Wednesday, October 11, 2006

World!!!

Demam AF4 dah lama sejuk... lansung aku tak follow. Buhsan tul ngan stereotype AF yang tak berubah dah 4 tahun. Entry kali ni aku nak cerita mengenai Mawi, juara AF3... yang masih popular, hangat dan tetap world walaupun setahun dah memegang takhta juara AF3. Secara peribadinya aku lansung tak suka kat Mawi ni. Entah apa yang bestnya aku pun tak tau... suaranya takde sesedap mana pun, sebab bagi aku Felix lagi best dari segi suara. Imej baik Mawi? Wakakakak come on lah guys... lakonan aje tu. Kesian kat Mawi. Terpaksa jadik baik... korang pernah tak terpikir yang si Mawi ni pun ada keinginan duniawi... nak digosipkan ngan artis artis terseksi dan tersohor, bergambar pegang-pegang tangan, pergi parti giler babas... to the extend nak berhibur di kelab-kelab? Owang glamer mesti tinginkan kebebasan itu kan? Tapi apakan daya, imej yang dibentuk membuatkan Mawi terpaksa memeram keinginan itu. Terpaksalah join geng-geng Raihan atau Rabbani ngan imej budak baik... pidahhhh!!!! Satu sen pun aku tak percaya. Dan keputusan Mawi memutuskan pertunangannya ngan Ina Kulai (ye bang? wakakakak) bagi aku adalah antara cara Mawi memberontak. Budak Ina tu pun satu... perasan lelebih. Aku tak suker lansung dengan cara dia ni... bagi aku dia ni pompuan low class dan tak pandai menjaga maruah... namun bagi aku kedua-duanya manusia biasa aje. Ada silap dan salah. Aura Mawi tu memang aku pelik tul... namun kagum gak sebab aura dia tu berjaya menarik ribuan peminat. Sebagai budak Johor, korang kenalah tau yang mereka kena belajar sekolah agama selain dari belajar di sekolah biasa. Di ajar marhaban, berzanji dan sebagainya. Maknanya bebudak Johor dikatakan memiliki pengetahuan agama yang lebih. Jadi nak mengatakan Mawi ni idola atau contoh taklah tepat juga sebab dia dilonjakkan ke persada seni dengan AF3. Kalau tak kerana AF3.. siapakah itu Mawi? Kalau Ahmad Kasman dari Muor menang AF pun, kalau dia buat imej baik cam Mawi pun... semua owang akan melopong kekaguman. Terer arrr budak tu mengaji, terer arrr budak tu berzanji... adeih la... owang tengok bakat cik kak oiii... tapi inilah Malaysia dan inilah ASTRO... bakat dinilai dari sudut yang berlainan. ASTRO pulak dengan apa cara sekalipun akan membuat keuntungan. Akhirnya lahirlah artis artis hampeh entahapahapa... aku berkesempatan tengok Akademia Fantasi Indosiar (AF versi Indonesia) beberapa bulan lepas. Kagum aku ngan persembahan pelajar-pelajar AFI... berbanding pelajar AF4 yang bagi aku setakat badut sarkas aje. Si Faizal tu memang tak lama lagi abis le... berbanding juara AF yang lain, Faizal ni bagi aku tahap longkang aje. Arituh aku dengar Carta Era... Faizal ni jadik artis undangan. Aku tak mengecilkan loghat Terengganu sebab famili aku pun ramai yang duduk di Terengganu, tapi bila ditemubual di radio untuk didengar di satu negara, jagalah sikit pertuturan tu. Kampung betul aku mendengarnya... malu pun ada. Juara AF tapi cakap macam orang nak turun ke laut nangkap ikan. Bukankah ada kelas-kelas yang diajar semasa di akademi? Nampak sangat ilmu tak masuk atau bengapnya. Inilah realitinya... AF menghasilkan artis artis tahap hampeh... yang juara cam hampeh, apatah lagi yang awal-awal kena tendang... hampeh kelapa pun lagi mulia.

Berbalik kepada Mawi tadi... memang dah rezeki dia. Melimpah ruah... itu dah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Kalau aku jadik Mawi, aku rembat semua peluang yang ada. Dengan bakat ko yang tak seberapa tu, lambat laun nanti suam-suam kuku tak laku, tak pepasal berlakon dalam Astana Idaman pulak wakakak. Aku tau ko tak sebaik mana dan ko tertekan dengan imej keislaman ko tu... selagi boleh bertahan, ko bertahan ajelah. Tapi kalau dah mental tu, janganlah pulak buat yang bebukan. Buat Faizal, aku rasa tak lama lagi bolehlah berlakon jadik badut dalam Salam Pantai Timur wakakakaka... baiki pertuturan standard tu. Ko bukannya juara AF Teranung. Nak cakak Teranung, mung leh cakak kat Terengganu FM atau Pahang FM... kami semua paham kat belah belah situ.

Huh... apasallah aku memarah lak pagi ni? Wakakakaka aku dah lama nak menitipkan entry mengenai keboringan aku ngan si Mawi dan Faizal ni. Die hard fan nak marah, pedulik hapa aku. Aku ada hak nak bercakap mengenai bakat seni tak seberapa mereka. Persetan dan peribliskan mereka itu wakakakakaka

Wakakakakak kita sambung gelak kejam....

Wakakakakak Mawi kat gambar atas tu patut tukau nama kepada Nur Mawinawati wakakakakak

No comments: