Monday, October 02, 2006

Dah 3 hari tak update...

Apa yang aku takuti akhirnya berlaku... dah mula culas nak update blog. Actually aku bukan malas... aku balik dari outstation hari Jumaat, petang tu sempat singgah sekejap jumpa boss di pejabat... then aku terus aje balik ke bilik sewa aku. Hari Sabtu biasanya aku rajin turun ke opis... siapkan keje dan guna kemudahan internet. Tapi entah apa ke jadahnya memang aku tahap malas betul nak turun ke pejabat arituh. Aku tau kerja melambak apatah lagi aku baru balik outstesen tapi bulan puasa ni buatkan aku ala ala suam kuku aje nak ke pejabat. Tapi sempat gak aku singgah kejap dalam tengahari tu, waktu aku isi minyak. Internet down pulak! Kalau tak nak gak aku update blog aku ni. Terus aje aku balik ke bilik aku. Rehat le... panas wooo... Petang tu aku ke Imperial Mall. Sesaja nengok barang kat Boulevard Hypemarket. Time aku pergi pun dah kul 4.30 petang. Orang takdelah ramai sangat. Ada jualan murah sempena hari raya. Lagu raya pun dah siap diputarkan. Aku ke tingkat 4... bahagian alatan elektrik. Membelek-belek barangan. Akhirnya jumpa benda yang aku cari iaitu multi-purpose cooker. Member price RM105... harga asal dalam RM130 rasanya. Senang le aku nak memasak nanti. Duduk bilik sewa takde ruang sangat. Jadi multi-purpose cooker ni memang sesuailah. Mungkin banyak pakai karan, tapi bil elektrik sekali dalam sewa bilik aku tu. Aku pun angkutlah benda alah ni... then terus aje berlenggang kangkung balik ke bilik sewa. Bukan jauh pun... adalah 5 minit jalan kaki. Nak pakai kereta, buang minyak dan masa aku aje. Then member aku telefon. Ajak berbuka di Chatterbox Coffee House di Hotel Mega. Kul 6.15 petang dia ambil aku. Best gak... (cerita bergambar leh korang baca kat thread "Berbuka" di Board Ramadan, Forum KOOL... malas aku nak cerita banyak kali!) Hari minggu pun tahap mandom. Tapi singgah gak kat opis... ambil notebook aku. Line internet down lagi... buhsan tul. Terus aje aku balik bilik sewa. Petang tu aku ke Boulevard Hypermart dan beli barang dapur. Maklumlah dah ada dapur wakakakaka aku pun masaklah mee goreng... kecewa tul! Tak sedap pulak. Malas nak cerita lah... makan kopok lagi best! Penat aku memasak dan pergi supermarket. Itu ajelah rezeki aku kot? Mandommmmm........ layan sms ngan kengkawan lagi best! Caiyokkkkkkkkkk!!!

No comments: