Thursday, October 05, 2006

ERA FM ke Sinar FM?

Berbanding ngan korang kat Semenanjung Malaysia, di Sarawak ni hanya area Kuching saja yang dapat kedua-dua radio popular ni ngan percuma kat radio korang. Kami yang duduk di tempat-tempat lain ni nak tak nak kenalah dengar radio-radio ni kat tv memasing yang ada Astro. Kebetulan aku pasang Astro kat ofis aku. Jadi pepagi aku dengarlah radio-radio ni. Sebelum ni aku layan Rangkaian Harmoni, Radio Brunei aje untuk mendengar lagu-lagu retro. Jadik pas aku pasang Astro kat opis, maka pepagi aku dengar Sinarlah... masyuk gak. Hinggalah beberapa bulan lepas aku ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Aku menumpang kereta member aku. Dalam kesibukan lalulintas nak ke pusat bandaraya tu, member aku ni dengar Era. Aku yang menumpang ni tumpang dengar ajelah. Aku tak berapa minat layan Era sebab aku rasa radio ni overdose mengglamerkan diri. Menyampah pulak. Tapi bila aku dengar celoteh K&K di segmen 'Pagi Di Era' terasa best pulak. Suasana ceria tu sebenarnya sedikit sebanyak mengubat kerinduan aku ngan KL. Maka sekarang ni aku banyak mendengar Era berbanding Sinar. Aku harap abang Haling Semang tak tangkap nangis le wakakakaka aku minat lagu-lagu retro yang penuh nostalgis tu tapi suasana ceria kat Era tu memang masyuk arrr layan. Apek punya lawak bangang pun tahap tapir sentul tercekik selipar jepun... cam gampang pun ada... tapi 'Pagi Di Era' memang menceriakan pagiku... korang dengar radio apa pepagi?

Dah lama tak dengar Best 104... Sensasi Selatan...

Apasal sound Best 104 ni semacam aje yek?


No comments: