Friday, October 27, 2006

Thursday, October 26, 2006

Kuantan... Catatan Bergambar...

Kuantan... Gateaway Charms To The Beautiful East Coast...

Mesti yang ramai dah pergi atau singgah di Kuantan kan? My hometown yang cantik dan cool (it used to be that way a few years back). Kuantan ialah ibunegeri Pahang yang letaknya di tepi Laut Cina Selatan. Pantai berpasir putih mewarnai jaluran pantai negeriku yang indah ini. Itu belum lagi kampung nenekku yang permai di Pekan. Bagiku pantai berpasir putih itu tidak menjadi kehairanan. Aku membesar dengan bermain dengan ombak, mencari kerangan di gigi air dan membina istana pasir. Kegilaan sesetengah orang untuk bercuti di tepi laut tidak menarik minatku lagi kerana ia adalah rutin biasa sedari kecil. Aku nak citerkan sikit mengenai bandar Kuantan ni...
Kuantan ni takdelah sebesar mana pun.. Aku rasa adalah sebesar Miri aje. Bangunan tinggi pun tak banyak. Paling tinggi dan grand ialah Kompleks Teruntum dengan menara 21 tingkatnya yang menempatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Masa kekecik arituh tak silap aku namanya Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) aje. Bangunan tu memang strategik. Sesapa yang masuk ke bandar ni memang takkan lepas menengok bangunan ni. Pada tahun 80an arituh ianya menempatkan kompleks beli belah utama di Kuantan. Ada Pasaraya Bintang di tingkat 2, ada gelanggang bowling di tingkat 3, dan di tingkat bawah menempatkan restoran A&W dan Bank Bumiputera. Sekarang ni bangunan ni nampak usang... kecuali Bank Bumiputra-Commerce, yang lenlain rasanya dah tutup. Aku pun dah jarang masuk ke kompleks ini. Lagi best merayap ke Kuantan Parade yang letaknya betul-betul kat belakang kompleks ni... bagi aku, kompleks ni masih berpotensi untuk maju. Kena direfurbish balik macam Kompleks Pertama atau Kompleks Campbell di Kuala Lumpur nun... tapi masa kekecik, inilah tempat paling grand bagi aku di Kuantan ni... Gambar kat atas tu dirakam di atas jejantas di hadapan hospital...

Ini pulak area di persimpangan Jalan Wong Ah Jang - Jalan Bukit Ubi - Jalan Tun Ismail. Kata mak aku, simpang empat ni dulu ialah sebuah bulatan dengan air pancut. Aku tak tau betul ke tidak, tapi Kuantan memang kurang bulatan. Tak macam di Sarawak, yang mana setiap bandar mesti ada bulatan... hatta di pekan-pekan kecil sekali pun. Area ini terkenal dengan aktiviti malamnya. Di sini ramai pondan... especially di area Lorong Kunyit. Kalau korang suka servis ngan pondan, sinilah tempatnya... ada satu lagi area iaitu di belakang bangunan Celcom lama di satu bahagian town yang lain. Memalam boleh nampak Cik Dan (istilah yang dipakai oleh mak aku) berniaga di lorong-lorong gelap di area ni...

Ini pulak ialah kompleks membeli-belah terbesar di Kuantan. Letaknya di Jalan Tun Ismail. Kompleks Berjaya Megamall ngan kaler ijaunya ni memang tumpuan le... ada supermarket, kedai makanan segera, kedai memacam, panggung wayang, food court dan kalau tak silap aku, ada bowling alleys. Kat sini ada Pakson Grand dan Tesco Express. Nak minum Starbucks pun kat sini, nak makan KFC, McDonald's, Pizza Hut, Rasa Gourmet Ayamas dan Kenny Rogers pun kat sini. Kira classlah kekununnya... dulu area ni hutan getah aje... berhantu pulak tu. Sekarang ni area ni di conquer manusia yang jadik antu. Aku rajin gak menengok wayang kat panggung GSC kat tingkat atas tu... biasa nengok wayang ngan adik-adik aku...

Ini pulak area Jalan Gambut. Area ni menempatkan sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan. Aku sekolah kat area ni lah dulu. Ada 3 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah kat sini. Dalam gambar ni, semua sekolah di area sebelah kiri. Manakala area sebelah kanan menempatkan Wisma Persekutuan, Wisma Seri Pahang dan Dewan Undangan Negeri (aku panggil Kaabah sebab bangunan DUN ni bersegi empat dan kaler hitam wakakakak). Malam minggu ada pasar malam kat sini... takdelah sebest pasar malam Jalan TAR tapi untuk bandar Kuantan kira okeylah...

Ini pulak ialah mercu tanda bandar Kuantan. Masjid kaler biru-ijau ni ialah Masjid Sultan Ahmad 1. Besar agam dan indah buatannya. Korang kalau singgah Kuantan, singgah le kat masjid ni. Aku selalu semayang Jumaat kat sini masa duduk kat Kuantan arituh. Masjid ni dibina di atas tapak masjid lama yang aku panggil Masjid tempurung kelapa wakakaka... ini adalah kerana masjid lama berbentuk sebelah tempurung kelapa yang bertangkup. Masa masjid ni dibina dulu, ada dijumpai bom peninggalan perang dunia... sibbaik jumpa masa masjid di bina, kalau tak haru wakakakak. Ada padang di hadapan masjid ni. Tu yang nampak luas aje walhal masjid ni terkepit di celah bangunan-bangunan di bandar Kuantan.

Inilah pemandangan bandar Kuantan di waktu malam. Gambar di ambil dari atas Jambatan Tanjung Lumpur yang menghubungkan bandar Kuantan ke kawasan perkampungan nelayan di seberang sungai. Kalau kowang sukakan area pantai laut yang diteduhi pohon nyiur dan rumah rumah kampung, kat area sinilah patut korang jejaki...

Di samping pantai yang cantik, Kuantan ada gak kawasan air terjun. Sejam perjalanan melalui Jalan Gambang, masuk ke simpang Panching ialah Air Terjun Sungai Pandan. Dulu rajin famili aku berkelah kat sini. Pepagi kami pergi. Air suam aje kat sini tapi kalau dah tengahari tu airnya cam ais. Pergi tengahari ramai sangat orang. Seeloknya pergi awal pagi... bila orang dah ramai sangat, baliklah... boring sebab bising dan ramai orang muda wat projek wakakaka lama dah tak pergi sini. Tak tau camanalah sekarang agaknya air terjun ni...

Itulah serba sedikit catatan aku mengenai Kuantan. Nanti aku balik kampung, aku akan snap lagi gambar bandar Kuantan untuk tatapan korang... penat weh aku menaip ni wakakakak

Aku ingin pulang...

Petronas memang diakui sentiasa mengeluarkan iklan-iklan perayaan yang bermesej. Dan pastinya ramai yang menunggu iklan-iklan raya dari konglomerat petroleum utama negara ini. Tahun ini nampaknya Petronas masih mengekalkan mesej kekeluargaan yang sama namun dengan nada yang lebih sayu. Berlatarbelakangkan lagu nyanyian Ebiet G. Ade, lagu 'Aku Ingin Pulang...' yang syahdu... kisah seorang ayah tua yang ingin pulang ke rumahnya kerana tiada ketenangan di rumah anak perempuannya sendiri, apatah lagi dengan menantu yang bagiku kurang hajar... cucu pulak hampeh... tapi bebudak buleh lagi dimaafkan... tatkala aku menaip entry ini, lagu tema tu berkumandang di speaker notebook aku setelah aku donlod lagu ni pagi tadi di Limewire. Aku dah ada upload kat Rapidshare, sesapa yang nak lagu ni leh donlod kat board MP3 di Kool...
Part yang sayu apabila si anak menyedari kesilapannya lalu menangis di peha si ayah tua... dan kemudian di fokus pula ke satu gambar raya yang mungkin diambil 10 tahun lampau, si anak dan si ayah ceria di dalam posisi yang sama... aku sayu gila... jauh beza kegembiraan kita sebagai anak di masa itu... aku harap aku tak akan jadi seperti anak perempuan ayah tua ini...
Dan inilah dia lirik penuh lagu yang melatari iklan ni... sungguh indah dan puitis... bila didengar dengan penuh khusyuk pastinya bisa buat hati kecilmu tersentuh...

AKU INGIN PULANG
(EBIET G. ADE)


Ke manapun aku pergi
Bayang-bayangmu mengejar
Bersembunyi di manapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa

Tak ada yang menjawab
Sebab s'mua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut

Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan

Du... du... du...

Ke manapun aku pergi
Selalu ku bawa-bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu kubuka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang...


U... hu...

Aku harus pulang...

U... hu...

Aku ingin pulang...

U... hu...

Aku harus pulang...

U... hu...

Aku harus pulang...

Catatan 3 Syawal...

Salam Syawal....
Aku kembali semula ke blog ni setelah bercuti kira-kira 5 hari. Aku nak update blog ni dari pagi... malangnya hampeh... taip pepanjang, pastu server down... bengang tul aku... entry ni pendek aje... nak test server okey ke tak...

Saturday, October 21, 2006

Entry Khas Untuk 24 Oktober 2006

Sepatutnya entry ni aku buat pada 24hb. Oktober...
tapi hari rayalah pulakkan?
Maknanya orang Pahang dapat ekstra cuti sehari
sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.
Daulat Tuanku!

"Ya Allah yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Duli Tuanku Raja kami..."

- lagu negeri 'Allah Selamatkan Sultan'

Selamat Hari Deepavali

Semoga selamat segalanya...

Friday, October 20, 2006

Kisah nenek tua yang memilukan

Sambil menunggu waktu berbuka puasa, yang mana hari ni aku berbuka puasa dengan bubur pulut hitam dan sebotol jus oren di pejabat, aku menonton rancangan Tijarah Ramadan yang ditayangkan di TV1 bermula jam 6.00 petang. Aku menonton rancangan ini sekali sekala sahaja kalau aku terbukak TV1. Dan nyata aku merasa sayu apabila mendapati rancangan hari ini memaparkan kisah seorang nenek tua yang meniti hari hari terakhir kehidupannya berseorangan.

Aku terus menumpukan perhatian aku ke kaca tv. Wajah nenek Esah mengingatkan aku akan nenekku di kampung. Cara berpakaian saling tak sumpah... malah rasanya saiz mereka pun hampir sama. Tinggal berseorangan di sebuah rumah usang yang sudah buruk untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan tanpa keluarga. Aku cukup pilu dan sebak melihat betapa sukarnya nenek Esah meneruskan kehidupan. Mengutip sayur sayuran kampung di tepi sungai, memancing ikan, mengemas rumah dan laman, memasak di dapur yang uzur, lantai yang berlubang dan reput dan tidur di dalam kegelapan malam kerana tidak mempunyai bekalan elektrik. Terasa perit tekak melihat nenek Esah makan nasi tanpa lauk... hilang selera aku seketika dan aku tak malu mengakui yang air mata aku bergenang kerana aku sungguh simpati dengan nasib nenek tua ini. Sebagai lelaki yang seharusnya mempunyai air mata yang mahal, aku akui yang aku tidak segan mengeluarkan air mata untuk menangis kerana bersimpati dengan golongan warga emas yang serba malang dan daif di dalam meniti hari hari terakhir di penghujung usia. Bagiku mereka ini sepatutnya diberi bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan selesa; bukannya dibiarkan terkontang-kanting tanpa pembelaan. Dahulu aku sering menangis simpati sewaktu Edisi Siasat menjelajah seluruh pelusuk tanahair menghebahkan cerita mengenai nasib malang warga emas senasib dengan nenek Esah ini. Dan sedikit derma kuhulur melalui sms untuk setidaknya membantu nenek tua ini. Tatkala aku menaip entry ini, mataku masih bergenang dengan air mata sayu... melihat wajahnya yang redup itu cukup buatkan hatiku terusik... semoga ketibaan Syawal beberapa hari lagi ni, nenek Esah akan sekurang-kurangnya dapat menyambut Hari Raya dengan sedikit kegembiraan. Doaku untuk kebahagiaan nenek tua ini... salam dari cucu yang jauh dan nenek tidak mungkin akan kenal...

Thursday, October 19, 2006

Ucapan raya dari geng lama...

Sesambil aku belek-belek thread yang bersepah-sepah kat AMNet tadi, tetiba aku terjumpa satu thread yang masih belum direply oleh sesapa... agaknya salah board kot? Avatar itu nyata sungguh mengujakan aku...Dan aku gembira sekali membaca posting ni... bukan selalu dia online pun. Sesekali dia online, aku jadik happy. Terus aje aku reply... kepada Vagg, semoga kehidupan lebih berjaya dan semoga sukses di dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Vagg mengingatkan aku kepada keseronokan berporum di awal aku mengenal dunia porum. She's part of my beautiful memories... God bless sis! And Selamat Hari Raya di samping ayahanda tercinta...

Lagu raya klasik?

Belek-belek koleksi lagu raya yang aku simpan dalam folder lagu raya mp3 aku (aku donlod masa bulan puasa tahun lepas), ternampak lagu dari kumpulan 4U2C nih... satu-satunya lagu raya dari kumpulan rap tersohor tanahair satu ketika dulu. Aku suker gak layan beberapa lagu mumantis (kalaulah boleh dikategorikan sebagai mumantis) yang bagi aku sedap telinga mendengar. Lagu 'Syawal' ni aku kategorikan sebagai sedap di dengar. Sesuailah dengan mood raya kengkawan kan? Aku memang takde mood hu hu hu hu hu

'Syawal'
oleh 4U2C


Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut Syawal bulan mulia
( 1 )
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua

Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia

1 Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia

( ulang 1 )

( 2 )
Yang yatim yang miskin pun gembira
Walaupun hiba di pagi hari raya
Yang kecil pun turut bergembira
Menyambut hari raya oh, oh mulia

Sebulan berpuasa mengajar kita
Erti kesabaran dan keinsafan
Menghormati yang tua muda dan pada ibu
bapa keluarga tercinta
Ampun dan maaf dihari yang mulia dari anakmu
Dan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua

( ulang 1 & 2 )

Story of my life?

Aku baru aje membaca posting kengkawan kat Kool... aku hargai sokongan dan galakan yang diberikan namun perlukah aku menceritakan segala-galanya pada kengkawan? Tidak kuat semangatkah aku ini sehingga aku perlu membuka pekungku untuk diketahui semua?

Aku hargai keprihatinan kengkawan namun rasanya belum tiba masa untuk aku mencurahkan segala masalahku kepada kengkawan umpama mencurahkan air ke daun keladi... aku hanya mahu kengkawan mengerti yang aku hanya manusia biasa. Ada masanya aku gembira, dan ada masanya aku berduka, kuciwa dan lara...

Cukuplah sekadar kengkawan mengerti yang aku mengalami masalah jiwa yang kacau buat masa ini. Dan cukuplah kengkawan tahu yang aku amat menghargai sokongan dak keprihatinan kengkawan...

Percayalah... di saat ini aku merasa amat lega sekali... entah kenapa aku tak pasti? Mungkin aku sedar aku tidak berseorangan di bumi Allah yang luas ini...

Dalam Kenangan...

Tetiba lagu ni bermain-main di benak pikiranku... lagu ni lagu lama. Dulu aku selalu dengar lagu ni kat kaset abang sepupu aku... dari kumpulan Wheels... aku pun tak tau kumpulan ni tapi lagu ni memang syahdu... sesuai dengan mood blues aku sekarang ni...

"Dalam Kenangan"

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

Petang Yang Sayu

Aku akui aku memang sorang yang agak sensitip... walau suasana riang ria di sekeliling aku namun apabila tetiba ada kurasa perubahan emosi, masa itulah aku akan masuk ke ruang angkasa blues... tetiba awan gelap memenuhi angkasa dan mentari pudar menyinarkan cahaya. Sebagaimana aku pernah ceritakan kat korang, di pejabat mudah untuk aku sembunyikan perasaan aku memandangkan sebagai seketip, aku harus berlagak serius. Namun di alam siber, kegilaan dan kesengetan aku sedikit sebanyak akan terhakis... tetiba titip kata aku mempunyai maksud yang mendalam... sehingga menjadi puitis. Tetiba posting aku di porum menjadi siyes dan tak ceria. Dan ramai yang tetiba menyampah dengan perubahan yang berlaku. Fahamilah kengkawan, aku ni manusia biasa yang punya perasaan. Sekelakar atau sesenget mana pun aku, akan tiba satu masa dan ketika di mana aku akan memasuki situasi kelam dan suram. Mungkin ramai yang ingat aku tengah meroyan atau jiwa kacau... biarlah! Memang masa tu jiwa aku kacau... ramai yang tak suka... ramai yang mahukan aku yang gila gila, sengal, senget dan babun... tapi aku juga manusia biasa. Berilah aku ruang untuk meluahkan semua perasaan aku. Hu hu hu hu hu sayu pulak aku pepetang ni...

Namun aku bersyukur kerana sokongan kengkawan yang dapat aku lihat melalui posting di porum, di blog aku dan di sms... you guys are great! Terharu sungguh aku sebab walau tak bertemu, korang concern gak kat aku yang terkontang kanting di rantauan ni... hu hu hu hu thanks a lot to all my bro and sis out there... you know who you are...

On a merrier notes... tadi aku dapat PM dari Vagg... she's be sitting for her exam after raya. PM dari Vagg bisa buatku senyum... bisa mengalih tompokan awan itam itu...

Moderator Idol Di AMNet...

Pagi ni...
Cam biasalah pepagi masuk opis aku terus terkam ke arah notebook aku... nak masuk ke porum. Pergi jenguk Kool... nampaknya ada masalah cam semalam. Tetiba rasa lemau semacam... then aku ke AMNet... no problem. Ada Moderator Idol... pencarian moderator baru setelah lebih setahun AMNet membubarkan sistem moderatornya. Tengok syarat-syarat... ketat kan main namun aku tahu apa yang bermain di kepada empunya porum dan aku tak salahkan mereka... kalau aku berminat pun tak mungkin memenuhi syarat-syarat ditetapkan... then tengok ada yang calonkan nama aku untuk jaga Board Seram. Dan dan masa itu juga aku mereply kat thread tu yang aku tak mahu dan kalau dicalonkan juga, aku akan menarik diri. Bagi aku keje moderator cukup berat. Apatah lagi aku ni bukannya berposting dengan siyes. Banyak memain aje. Mencilok sana sini. Mengoff topickan thread orang. Layak ke aku? But then I am not interested as much as it was too tempting. Sewaktu ramai kengkawan berpecah ke sana ke mari lepas tsunami arituh, ada gak yang offer jadik moderator tapi aku tolak dengan baik. Bukannya sombong atau apa, aku tak layak... aku hanya layak jadik mat rempit, mat sentul ataupun apa saja yang tak elok di porum porum ni... tak banyak kebaikkan yang aku bawak... hanya lawak bodoh untuk menghiburkan hati aku. Cuma penghargaan diberikan empunya porum untuk aku menjaga kem pelarian AMNet arituh... jadik ketua khemah. Cuma beberapa hari namun aku rasakan tanggungjawapnya cukup berat. Menggigil tangan menengokkan function moderator... tak sanggup aku jadi moderator lelama... Itu saja... but then it is nice to know that some people do recognised me... aku harapkan lepas ni semua moderator baru yang dilantik akan melaksanakan amanahnya dengan sempurna di AMNet... harap tidak berlaku cantas mencantas tanpa sebab. Aku dah kurang memosting di sana. Peluang memosting seharusnya diberikan kepada adik-adik baru dengan idea baru... namun gembira jugak sebab AMNet masih memberi ruang kepada otai-otai lama bertemu dan menjejak kasih di Board Info Komuniti. Air dicincang takkan putus... inikan pulak sesama kita yang pernah memeriahkan kampung lama tahun-tahun sudah... kenangan manis sentiasa menggamit memori dan menguntum senyum di bibir... itulah keindahan persahabatan... walaupun aku tak mungkin akan jumpa korang secara fizikal di alam nyata, persahabatan alam siber ini sebenarnya seindah realitinya...

Wednesday, October 18, 2006

Petang Yang Sedih...

Aku ada call umah pamili aku sebelum berbuka...

Dan aku rasa sungguh sedih ngan apa yang aku dengar...

Mungkin lebih baik aku rasa sesorang kat Miri ni...

Kalau aku balik pun mungkin tak menyenangkan hati...

Guys... terus terang aku cakap yang aku sekarang ni rasa down sangat... hu hu hu hu

Malas nak wat entry pepanjang.... tetiba rasa cam sesorang aje kat dunia ni...

Tuesday, October 17, 2006

Tak berporum aku arinih!

Cam biasalahkan? Pepagi bila on kan komputer, mesti aku menuju ke arah porum tempat melepak. Pas klik kat 'Bookmarks' dan klik ke Kool, tak lama pastu kuar mesej ni? Owh tidak!!!!!! Tak berporum aku sepanjang ari. Hal yang sama juga terjadik kat beberapa porum lain yang yang join... ada yang takleh bukak lansung. Hang aje kuar skrin putih. So, dapatlah aku hapdate kan blog aku ni. Ni entry ketiga arinih. Kalau tak tu mana dapat aku abiskan masa kat blog. Lelebih lagi mengenangkan mat-mat rempit dan geng sembang aku yang sengal tahap Senegal itu wakakakak... petang ni dah okey sikit, tapi tak lama pastu hang balik... malas aku nak layan. Buat entry kat sini lagi masyuk. Jap agi nak gi pasar Ramadan... nak beli juadah berbuka...

Seketika di pasar Ramadan...

Jarang aku memasukkan entry bergambar yang sebenar. Balik-balik gambar atau imej yang aku ceduk dari internet wakakakak... bukankah entry di blog sepatutnya menunjukkan apa-apa yang benar di sekeliling kita? Okeylah... aku bawakan entry mengenai pasar Ramadan di tempat aku di penghujung bulan Ramadan yang mulia ini...Beginilah keadaan di pasar Ramadan yang terletak di kawasan letak kereta Stadium Tertutup Miri. Takdelah besar sangat... tapi kira okeylah sebab juadah yang disediakan bolehlah tahan. Huh? Korang perasan tak abang yang kat tengah tu? Alah yang pakai baju merah ngan lengan panjang putih tu... wakakaka mata kuyu kekununnya penat giler puasalah tu... wakakakak

Ni bahagian depan pasar malam... ada dua bahagian, dan dipisahkan oleh sebatang jalan. Hanya ada 4 deret gerai aje, dua di hadapan dan dua di belakang. Kereta tu bukan kereta aku... wakakakak yang aku hangenkan satu aje... golongan non-Muslim yang membeli juadah kat sini dengan selambanya melahap tak menyempat... especially golongan mata sepet. Aku takdelah racist tapi perangai dia orang ni bagi aku amatlah vavi tahap vavi hutan bertaring tu. Terliur aku nengok dia orang melahap air cendul... cessssss kalau ikutkan hati mau aje aku santet sesekor sampai tertunggeng kat pasar Ramadan tu jugak...

Ini pulak ialah bahagian belakang pasar Ramadan tu. Actually gerai-gerainya sama aje. Takdelah beza apa-apa pun. Tapi kalau aku gi pasar Ramadan ni mesti aku gi ke bahagian belakang dulu sebab kat sini ada gerai jual murtabak dan ayam percik yang best... hoh? Akak yang kat belah kanan tu sakan memborong juadah puasa... wakakakak
Gerai nasi lemak ni memang popular. Nak beli nasi lemak, kueyteow kuali besar dan ayam percik kena beratur. Aku kalau singgah memang carik ayam percik. Best wooo... sepaha RM4...Inilah ayam percik yang aku rasa best tu.... aku siap ratah aje untuk menikmati kelazatan yang maksima wakakakak

Inilah dia murtabak peberet aku. Tebal dan banyak isi. Ada murtabak daging dan murtabak ayam. Satu murtabak rega RM3. Tetiba aku tingat murtabak Kampung Mengkasar kat Pekan yang pawarut itu... 3 lapis baru RM4.50...

