Wednesday, October 04, 2006

Lemang

Kita citer pulak mengenai lemang... wakakakak bukannya Inche Lomang @ Abang Long kat alam siber tu. Lemang juga adalah sesuatu yang sinonim ngan suasana hari raya. Sebagaimana sinonimnya ketupat ngan hari raya. Keluarga belah abah aku memang membakar lemang pada hari raya, unlike keluarga belah emak aku yang merebus ketupat. Lemang yang bahannya disediakan oleh nenek aku memang sedap dan berlemak. Resepi yang diwarisi sejak zaman berzaman kot? Arwah atuk siap menanam sepohon pokok buluh di belakang rumah khas untuk tujuan melemang. Aku tak berapa makan sangat lemang ni. Apatah lagi lemang ni dibuat ngan beras pulut. Aku kureng sikit ngan pulut ni.

Seingat aku... sejak kecik sampailah besar aku tak pernah sekalipun terlibat di dalam aktiviti melemang dari proses awal. Dah nak masak tu adalah muka aku menepek kat bangsal belakang umah arwah atuk. Sebenarnya aku tak tahan panas bara tu. Aku rela mengacau rendang atau menyapu sampah keliling rumah, atau menolong makcik aku memasang langsir dari berpanas dekat bara lemang. Lagipun aku tak berapa suka makan lemang. Buat apa aku bersusah payahkan? Wakakakaka sibbaik juga mak aku rajin menganyam ketupat. Adalah juga ketupat dihidangkan di rumah arwah atuk di pagi raya walaupun tak banyak seperti rumah arwah tokki. Keluarga belah abah memang suka makan lemang. Dan sekali melemang, berpuluh-puluh batang. Lagipun lemang tu akan diagih-agihkan anak beranak selepas itu. Lemang yang dibakar tu tahan lama sikit dari lemang biasa. Lambat sikit basinya. Tapi kalau nak tahan lama, simpanlah lemang tu dalam esbok. Mak aku selalunya akan menggoreng semula potongan lemang tu bila kami balik semula ke rumah. Rasa macam ketupat palas pulak. Hem... itulah cerita lemang. Aku dengar lemang dekat Kijal, Kemaman tu sedap giler. Mak aku siap pergi ke sana nak beli lemang.... betul ke?

Cerita pasal lemanglah pulak... ni mesti tak sahur pagi tadi...

Dah bangun pukul 4... ingat nak tidur kejap. Sedar-sedar dah kul 6 pagi... hu hu hu hu mencik!

Wakakakakaka padan muko!!!

No comments: