Tuesday, October 03, 2006

Bercakap mengenai cinta...

Mungkin ramai yang tertanya-tanya... apasal kehidupan aku ni cam tak betul aje. Entry pun merapu-rapu... apakah aku ni takde keseriusan dalam hidup? Sebenarnya aku agak serius dalam kehidupan di alam realiti. Mungkin aku murah dengan senyum, tetapi aku agak serius di ofis. Aku hanya membuat lawak bangang dengan beberapa teman rapat dan teman-teman di alam siber. Itulah sebabnya aku tak bisa nak jumpa kengkawan alam siber. Biarlah aku ni rahsia. Aku mungkin tak sama dengan apa yang teman harapkan dari aku. Kenali aku sebagai Damit sahaja. Dan aku rasa ramai yang mengerti...

Bercakap mengenai cinta...
Aku suka dikasihi dan mengasihi. Ia adalah lumrah kehidupan manusia... Beberapa bulan lepas aku ada seseorang yang kucinta sepenuh hati... kenal pun agak lama. Sudah pun berjumpa dengan keluarganya. Harapan untuk disatukan nampak kabur, apatah lagi si dia berlainan agama. Aku pasrah aje dengan hubungan intim ini. Dan aku pasti, jika hasrat mengahwini si dia dilontarkan kepada keluargaku di kampung, pastinya ada tentangan. Hal ini aku sedia maklum. Perkahwinan sepupuku dengan seorang lelaki bangsa asing beberapa tahun lepas memporak-porandakan keluarga kami. Seluruh ahli keluarga masuk campur memberikan pelbagai reaksi negatif. Kasihan kulihat sepupuku... bertahun merajuk membawa diri ke KL tidak pulang-pulang ke kampung... alasannya keluarga kami tidak menerima suaminya. Aku pasti benda yang sama pasti berulang sekiranya aku memecahkan berita ini kepada sanak saudaraku. Mungkin juga ibu pengsan mendengar anak lelakinya ini ingin berkahwin dengan wanita bukan berbangsa Melayu...
Jadi kami berhubungan seperti biasa... mungkin tidak mengharapkan apa-apa, namun jauh di sudut hati, andai ada jodoh aku pasti bakal anak-anakku ini pastinya comel... teracu dari dua bangsa... si dia pun kelihatan pasrah. Aku tidak memaksa dan menjanjikan apa-apa. Aku pasti dia faham. Jarang sekali dia membangkitkan hal ini walau sesekali ada aku diduga dengan persoalan mengenai masa depan. Hubungan kami terus berjalan. Namun langit tidak selalu cerah. Di penghujung alam percintaan yang penuh kemanisan itu, tetiba si dia berubah. Aku pasti dia sebenarnya tertekan dengan ketidaktentuan ini. Dia mengharapkan kepastian... sesuatu yang aku tak mampu untuk jelaskan. Aku mungkin dilihat tiada komitmen. Bukan begitu... aku sayangkan dia tapi...
Dan akhirnya si dia pergi... pergi meninggalkan aku yang masih tercari-cari punca kenapa aku gagal mencari kata putus. Terduduk aku mendapati alam yang penuh kemanisan itu berlalu pergi. Tapi apa nak ditangiskan? Aku yang gagal menyelamatkan bahtera yang rapuh itu. Aku sendiri yang gagal memberikan kata putus dan harapan. Aku rasa aku harus merelakan dia pergi... pergi dari mengisi kehidupanku di rantauan ini. Si dia memberikan semangat dan dorongan untuk aku meneruskan kehidupan yang bumi yang sedikit berbeza. Namun aku sedikit kesal... cara si dia pergi tidak terhormat. Tidak perlu bermain kayu tiga... katakan sahaja yang dikau tidak sanggup lagi menunggu. Tidak sanggup dibiarkan tanpa secebis harapan. Aku lebih dari faham dan mungkin perkara ini bisa diperhalusi.
Apakan daya... nasi sudah jadi bubur... bulan Ramadan tahun lepas penuh cerita istimewa. Si dia berpuasa walaupun sedar tiada apa apa ganjaran kecuali menyenangkan hatiku. Si dia memilih kain untuk baju melayuku. Katanya aku segak dengan baju melayu warna hijau yang dipilihnya. Si dia suka melihat aku makan dengan bersungguh sewaktu berbuka puasa. Katanya mesti aku kelaparan kerana seharian tidak makan.... semua itu tinggal kenangan.
Si dia tidak lagi kelihatan di sini. Telah kembali semula ke kampung untuk meneruskan kehidupan baru. Aku cuma mampu berharap agar si dia berbahagia dengan kehidupannya. Aku menoktahkan segalanya di sini. Tidak semua cerita cinta berakhir dengan kebahagian... ada yang gagal... dan aku adalah antara yang tertewas... kisah cintaku ini bukannya ibarat novel yang mana sang putera akan tetap dapat memenangi hati sang puteri walau seribu badai melanda... kisah cintaku ini adalah satu realiti kehidupan di alam fana...

Buat Julia... kenangan indah tetap menjadi satu sejarah yang terpahat jauh di lubuk hati. Kisah tewasnya sang jejaka yang tidak mampu membuat keputusan demi masa depannya... dan akulah jejaka itu...

* TAMAT *

3 comments:

Anonymous said...

dams
sedey baca
x sangka, di sebalik kesenegalanmu,tersembunyi keseriusan di alam realiti tv

dams
cinta hadir tanpa dipaksa
pergi juga bukan dipinta
andainya ada jodohmu dgn Julia, x lari gunung dikejar

aku tahu
ada juga 2 3 org pembaca di sini punya memori duka sptmu
apatah lg cinta berbeza agama
aku juga pernah tewas dgnnya
cinta lain agama,lain kufu
ahhh
persetankan dgn ia
sekadar puppy love

c'mon damit
pelangi di hujung jalan masih bisa kau sentuh
kejarla ia sblm panas dtg menjelma

Damit said...

Thanks for sharing your thoughts...

Anonymous said...

bro dams..

ade dengar lagu mimpi yang tak sudah??
masyuk wooo..

kau bayang2 masa nan silam..

ahakk ahakk..