Thursday, October 12, 2006

Pernahkah korang...

Dalam kehidupan kita sehari-hari, amalan bergurau senda memanglah menjadi lumrah, apatah lagi bagi mereka yang dikategorikan sebagai puak Senegal yang sengal, otak senget, tak center dan mental... asyik melawak aje sesama sendiri. Mengutuk sesama sendiri adalah sesuatu yang lumrah. Namun memandangkan keakraban persahabatan yang dijalin itu, kekadang tu gurauan yang nampak melampau pada pandangan mata orang lain tidak sedikit pun menjadi kudis di kalangan kita. Berbalik kepada matlamat entry aku ini, aku ingin menegaskan bahawa semua orang mempunyai perasaan. Sebrutal mana pun seseorang itu, jauh di lubuk hatinya masih ada perasaan sensitif kepada sesuatu perkara. Sesuatu perkara itu mungkin nampak enteng di pandangan kita, namun tidak pada mereka. Siapalah kita untuk mengetahui hati dan perasaan seseorang namun apabila kita dapati seseorang itu tiba-tiba berubah melalui cara dan gayanya yang nampak janggal, kita wajar untuk menilai mungkinkah ada silap kita di mana-mana dari segi pertuturan, dan tingkah laku. Aku amat tidak suka menyimpan rasa bersalah di dalam diri. Rasa bersalah ini cukup mengganggu fikiran dan kelakuan seharian aku. Sedapat boleh aku akan memohon maaf kepada mereka yang mungkin secara sengaja atau tidak aku lukakan perasaannya. Walaupun mungkin tidak dimaafi, ketenangan yang aku perolehi apabila memikirkan aku telah melakukan tindakan yang wajar betul-betul menjadikan aku senang untuk meneruskan kehidupan seharian. Korang macamana? Masih keras kepala tak mahu mengaku salah kerana keegoan diri sendiri atau sebaliknya?

Pergh... siyes pulak pepagi 19 Ramadan ni yek?

Aku tetiba di alam blues...

1 comment:

halym said...

aku juga puak BLUES seperti mu itu mit..bermuhasabah diri itu adalah yang sebaik2 nye..