Ini pulak gerai air yang menawarkan air pelbagai kaler. Yang aku moskelkan itu ialah air kaler biru yang bagi aku sungguh mengancam tapi sampai sekarang aku tak tergamak nak membeli mahupun merasanya... wakakakak

Ini pulak ialah gerai yang jual Cendul Brunei Power... pergh!!! cendul dari Negara Brunei Darussalam tu!!! Mesti Sultan Hassanal Bolkiah dan Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim makan hari-hari buat berbuka puasa kat Istana Darul Iman. Aku pun belilah sebongkos... hoh? Rasa biasa-biasa aje... takdelah pawarut mana... nasib baik pakcik tak menang moto wakakakak

Aneka mee dan laksa Penang. Arituh aku beli laksa Penang... leh le walau kurang power. Ada gak mee kolok dan nasi lemak... laksam tu tak sedap... jangan beli! WakakakakAneka juadah yang nampak menggiurkan lagi menggoncang iman... rasanya Wallahua'lam... kowang perasan tak nasi lemak sini pakai plastik aje... bagus gak, nampak isinya... wakakakak


Dia orang kat sini sediakan makanan ikut kepala dia orang aje... ini adalah tauhu sumbat yang aku tak tergamak nak memakannya... aku rasa dia pakai kuah petis kot?Karipap pusing banyak dijual di sini... rangup kulitnya... intinya pulak ikut nasiblah... kena sedap, memang menjilat kaki... kena tak sedap, rasa nak memaki... wakakakakInilah apam balik paling morah aku jumpa... sekeping singgit. Aku tak beli pung... sebab nampak cam tak sedap aje. Member aku beli... wakakakak

Itulah catatan aku di pasar Ramadan...

Kembali semula...

Hari ni dah 17hb. Oktober... bersamaan 24 Ramadan... last aku update entry aku ialah pada 12hb. Oktober. Maknanya dah 5 hari aku tak update blog aku. Apakah aku akan menjadi sebahagian dari puak bloggers yang beria-ia nak berblog, dan kemudiannya perlahan-lahan hilang minat untuk menghapdet blog memasing? Ohhh tidak! Sebenarnya aku memang masuk blog aku ni. Tetapi dengan poyosnya aku hanya bertindak jadik pelawat. Apalah punya hampeh kan? Namun aku gembira sebab masih ada yang sudi menjenguk blog aku ni dan melemparkan pelbagai komen ikut sedap tangan korang aje menaip. Wakakak anyway tengkiyu ubi kayu guys. Inilah yang menguatkan lagi semangat untuk aku terus berblog (ke memblog?) wakakakak aku jamin yang blog ni akan senantiasa dikemaskini (meskipun tak hari-hari) sebab aku berusaha gigih untuk menjayakan blog ini. Oleh yang demikian percayalah... wakakakaka

Thursday, October 12, 2006

Life is easy

Kekadang tu kehidupan kita ni memerlukan sedikit motivasi untuk memaju dan meningkatkan diri. Dalam masa kita rasa down sangat, pepatah-pepatah omputeh di bawah mungkin boleh memberikan kita inspirasi...

Bad is easy... Good is hard.

Losing is easy... Winning is hard.

Talking is easy... Listening is hard.

Watching TV is easy... Reading is hard.

Giving advice is easy... Taking advice is hard.

Flab is easy... Muscle is hard.

Stop is easy... Go is hard.

Dirty is easy... Clean is hard.

Take is easy... Give is hard.

Dream is easy... Think is hard.

Lying is easy... Truth is hard.

Sleeping is easy... Waking is hard.

Talking about God is easy... Pray to God is hard.

Holding a grudge is easy... Forgiving is hard.

Telling a secret is easy... Keeping a secret is hard.

Play is easy...Work is hard.

Falling is easy...Getting up is hard.

Spending is easy... Saving is hard.

Eating is easy... Dieting is hard.

Doubt is easy... Faith is hard.

Laughter is easy... Tears are hard.

Criticizing is easy... Taking criticism is hard.

Letting go is easy... Hanging on is hard.

Secret sin is easy... Confession is hard.

Pride is easy... Humility is hard.

Excusing oneself is easy... Excusing others is hard.

Borrowing is easy... Paying back is hard.

Argument is easy... Negotiation is hard.

Naughty is easy... Nice is hard.

Going along is easy... Walking alone is hard.

Dumb is easy... Smart is hard.

Cowardice is easy... Bravery is hard.

Messy is easy... Neat is hard.

War is easy... Peace is hard.

Sarcasm is easy... Sincerity is hard.

Growing weeds is easy... Growing flowers is hard.

Reaction is easy... Action is hard.

Can't do is easy... Can do is hard.

Feasting is easy... Fasting is hard.

Following is easy... Leading is hard.

Having friend is easy... Being a friend is hard.


50 Romantic ThingsTo Do


Apa kata pepagi ni kita memumantiskan diri kita?

1. Watch the sunset together...
2. Whisper to each other...
3. Cook for each other...
4. Walk in the rain...
5. Hold hands...
6. Buy gifts for each other...
7. Roses...
8. Find out their favourites cologne/perfume and wear it every time you're together... 9. Go for a long walk down the beach at midnight...
10. Write poetry for each other...
11. Hugs are the universal medicine...
12. Say "I love you..." only when you mean it and make sure they know you mean it... 13. Give random gifts of flowers/candy/poetry etc...
14. Tell her that she's the only girl you ever want. Don't lie!
15. Spend every second possible together...
16. Look into each other's eyes...
17. Very lightly push up her chin, look into her eyes, tell her you love her, and kiss her lightly...
18. When in public, only flirt with each other...
19. Put love notes in their pockets when they aren't looking...
20. Buy her a ring...
21. Sing to each other...
22. Always hold her around her hips/sides...
23. Take her to dinner and do the dinner for two deal...
24. Spaghetti? (Ever see Lady and the Tramp?)
25. Hold her hand, stare into her eyes,kiss her hand and then put it over your heart... 26. Dance together...
27. I love the way a girl looks right after she's fallen asleep with her head in my lap...
28. Do cute things like write I love you in a note so that they have to look in a mirror to read it...
29. Make excuses to call them every 5 minutes...
30. Even if you are really busy doing something, go out of your way to call and say "I love you..."
31. Call from your vacation spot to tell them you were thinking about them...
32. Remember your dreams and tell her about them...
34. Tell each other your most sacred secrets/fears...
35. Be Prince Charming to her parents...
36. Brush her hair out of her face for her...
37. Hang out with his/her friends...
38. Go to church/pray/worship together (not for Muslim okay?)
39. Take her to see a romantic movie and remember the parts she liked...
40. Learn from each other and don't make the same mistake twice...
41. Describe the joy you feel just to be with him/her...
42. Make sacrifices for each other...
43. Really love each other, or don't stay together...
44. Let there never be a second during any given day that you aren't thinking about them, and make sure they know it...
45. Love yourself before you love anyone else...
46. Learn to say sweet things in foreign languages...
47. Dedicate songs to them on the radio...
48. Fall asleep on the phone with each other...
49. Stand up for them when someone talks trash...
50. Never forget the kiss goodnight and always remember to say, "Sweet dreams..."

Pernahkah korang...

Dalam kehidupan kita sehari-hari, amalan bergurau senda memanglah menjadi lumrah, apatah lagi bagi mereka yang dikategorikan sebagai puak Senegal yang sengal, otak senget, tak center dan mental... asyik melawak aje sesama sendiri. Mengutuk sesama sendiri adalah sesuatu yang lumrah. Namun memandangkan keakraban persahabatan yang dijalin itu, kekadang tu gurauan yang nampak melampau pada pandangan mata orang lain tidak sedikit pun menjadi kudis di kalangan kita. Berbalik kepada matlamat entry aku ini, aku ingin menegaskan bahawa semua orang mempunyai perasaan. Sebrutal mana pun seseorang itu, jauh di lubuk hatinya masih ada perasaan sensitif kepada sesuatu perkara. Sesuatu perkara itu mungkin nampak enteng di pandangan kita, namun tidak pada mereka. Siapalah kita untuk mengetahui hati dan perasaan seseorang namun apabila kita dapati seseorang itu tiba-tiba berubah melalui cara dan gayanya yang nampak janggal, kita wajar untuk menilai mungkinkah ada silap kita di mana-mana dari segi pertuturan, dan tingkah laku. Aku amat tidak suka menyimpan rasa bersalah di dalam diri. Rasa bersalah ini cukup mengganggu fikiran dan kelakuan seharian aku. Sedapat boleh aku akan memohon maaf kepada mereka yang mungkin secara sengaja atau tidak aku lukakan perasaannya. Walaupun mungkin tidak dimaafi, ketenangan yang aku perolehi apabila memikirkan aku telah melakukan tindakan yang wajar betul-betul menjadikan aku senang untuk meneruskan kehidupan seharian. Korang macamana? Masih keras kepala tak mahu mengaku salah kerana keegoan diri sendiri atau sebaliknya?

Pergh... siyes pulak pepagi 19 Ramadan ni yek?

Aku tetiba di alam blues...

Wednesday, October 11, 2006

Siri Enponku: Samsung SGH-X620C

Satu satunya enpon bukan Nokia yang aku gunakan ialah enpon Samsung ni. Enpon ni bukan aku beli pun. Enpon ni aku menang dalam peraduan SMS dan Menang Pepsi bebaru ni. Kebetulan aku ke KL atas urusan rasmi. Jadik aku belilah sebotol Pepsi 500ml masa nunggu flight nak balik Sarawak kat KLIA tu dan cecuba nasib sms kan kod di bawah tudung botol tu... tup tap tup aku berjaya menang satu enpon. Enpon pree beb! Enpon ni tak silap aku reganya tak lebih RM200 aje. Enpon ni basic function dia lebey kurang sama gaks ngan enpon Nokia 6610i tu. Ada kamera tapi resolusi tak power. Kapasiti memori pun kecik aje. Ada radio FM. Fungsi keypad dia gak ada sedikit berbeza ngan enpon Nokia. Namun bagi aku berbaloi gak aku laburkan tak sampai RM5 untuk menang enpon ni. Ringtones dia pun okey gak... kira bolehlah....Ini adalah spesifikasi enpon Samsung tu...


Siri Enponku: Nokia N70

Enpon yang baru ditauliahkan masuk ke dalam fleet enpon-enpon ku ini ialah Nokia N70. Lama dah aku mengidam nakkan enpon ni sebab dia ada 2 kamera woooo... walaupun aku tak pakai 3G, aku naklah jugak uptodate kan? Sesuai ngan aku yang keje seketip cabuk ni wakakakak selain dari bentuknya yang aku rasa nampak agak stylish, enpon ni ada banyak improvement... paparan skrin pun nampak lawa, kamera pun resolusi tinggi sikit dan siap ada flash... tapi more or less fungsinya sama aje ngan enpon Nokia yang model lelain. Setakat ni aku puas hati ngan enpon ni yang aku gunakan untuk tipon client, boss dan kengkawan di Sarawak. Cuma satu aje yang spoilnya, enpon Nokia speaker tak best arrr... pasni aku nak beli Sony Ericsson lah pulak... yang walkman tu... bunyi best siot....

Siri Enponku: Nokia 3230

Memperkenalkan enpon aku yang seterusnya... iaitu enpon Nokia 3230. Nampak agak canggih ngan ropa yang elegan tetapi inilah enpon paling hampeh pernah aku pakai. Fungsi-fungsinya hampir sama aje ngan Nokia 7610 cuma ada beberapa upgrade... antaranya video recorder leh merekod sampai sejam (bergantung kepada memori kad) dan juga ada radio FM... canggih arrr enpon aku ada radio wakakak... Aku pakai enpon ni tak lama... beberapa bulan aje sebelum ianya kuhentak ke dinding. Tak tau apa masalahnya, yang pasti ia selalu off ngan tetiba yang menyebabkan aku hangen. Enpon ni pun reganya kan main merudum berbanding model 7610. Tak tau naper... yang pasti lepas kuhentak ke dinding dan dibaling hingga bersepai, rasa menyesal pun ada hu hu hu hu inilah enpon Nokia paling tak best pernah aku pakai...

Siri Enponku: Nokia 7610

Ha... inilah bagi aku enpon Nokia yang paling best. Nokia 7610... ada owang panggey daun, tapi aku rasa ini bukan model daun sebab model daun ialah Nokia yang satu lagi yang bentuk tahapahapa tu... yang tu memang cam daun. Enpon ni memang best dan memiliki banyak ciri yang menambahkan keenseman penggunanya. Antaranya ialah kamera dengan resolusi yang lebih power (gambar lagi terang dan detail), video sehingga 10 minit setiap satu rakaman (bergantung kepada memori kad), slot untuk upgrade kad memori, tema enpon, leh install software untuk upgrade enpon dan memacam lagi. Paling best dapat mainkan lagu MP3... tahun lepas aku leh letak 40 lebih lagu raya dalam enpon ni... Aku amat puas ati memakai enpon ini dan sehingga kini masih menggunakan enpon ini. Kepada kengkawan yang selalu ku sms dan menghantar sms kat aku, inilah enpon yang mengerat dan mengakrabkan hubungan silatulrahim sesama kita. Enpon ni pun tahan lasak. Dah berapa kali jatuh namun masih pawarut... Oh Nokia 7610ku... I lap you... wakakakakak

Siri Enponku: Nokia 6610i

Enpon ni aku lupa bila masa aku beli. Aku tak pakai pun sebab aku beli enpon ni sebagai hadiah kepada abah aku. Rega pun dalam RM600 masa tu. Ada kamera tapi resolution tak tinggi. Memori pun sikit, tapi memandangkan enpon ni aku nak kasi kat abah aku rasanya tak perlu canggih sangat kot? Asalkan dapat di bawa ke kebun udah le. Sonot giler abah aku bila aku hadiahkan dia enpon yang ada kamera ni. Sikit sikit snap gambar cicak... gambar kucen... gambar lipan... malah gambar belalang pun dia snap. Enpon ni sesuai untuk beginners yang baru nak belajar pakai enpon canggih. Dan sampai sekarang abah masih pakai enpon ni...