Wednesday, October 04, 2006

Kad Raya

Tadi aku singgah kat Parkson Grand, Bintang Plaza. Dah agak lewat... kira-kira jam 9.15 malam. Orang pun dah tak ramai. Takde arah tujuan, saje nak jejalan. Tetiba ternampak longgokan kad raya. Ceh! Baru aku tingat yang aku lom hantar kad raya lagi. Sibuk sangatkah aku sampai tak sempat nak hantar kad raya? Wakakakak terus aje aku belek-belek... aku beli yang berbungkus aje. Murah sikit... tapi kad dari jenama yang baguslah. Bukannya dari jenama kad kucing yang rega 20 sen masa aku beli untuk hantar kat gepren masa sekolah arituh... siap tulis 'pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas...' wakakakak cam sentul aje... aku mula siyes antar kad raya sejak aku di tingkatan 1. Rajin hantar kat kengkawan sekolah rendah dan kepada makcik dan mak sedara. Masa tu duit kurang. Jadi aku buat kad raya sendirik. Duit yang aku kumpul tu, aku gunakan untuk beli setem. Kenangan paling manis ialah masa aku sekolah asrama. Masa di tingkatan 5... saling bertukar kad ngan rakan sekelas dan adik adik angkat (maklumlah abang Form 5 yang glemer time tu wakakakak) Dari situlah aku terus setia menghantar kad raya kepada mereka yang rapat ngan aku... sehingga kini. Dah keje ni lagilah... makin banyak kad nak dihantar especially kepada teman-teman, business counterparts, handai taulan... setem aje dah berpuluh hengget... sibbaik satu kad raya masih menten setem 20 sen. Kalau tak jual bulu kaki aku wakakaka. Biasanya aku ada wat list kat sapa nak hantar kad raya, tapi pastu list tu akan jadik semakin panjang. Wakakakaka entah hapa-hapa lah... bukan setakat kad raya... kad deepavali, krismas ngan CNY pun aku hantar... kalau leh claim kat opis, orait gak...

Ramai yang kini lebih senang hantar email atau sms aje. Jimat kos kan? Tapi aku rasa keseronokan dapat kad raya tu lebih bermakna. Biarlah berbelanja lebih sikit kan? Raya pun setahun sekali. Malah ada sesetengah penerima kad raya tu hanya aku hubungi setahun sekali. Bagi aku, walaupun jarang berhubung... selagi mampu untuk dititipkan ingatan melalui kad raya tu sudah memadai. Walau aku tak mengharapkan balasan dari kad raya yang aku kirim, namun setiap kad yang dibalas mampu membuatkan aku tersenyum mengenangkan betapa hubungan itu masih berlansung walau cuma di angin lalu. Pesan aku kepada kengkawan, ada peluang hantar kad raya tu... hantar ajelah. Duit bukanlah sesuatu yang dapat menilai harga persahabatan. Setahun hanya sekali kita menghantar kad tanda ingatan, tulisan tangan tu yang amat berharga.

Kepada kengkawan di alam siber... aku mohon maaf. Di sinilah batasanku. Tidak mungkin dapat aku titipkan kad raya secara fizikal kepada kengkawan. Ramai yang memahami pendirian aku ni. Biarlah aku hanya dikenali sebagai 'Damit' di alam siber ini. Nak menulis kad raya ni...

No comments: