Wednesday, October 04, 2006

Ketupat

Mood raya kekununnya... apa kata kita cerita pasal ketupat? Mesti ramai yang suka makan ketupat yang amat sinonim ngan raya. Tapi perasan tak korang yang sekarang ni ketupat dah jadi satu menda yang biasa? Ia tidak lagi eksklusif untuk hari raya... ia didapati setiap hari. Makan sate, mesti ada ketupat. Gi pasaraya ada ketupat segera. Maknanya takyah tunggu raya pun kita dapat makan ketupat. Tak macam dedulu. Tak macam zaman mak bapak kita. Ketupat jumpa masa raya aje. Bagi aku ini menjatuhkan sentimentel value ketupat. Tapi owang akan kata, apalah yang ada pada sentimentel value kan? Sebagai seowang yang agak mumantis (wakakakakak mesti ramai yang gelak sampai 10 harakat), ketupat patut dihadkan pembuatannya untuk digunakan pada hari raya sahaja. Di luar waktu raya patutnya diharamkan buat ketupat. Aku suka mencadangkan kepada ahli parlimen agar menggubal undang undang dalam bentuk Akta Ketupat Negara supaya ketupat mempunyai nilai yang tinggi dari segi estetiknya. Pemakaiannya juga harus dihadkan ngan makanan tertentu sahaja seperi rendang, kuah kacang, sambal kelapa ataupun kuah lodeh... dan tidak boleh dimakan ngan budu, ayam masak kicap mahupun bersama kari ayam. Ketupat harus dimakan ngan pasangan lauknya yang ideal sahaja. Hidup ketupat!!!

Apalah bangang punya entry kali ni? Tak paham aku... janganlah pulak pasni ada sentry pasal lemang... hu hu hu mental aku dibuatnya...

Citer pasal lemang pun best gak... wakakakakaka

Hu hu hu aku nak mengeram dulu...

Wakakaka... gi lah mengeram tu...


No comments: