Tuesday, January 09, 2007

Ping Ping...

Aku tengok kartun ni beberapa tahun lepas... sewaktu beraya di umah makcik aku. Pelik pulak aku menengok sepupu aku yang kekecik tu kan main suka ngan penguin ni. Aku pun baru tahu yang siri animasi ni nama Pingu dan ditayangkan di TV3. Arituh sepupu aku nengok vcd. Time passed by, dan akhirnya Astro Ceria pun dijadikan salah satu saluran di Astro. Dan akhirnya setiap pagi, aku terlekat pulak nak menengok peguin comel ni. Aku paling suka nengok dia marah... panjang aje muncungnya wakakakak siap bunyi cam trompet pun ada... sometimes simple things in life do make you happy kan? Ping ping....

No comments: