Friday, January 12, 2007

Aku Yang Tak Sihat

Semalam aku betul-betul tak sihat. Badan panas aje bila aku bangun dari tidur. Demam balikkah aku? First thing first... aku ke pejabat dulu. Namun menjelang pukul 9 aku give up... tak tahan dah. Aku jumpa boss... dia pun terkejut tengok muka aku yang pucat dan suruh aku balik berehat. Aku pergi ke klinik untuk ambik ubat. Dapat cuti sakit sehari. Terus aje aku balik ke bilik sewa aku. Then aku telefon despatch ofis aku. Mintak tolong dia belikan aku mee sup. Tak lama lepas tu dia sampai ngan sebungkus mee sup dan sebuku roti. Aku berikan sijil cuti sakit aku kepadanya untuk diberikan kepada pihak pejabat. Dia tanya kalau aku perlukan apa-apa, cuma perlu telefon. Aku ucapkan terima kasih atas budi baiknya. Sepanjang hari tu aku terbaring di atas katil. Tengok tv (mostly tv yang tengok aku sebab aku asyik terlelap)... sampailah ke malam. Atas nasihat someone, aku mandi air panas. Rasa lega sikit. Sesambil tu kunyah roti. Takde selera sebab tekak aku pahit aje. Then aku kembali berkelubung. Siap bersetoking. Sesekali aku rasa leher aku... panas! Dan akhirnya aku tertidur sehingga ke subuh. Hari ni aku bangun sedikit lewat. Jam sudah 6.30 pagi tatkala aku terbangun dari tidur. Tergesa-gesa aku bersiap ke pejabat. Di pejabat, sekali lagi aku rasa nak demam... nak buat kerja pun takde mood. Then boss panggil aku masuk ke dalam ofisnya. Dia suruh aku cuti aje kalau aku tak sihat. Aku kata tak apalah, lagipun ada banyak kerja yang perlu aku siapkan memandangkan aku baru sahaja pulang bercuti. Boss anggukkan kepala tapi dengan nada serius berkata, kalau you nak cuti next week I'll approve... aku ucapkan terima kasih atas nasihatnya. Di dalam pejabatku, aku terfikir... perlukah aku bercuti? Kenapakah aku asyik sakit minggu ni? Dugaan betul!

No comments: