Friday, December 22, 2006

Aku Dan Kucen... Siri 2

Ini pula kisah aku dan kucen di kolej. Sewaktu di tahun 3, aku tinggal bersama seorang member sebilik yang sukakan kucen. Aku sukakan kucen tapi tak tergamak pulak nak bela kucen di kolej. Masa tu aku bela ikan emas di dalam akuarium kecil yang aku letak di atas meja belajarku. Memandangkan bilik kami letaknya di tingkat bawah, maka member aku ni pun membela seekor kucen yang diambil di kawasan kafetaria. Dinamakannya Foo Chow wakakakak member aku ni kalau beli nasi bungkus, dia akan ketepikan sedikit untuk kucennya. Aku pun kalau ada nasi yang tak abis atau ada cebisan tulang ikan atau ayam, akan kuberikan kepada Foo Chow ni. Memalam Foo Chow akan tidur dengan tuannya. Namun kekadang tu dia tukar angin, dia akan tidur denganku. Yang aku hangenkan, Foo Chow suka tidur atas bantalku. Kekadang terbersin aku bila Foo Chow landing atas muka aku ekekeke... aku akan tolak Foo Chow ke bawah sikit... pastu dia akan naik balik ke bantal dan lepas tu aku terbersin lagi bila bulunya masuk dalam lubang idung aku... mencik ekekekek. Foo Chow suker memerhatikan ikan emasku... pernah satu hari aku tengok dia cuba mencakau-cakau akuarium sebab geramkan pasangan ikan emasku yang gemuk itu ekekekek... memandangkan kami tinggal di tingkat bawah, Foo Chow akan melepas di tepi pokok berdekatan padang. Takdelah berbau sangat ekekekek dan kalau tiba masa loan masuk, aku akan support sesikit dengan belikan Foo Chow friskies. Tapi masa bebaru dapat loan le... masa tengah berduit ekekekek Foo Chow ni kucing betina. Jadi bila tiba hormon ghairahnya mencanak, dia projek tengah padang ngan boiprennya... 2-3 ekor plak tu. Seks rambang sungguh. Kami sebilik sker pulak menengok aksi melampaunya tu... kali pertama Foo Chow beranak, ada 4 ekor anak kucen yang comel. Kami memanggilnya anak-anak dubuk sebab kalernya bertompok tompok ngan bulu kelabu... persis Dubuk. Ada Dubuk 1, Dubuk 2, Dubuk 3 dan Dubuk 4 wakakakak... dan pada masa inilah masalah timbul. Anak-anak dubuk ni berak merata. Celah lemari aku pun diaorang melepas... hangen gak. Bilik pun bau loji IWK wakakakak so, bila dah umur beberapa bulan, member aku bawak balik anak-anak dubuk balik ke kampungnya. Kami pulak yang kesunyian sebab pepetang kami akan main dengan anak kucen tu tepi padang depan blok kolej kami... Yang bestnya, member dari bilik lain pun tumpang sekaki main ngan anak kucen tu. Foo Chow beranak beberapa kali jugaklah sehinggalah pada tahun akhir, tatkala kami mahu meninggalkan kolej, Foo Chow di bawa balik oleh memberku balik ke kampungnya. Yang bestnya, sewaktu cuti-cuti semester, memberku tidak menutup tingkapnya rerapat sebab nak kasi Foo Chow masuk tidur di atas katilnya. Tapi dia kena cari makan sendirilah. Pandailah dia survive ekekekek... kenangan melayan anak kucen bersama kengkawan tu tetap menjadi kenangan indah yang bisa buatku tersenyum bila dikenangkan semula...

No comments: