Tuesday, October 17, 2006

Kembali semula...

Hari ni dah 17hb. Oktober... bersamaan 24 Ramadan... last aku update entry aku ialah pada 12hb. Oktober. Maknanya dah 5 hari aku tak update blog aku. Apakah aku akan menjadi sebahagian dari puak bloggers yang beria-ia nak berblog, dan kemudiannya perlahan-lahan hilang minat untuk menghapdet blog memasing? Ohhh tidak! Sebenarnya aku memang masuk blog aku ni. Tetapi dengan poyosnya aku hanya bertindak jadik pelawat. Apalah punya hampeh kan? Namun aku gembira sebab masih ada yang sudi menjenguk blog aku ni dan melemparkan pelbagai komen ikut sedap tangan korang aje menaip. Wakakak anyway tengkiyu ubi kayu guys. Inilah yang menguatkan lagi semangat untuk aku terus berblog (ke memblog?) wakakakak aku jamin yang blog ni akan senantiasa dikemaskini (meskipun tak hari-hari) sebab aku berusaha gigih untuk menjayakan blog ini. Oleh yang demikian percayalah... wakakakaka

3 comments:

Anonymous said...

sambil update sambil minum kopi..
haaa..baru kaw kaw..

Damit said...

Wakakaka...
Hampeh tul ko Lom...

halym said...

mit, hang seorang penulis yang kreatif..