Tuesday, January 09, 2007

PC Games All Time Favourites

Dulu aku memang kaki main PC Games... namun aku lebih suka main permainan yang melibatkan strategi ketenteraan. Aku bertindak sebagai jeneral yang akan memastikan pasukan perangku akan menang di setiap pertempuran. Namun sekarang ni aku dah tak main PC games gara-gara dah jumpa alam porum dan blog yang lebih best wakakakaka... Ini adakah top three PC games yang menjadi peberet aku...


Inilah PC games yang buatkan aku giler bermain saban hari masa di kampus arituh. Command And Conquer atau ringkasnya C&C ni memang best giler... ada beberapa versi dan rasanya aku dah main semuanya. Kengkawan aku pun giler main games ni. Best sungguh berperang ngan kereta kebal kan?


Starcraft pun sama. Cuma nak perang kat angkasa aje. Ada tiga puak iaitu Terran (manusia), Protos (geng robot) dan Zerg, satu lagi puak yang suka meludah-ludah tu (puak alien le...) Aku siap bergilir main ngan kawan aku menghabiskan semua kempen Starcraft ni... ralit sungguh aku main...


Dan inilah games all time peberet aku... Age of Empires. Aku ada semua siri permainan ni. Bestnya jadik raja dan menyerang negeri orang. Aku siap habiskan masa berjam-jam main permainan ni... paling aku suka ialah mencurik gajah Raja Parsi dengan cara mengconvertnya pakai tok sami wakakak... ada banyak lagi games strategy ni yang menjadi peberet aku... tapi yang tiga ni memanglah rawk!!! Sekarang ni aku dah tak main dah... kowang leh rekemen games baru ke? Tapi stail cengginilah... masyuk sihhhhhh

No comments: