Thursday, October 26, 2006

Kuantan... Catatan Bergambar...

Kuantan... Gateaway Charms To The Beautiful East Coast...

Mesti yang ramai dah pergi atau singgah di Kuantan kan? My hometown yang cantik dan cool (it used to be that way a few years back). Kuantan ialah ibunegeri Pahang yang letaknya di tepi Laut Cina Selatan. Pantai berpasir putih mewarnai jaluran pantai negeriku yang indah ini. Itu belum lagi kampung nenekku yang permai di Pekan. Bagiku pantai berpasir putih itu tidak menjadi kehairanan. Aku membesar dengan bermain dengan ombak, mencari kerangan di gigi air dan membina istana pasir. Kegilaan sesetengah orang untuk bercuti di tepi laut tidak menarik minatku lagi kerana ia adalah rutin biasa sedari kecil. Aku nak citerkan sikit mengenai bandar Kuantan ni...
Kuantan ni takdelah sebesar mana pun.. Aku rasa adalah sebesar Miri aje. Bangunan tinggi pun tak banyak. Paling tinggi dan grand ialah Kompleks Teruntum dengan menara 21 tingkatnya yang menempatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Masa kekecik arituh tak silap aku namanya Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) aje. Bangunan tu memang strategik. Sesapa yang masuk ke bandar ni memang takkan lepas menengok bangunan ni. Pada tahun 80an arituh ianya menempatkan kompleks beli belah utama di Kuantan. Ada Pasaraya Bintang di tingkat 2, ada gelanggang bowling di tingkat 3, dan di tingkat bawah menempatkan restoran A&W dan Bank Bumiputera. Sekarang ni bangunan ni nampak usang... kecuali Bank Bumiputra-Commerce, yang lenlain rasanya dah tutup. Aku pun dah jarang masuk ke kompleks ini. Lagi best merayap ke Kuantan Parade yang letaknya betul-betul kat belakang kompleks ni... bagi aku, kompleks ni masih berpotensi untuk maju. Kena direfurbish balik macam Kompleks Pertama atau Kompleks Campbell di Kuala Lumpur nun... tapi masa kekecik, inilah tempat paling grand bagi aku di Kuantan ni... Gambar kat atas tu dirakam di atas jejantas di hadapan hospital...

Ini pulak area di persimpangan Jalan Wong Ah Jang - Jalan Bukit Ubi - Jalan Tun Ismail. Kata mak aku, simpang empat ni dulu ialah sebuah bulatan dengan air pancut. Aku tak tau betul ke tidak, tapi Kuantan memang kurang bulatan. Tak macam di Sarawak, yang mana setiap bandar mesti ada bulatan... hatta di pekan-pekan kecil sekali pun. Area ini terkenal dengan aktiviti malamnya. Di sini ramai pondan... especially di area Lorong Kunyit. Kalau korang suka servis ngan pondan, sinilah tempatnya... ada satu lagi area iaitu di belakang bangunan Celcom lama di satu bahagian town yang lain. Memalam boleh nampak Cik Dan (istilah yang dipakai oleh mak aku) berniaga di lorong-lorong gelap di area ni...

Ini pulak ialah kompleks membeli-belah terbesar di Kuantan. Letaknya di Jalan Tun Ismail. Kompleks Berjaya Megamall ngan kaler ijaunya ni memang tumpuan le... ada supermarket, kedai makanan segera, kedai memacam, panggung wayang, food court dan kalau tak silap aku, ada bowling alleys. Kat sini ada Pakson Grand dan Tesco Express. Nak minum Starbucks pun kat sini, nak makan KFC, McDonald's, Pizza Hut, Rasa Gourmet Ayamas dan Kenny Rogers pun kat sini. Kira classlah kekununnya... dulu area ni hutan getah aje... berhantu pulak tu. Sekarang ni area ni di conquer manusia yang jadik antu. Aku rajin gak menengok wayang kat panggung GSC kat tingkat atas tu... biasa nengok wayang ngan adik-adik aku...

Ini pulak area Jalan Gambut. Area ni menempatkan sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan. Aku sekolah kat area ni lah dulu. Ada 3 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah kat sini. Dalam gambar ni, semua sekolah di area sebelah kiri. Manakala area sebelah kanan menempatkan Wisma Persekutuan, Wisma Seri Pahang dan Dewan Undangan Negeri (aku panggil Kaabah sebab bangunan DUN ni bersegi empat dan kaler hitam wakakakak). Malam minggu ada pasar malam kat sini... takdelah sebest pasar malam Jalan TAR tapi untuk bandar Kuantan kira okeylah...

Ini pulak ialah mercu tanda bandar Kuantan. Masjid kaler biru-ijau ni ialah Masjid Sultan Ahmad 1. Besar agam dan indah buatannya. Korang kalau singgah Kuantan, singgah le kat masjid ni. Aku selalu semayang Jumaat kat sini masa duduk kat Kuantan arituh. Masjid ni dibina di atas tapak masjid lama yang aku panggil Masjid tempurung kelapa wakakaka... ini adalah kerana masjid lama berbentuk sebelah tempurung kelapa yang bertangkup. Masa masjid ni dibina dulu, ada dijumpai bom peninggalan perang dunia... sibbaik jumpa masa masjid di bina, kalau tak haru wakakakak. Ada padang di hadapan masjid ni. Tu yang nampak luas aje walhal masjid ni terkepit di celah bangunan-bangunan di bandar Kuantan.

Inilah pemandangan bandar Kuantan di waktu malam. Gambar di ambil dari atas Jambatan Tanjung Lumpur yang menghubungkan bandar Kuantan ke kawasan perkampungan nelayan di seberang sungai. Kalau kowang sukakan area pantai laut yang diteduhi pohon nyiur dan rumah rumah kampung, kat area sinilah patut korang jejaki...

Di samping pantai yang cantik, Kuantan ada gak kawasan air terjun. Sejam perjalanan melalui Jalan Gambang, masuk ke simpang Panching ialah Air Terjun Sungai Pandan. Dulu rajin famili aku berkelah kat sini. Pepagi kami pergi. Air suam aje kat sini tapi kalau dah tengahari tu airnya cam ais. Pergi tengahari ramai sangat orang. Seeloknya pergi awal pagi... bila orang dah ramai sangat, baliklah... boring sebab bising dan ramai orang muda wat projek wakakaka lama dah tak pergi sini. Tak tau camanalah sekarang agaknya air terjun ni...

Itulah serba sedikit catatan aku mengenai Kuantan. Nanti aku balik kampung, aku akan snap lagi gambar bandar Kuantan untuk tatapan korang... penat weh aku menaip ni wakakakak

2 comments:

vagg said...

damittt...pasneh buat pasei tempat aku lak ekk...bleh?eheh

Anonymous said...

benteng...tpt aku memancing tu
tg lumpur..tpt pekena ikan bakaq