Friday, January 12, 2007

Selebriti Masakan Aku

Seingat aku, sejak dari kecik lagi aku suka nengok orang memasak kat tv. Bukannya sebab aku suka memasak, tapi sebabnya aku suka merembeskan diri aku sendiri dengan melihat masakan yang sesedap. Dulu aku suka menengok rancangan Kuali di TV3. Dan sekarang ni dah bersepah di saluran tv dengan pelbagai rancangan masakan.


Inilah selebriti masakan yang paling aku suka dan tahap merembes. Kalau aku jumpa Nigella Lawson ni, nescaya aku akan tinggalkan si Beskut yang miang itu wakakakak walaupun dah kawen dan beranak dua, si Nigella ni teramatlah cun, seksi dan tahap mengghairahkan di dapur especially bila dia memasak dengan memakai pijama aje ekekekek cara masakan dia aku nengok agak simple dan mudah. Dan cara dia menikmati makanannya... seksi siottt!!! Kowang boleh tengok minah ni memasak di saluran Travel & Living, Astro channel 11... ailebiu Nigella...


Minah ni pun leh tahan power stail masakannya... seorang tokey restoran di Australia, si Kylie Kwong ni cuba memperkenalkan masakan ala Asia kepada penonton. Cara penyampaiannya juga cukup bersahaja. Memandangkan dia memasak masakan Cina yang kekadang tu tak lari dari apa benda yang kita makan hari-hari, aku terliur gak nengok dia ni memasak. Sesekali dia masak daging vavi, aku bayangkan aje dia masak daging lembu atau kambeng wakakakak Kylie Kwong ni pun memasak di saluran Travel & Living, Astro channel 11...


Pakcik ni nama Keith Floyd... rasanya aku dah tengok pakcik ni memasak serata dunia... di Eropah, Amerika, Asia dan Aprika. Malah dia pernah memasak rendang sewaktu membuat penggambaran di Malaysia ekekekek... Aku suker ngan cara sempoi dia memasak. Cuma aku moskelkan ngan rasanya. Tadi aku nengok dia memasak di India... humang aih!!! Banyaknya pakai rempah... Dan sewaktu dia memasak rendang arituh, lain sungguh caranya dengan cara kita masak. Pakcik ni jugak ada rancangan yang mana dia merasa wain di serata dunia. Siap masak siput yang dikutip di ladang anggur wakakaka... apa ke namanya? Escargot? Aku pulak siput sedut pun tak makan, apatah lagi siput satu spesis ngan siput vavi wakakaka... jangan lupa saksikan Pakcik Floyd ni kat saluran Travel & Living, di Astro channel 11...



Mamat Aussie dua owang ni nama Curtis dan Bender. Dia orang kembali ke Australia sesambil bermain luncur dan sesambil memasak. Stail masakan mereka tentulah ala ala barat yang aku tak dapat bayangkan rasanya camana... tapi nampak simple dan mudah (aku rasa mesti tawar aje wakakakak) Jangan lupa saksikan mereka dalam siri Surfing The Menu di saluran Travel & Living, Astro channel 11


Aku rasa semua owang mesti kenal mamat ni kan? Namanya Jamie Oliver. Dia memasak di dapur umahnya. Kekadang tu dia memasak di dapur umah owang lain. Cara dia masak adalah mudah dan senang cuma aku rasa sedikit kotor wakakakak... mak aku pernah kata, kalaulah dia tau owang masak stail mamat ni, janganlah harap dia nak makan ekekekek enough said, aku suker stail selamba dia. Cara memasak yang cukup simple dan mudah cuma mungkin agak kotor aje. Kekadang tu dia masak vavi selamba aje sehingga menyebabkan aku pulak yang merembes... ekekekek... mamat ni ada beberapa siri masakan di saluran Travel & Living, Astro channel 11

Asyik cerita mengenai selebriti chef dari luar, bagaimana pulak ngan selebriti chef tempatan?


Kak Nitha kita ni memasak di dalam siri Chef Diva. Aku tengok cam tak sedap aje masakannya wakakakakak dah le tu tergedik-gediks cam bagus... koser dah aku nak nengok. Aku rasa elok dia tumpukan karier sebagai hos siri Anita aje kan?


Dedulu aku suka nengok Chef Wan memasak. Kalau dia masak kek atau pastri, caiyok tul... nampak sedap tahap merembes... tapi sekarang ni aku menyampah ngan kefonenannya mengacarakan rancangan masakan. Owang tau le awak tu lemvut, tapi kekaver le sikit kan? Ni tak... tergediks-gediks mengalahkan Mak Lampir wakakakak... masa Chef Wan memula masuk tv arituh aku suka stail dia berceloteh... sekarang ni tahap menyampah ada lah... mencik!!!


Ahkak Jaafar Onn atau JO kita ni memang sedia maklum lembutnya. Tingat aku iklan Bird Custrad masa dia buat kuih raya wakakaka.... tak padan ngan badan saiz bagak, lembut gemalai giteww... Aku pernah jumpa dia di KLIA. Masa tu dia di Kuching. Humang aih!!! Besarnya badan... aku rasa dia ni dipanggil memasak untuk buat biskut raya aje kot? Wakakakaka

Ada beberapa lagi chef selebriti local cam Florence Tan dan Azra... tapi aku rasa enough le pasal entry aku ni... malas dah nak menaip. Apa yang pasti masakan yang mereka masak, cukup untuk buatkan aku kelaparan apatah lagi hidup membujang ni kan? Nak masak takut tak jadik... hu hu hu hu

2 comments:

sHwEeT ByAtcH said...

Ske tgk naked chef... selambe je dia msk.. pastu end up nmpk shedap bangat!!

dalia said...

post yg menarik,i pun suke nigella.ade gak berangan nk jd the next nigella lawson,huhuhu...kt malaysia ni kurang la chef2 yg menarik,muke2 baru pun xde,borink...