Thursday, October 19, 2006

Petang Yang Sayu

Aku akui aku memang sorang yang agak sensitip... walau suasana riang ria di sekeliling aku namun apabila tetiba ada kurasa perubahan emosi, masa itulah aku akan masuk ke ruang angkasa blues... tetiba awan gelap memenuhi angkasa dan mentari pudar menyinarkan cahaya. Sebagaimana aku pernah ceritakan kat korang, di pejabat mudah untuk aku sembunyikan perasaan aku memandangkan sebagai seketip, aku harus berlagak serius. Namun di alam siber, kegilaan dan kesengetan aku sedikit sebanyak akan terhakis... tetiba titip kata aku mempunyai maksud yang mendalam... sehingga menjadi puitis. Tetiba posting aku di porum menjadi siyes dan tak ceria. Dan ramai yang tetiba menyampah dengan perubahan yang berlaku. Fahamilah kengkawan, aku ni manusia biasa yang punya perasaan. Sekelakar atau sesenget mana pun aku, akan tiba satu masa dan ketika di mana aku akan memasuki situasi kelam dan suram. Mungkin ramai yang ingat aku tengah meroyan atau jiwa kacau... biarlah! Memang masa tu jiwa aku kacau... ramai yang tak suka... ramai yang mahukan aku yang gila gila, sengal, senget dan babun... tapi aku juga manusia biasa. Berilah aku ruang untuk meluahkan semua perasaan aku. Hu hu hu hu hu sayu pulak aku pepetang ni...

Namun aku bersyukur kerana sokongan kengkawan yang dapat aku lihat melalui posting di porum, di blog aku dan di sms... you guys are great! Terharu sungguh aku sebab walau tak bertemu, korang concern gak kat aku yang terkontang kanting di rantauan ni... hu hu hu hu thanks a lot to all my bro and sis out there... you know who you are...

On a merrier notes... tadi aku dapat PM dari Vagg... she's be sitting for her exam after raya. PM dari Vagg bisa buatku senyum... bisa mengalih tompokan awan itam itu...

No comments: