Thursday, October 19, 2006

Lagu raya klasik?

Belek-belek koleksi lagu raya yang aku simpan dalam folder lagu raya mp3 aku (aku donlod masa bulan puasa tahun lepas), ternampak lagu dari kumpulan 4U2C nih... satu-satunya lagu raya dari kumpulan rap tersohor tanahair satu ketika dulu. Aku suker gak layan beberapa lagu mumantis (kalaulah boleh dikategorikan sebagai mumantis) yang bagi aku sedap telinga mendengar. Lagu 'Syawal' ni aku kategorikan sebagai sedap di dengar. Sesuailah dengan mood raya kengkawan kan? Aku memang takde mood hu hu hu hu hu

'Syawal'
oleh 4U2C


Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut Syawal bulan mulia
( 1 )
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua

Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia

1 Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia

( ulang 1 )

( 2 )
Yang yatim yang miskin pun gembira
Walaupun hiba di pagi hari raya
Yang kecil pun turut bergembira
Menyambut hari raya oh, oh mulia

Sebulan berpuasa mengajar kita
Erti kesabaran dan keinsafan
Menghormati yang tua muda dan pada ibu
bapa keluarga tercinta
Ampun dan maaf dihari yang mulia dari anakmu
Dan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua

( ulang 1 & 2 )

1 comment:

vag said...

ko ingat x damit gaya budak2 4U2C nih nari masa zaman2 kegemilangan diorang dulu...

nari ala2 mop lantai guna kasut..huhu..lawak je kalo ingat

diorang nyer penyanyi utama ac ngan joe kalo xsilap