dapatkan kerusi yang best dan menjadi pilihan di hati... kerusi tepi tingkap, tepi pintu emergency, tepi jamban wakakakak... tapi ini Penerbangan Malaysia! Setiap penumpang telah diberikan nombor tempat duduk... tidak perlu berebut macam anak vavi nak masuk kandang... tapi biarlah kan? Aku jeling pun takde sowang yang mati tergolek wakakakak... sampai ke dalam kabin, aku tengok tempat mengisi bagasi telah dipenuhi beg-beg besar puak ini. Beg saiz ini sepatutnya diletakkan di ruang kargo tetapi puak ni mana pahamkan? Perjalanan ke KLIA berjalan selesa... sesekali kapal terbang bergoyang ditiup angin atau melanggar awan tebal di Laut Cina Selatan. Aku cuba memejamkan mata... namun suara parau mereka berborak cukup buatkan aku sakit hati. Tak cukup bising di warung dan kopitiam, di dalam kapal terbang pun buat perangai orang jakun? Sabar ajelah... nasib baik aku ada pemain cd. Lagu jazz berkumandang menenangkan perasaan bengang aku. 2 jam berlalu... kapal akhirnya berhenti mendarat di salah satu skybridge di KLIA. Dan cuba teka siapa yang bangun dulu? Wakakakak puak-puak itu jugak! Tak menyempat dah gayanya... agaknya tak sabar-sabar nak makan sup usus vavi di Jalan Alor? Atau jugak di Jinjang atau Kepong kot? Biasanya penumpang Kelas Pertama akan turun dahulu. Langsir yang memisahkan penumpang kelas ini diturunkan untuk memberi keselesaan kepada mereka yang mempunyai wang lebih untuk keluar dahulu. Namun puak ini tetap tidak sabar-sabar untuk keluar. Kalau sepuluh minit langsir bahagian kelas pertama tidak dibuka, maka sepuluh minitlah puak ini berdiri. Mulut? Jangan cakaplah... macam burung gagak menghurung tong sampah DBKL. Beg besar yang disimpan di tempat meletak beg tu kekadang menyusahkan mereka sendiri untul mengeluarkannya... pernah aku lihat ada beg yang terjatuh, nasib baik tak kena kepala penumpang lain. Kalau kepala aku yang kena, memang aku maki 800 harakat... langsir akhirnya di buka... dengan gembiranya mereka keluar berbondong-bondong. Gembira sebab tak perlu pergi ke carousel mengambil bagasi... maklumlah mereka ni kan puak yang cukup sibuk dengan urusan duniawi dan duniavavi wakakakak... kapal terbang dah lebih separuh kosong tatkala aku bangun dari kerusi. Sepanjang masa menunggu tu aku menjenguk kat tingkap... menenguk kapal terbang yang bergerak-gerak di landasan. Agaknya Cik Wells ada di salah satu kapal terbang tu kot? Puak tu memang... memang agak vavi... aku takdelah racist tapi sikap puak tu menyebabkan aku rasa nak menyembelih owang aje wakakakak....

Ramai Yang Berblog

Tadi aku singgah di blog Beskut... itu pun pasal dia wat promosi kecil-kecilan ala ala Manda jual kepeks mengenai blognya di Kool. Kat situ jumpa pulak link ke blog Misty dan Gabanz. Wahh... nampaknya makin ramai kengkawan yang membuka blog. Aku pun apa lagi, terus aje menambah link ke blog dia orang ke blog aku. Aku bangga gak ngan kengkawan alam siberku kini yang makin ramai mempunyai blog. Walau sengal di porum, namun keseriusan sesorang terserlah gaks kat blog memasing. Beskut ngan cerita kucing-kucingnya (leh le join Ajipp dan Marts), Misty pulak bercerita mengenai lauk yang dimasaknya pada tahun baru (sedapnya... merembes pulak aku wakakaka) manakala Gabanz mengenang memori alam persekolahannya. Ko budak STAR Ipoh yek Gabanz? Wakakakak kena ragging tak masa belajar arituh? Aku ada beberapa owang kawan sekampus yang datang dari STAR. Mental aje? Tapi aku tau Gabanz memang mental. It is good that our little community is now contributing something to the web. Asyik berporum aje kan? Why not kita bukak blog yang mana ianya lebih mencabar? Umpama membela seorang budak kecil, kena dibela dengan penuh kasih sayang agar tumbesarannya elok aje... aku dapat tau ada lagi yang membuka blog, namun masih merahsiakannya... aku harap kowang sudi share blog kowang ngan aku. Aku percaya, kita mampu untuk mengenali antara satu sama lain dengan hanya membaca catatan di blog... jangan lupa jenguk blog dia orang tawww? Kataku mempromosi ala kadar wakakakak

Kembali Semula...

Hemmmm....
Kembali gak aku ke Miri... kembali ke kandang aku... kembali ke tempat aku mencari rezeki. Aku sampai di Miri pada petang hari minggu. Off course tiada mood untuk meneruskan kehidupan. Aku anak mak... kalau boleh hendak bekepit bawah ketiak mak aje wakakaka tapi buruk benar dah tetua ni kan? Kekununnya manja lah tu... Ada banyak cerita backdated yang ingin aku nukilkan di blog ni. Memacam cerita... jadi bawak-bawaklah bersabar yek? Semalam aku cuti... actually aku ada rasa nak demam... bila ambil suhu badan, dah lebih 39 selsius... terus aje aku tipon ofis maklumkan yang aku ambik emergency leaves. Aku malas nak ke klinik. Sebab aku malas nak turun ke bawah, malas nak menghidupkan enjin kereta, malah malas serba-serbi. Aku duduk di dalam bilik aje sambil menonton tv dan makan-makan apa yang patut. Malam tadi pun ala-ala mandom... mau 2-3 hari sindrom mandom ni melanda diri... huwargghhhhhh!!! Apa apa pun aku dah kembali semula ke dunia blog dan dunia porum ku... dua dunia yang sebenarnya cukup membuatkan aku bahagia... bak kata kengkawan di alam porum... welkambeng Damit wakakakaka....

Wednesday, January 03, 2007

Catatan 10 Zulhijjah Nan Lalu...

Alhamdulillah... tahun ni dapat gak aku balik menyambut Aidil Adha bersama keluarga nan tercinta di Kuantan. Tahun lepas aku raya sesowang di Miri hu hu hu hu... seperti biasa tahun ni, famili aku bersembahyang raya di masjid berhampiran sebelum makan ketupat dan rendang. Sebelum tu sempat gak bergambar sesikit wat kenangan. Pukul 10 pagi kami bertolak ke kampung nenek di Pekan dengan menaiki dua buah kereta. Ayah tak mengikut. Dia dan adik bongsu lelakiku, Iddin tinggal di rumah. Iddin nak beraya ke rumah kawan. Ayah pulak... hem... entahlah? Agaknya hendak berehat sahaja kot? Aku tidak memandu ke kampung. Sebaliknya adik perempuanku yang memandu. Aku dan mak duduk bersandar di kerusi belakang sesambil membaca akhbar Kosmo dan Metro. Perjalanan ke kampung nampak tenang. Kereta tidak banyak sepanjang jalan Kuantan-Pekan. Sebahagian jalan sedang dibesarkan untuk dijadikan jalan 4 lorong. Melewati kampung-kampung tradisi di sepanjang jalan, kulihat suasana tampak meriah. Di hadapan rumah bersusun kereta anak rantau yang pulang bercuti mengambil kesempatan cuti ekstra 2 hari. Di beberapa kawasan, ibadah korban giat di jalankan. Melewati kediaman Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, kelihatan banyak sekali kenderaan, trak polis dan askar serta kenderaan dari stesen tv swasta. Kata mak, Dato' Seri Najib buat korban bersama dengan Digi. Orang ramai di halaman Seri Kenangan, kediaman Dato' Seri Najib di pinggir Sungai Pahang. Kata mak lagi kami dengan keluarga Tun Razak ada hubungan keluarga tapi dah jauh... aku siap buat lawak kata mesti dah sedara bau bau taik kerbau wakakakak melewati Sungai Pahang yang mengalir lesu, aku teringat kenangan silam. Masa arwah Tokki masih ada tatkala aku masih bersekolah, aku sering balik ke kampung samada bersendirian atau bersama adikku menaiki bas Bee Huat ke Pekan. Setiap kali melewati jambatan yang merentasi Sungai Pahang yang lebar ini, aku mesti akan memerhatikan sungai ini. Tak tahu kenapa? Agaknya ada nostalgia kot? Kataku memumantiskan diri sendiri. Bandar Di Raja Pekan yang sememangnya slow and steady nampak pesat membangun. Ada hospital baru dan masjid baru yang sedang dibina. Setengah jam kemudian kami tiba di rumah nenek. Cuaca mendung namun tidaklah hujan. Malah semenjak aku balik, tidak ada lagi hujan lebat yang membasahi bumi. Cuaca memang baik. Kalau hujan pun hanyalah renyai-renyai yang berlalu ditiup angin. Kulihat Ayah Chik asyik membakar sampah di belakang rumah. Hari raya pun bakar sampah jugak ke? Turun dari kereta, aku terus naik ke dalam rumah. Nenek sudah menunggu. Tangan nenek kusalam dan kucium. Makcikku dan adik sepupuku yang masih kecil juga sudah sedia menunggu. Setelah bertanya khabar dan berbual mesra, kami terus dihidangkan dengan juadah hari raya. Ada ketupat, rendang dan sambal kelapa... dan juga nasi dagang. Alhamdulillah dapat juga aku merasa nasi dagang. The rest of the day flows by... nenek kata tiada orang berkorban di sekitar kampung kami. Di kampung sebelah ramailah. Kampung nenek sudah sepi... banyak rumah yang kosong tidak berpenghuni, samada sudah berpindah ke tempat lain atau berpindah ke perumahan abadi di darat. Yang tua-tua pun sudah uzur dan menanti masa berpindah ke darat, kata nenek membuat lawak seram. Cuma kalau hari raya, ada anak cucu yang balik semula ke rumah pusaka untuk bercuti beberapa hari sebelum kembali semula ke tempat kerja memasing. Nampaknya kampung nenek makin sunyi. Nenek pun banyak menghabiskan masa bersama anak cucu di Kuantan. Apatah lagi nenek perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatannya setiap minggu. Sesekali aje nenek pulang semula ke rumah pusaka peninggalan arwah tokki ini untuk mengemas. Rumah pusaka ni pun sudah tua... banyak dinding dan lantai yang mereput dimamah usia. Hemm... sampai bilalah agaknya rumah ini mampu bertahan? Aku harap sehingga selamanya... disinilah aku dilahirkan... di rumah pusaka ini. Itulah sebabnya aku mahu lihat ia teguh berdiri sehingga akhir hayatku... emmmm back to the story, ramai juga saudara mara yang datang menjenguk. Tak diam nenekku melayan tetamu yang hadir. Bukan orang lain pun, semuanya saudara mara juga. Ayak Chik dan Ayah Teh menebang sepohon kelapa bantut dan mengambil umbutnya untuk dibuat sayur. Tengahari itu kami makan nasi dengan sayur umbut masak lemak, ikan goreng, ikan masin, ulaman dan sambal belacan. Sedapnya makan nasi dengan lauk pauk kampung sambil menikmati angin laut yang bertiup lembut. Kami berangkat pulang ke Kuantan pada petang itu juga. Nenek, Ayah Chik dan Ayah Teh tinggal untuk bermalam di kampung... aku tak tahu bila pula giliranku untuk bermalam di kampung...