Thursday, December 21, 2006

Ciloks dari Blog Isis...

Saban hari aku menjenguk blog kengkawan yang ada di link blog kengkawan di blog aku sendiri. Sesambil membaca entry tu sesambil tu aku bermesra dengan kengkawan ala ala sengal di shout box... seronok sungguh... jadi rutin pulak 2-3 kali sehari menjenguk ke blog kengkawan sekarang ni.

Al kisahnya tadi aku singgah di blog Rerama Biru iaitu Isis... blog minah sengal dan senget ni, ada masanya buatku terharu dengan kisah kehidupannya, dan ada masanya aku gelak kekuat sebab kesengalannya. Namun entry Isis yang terkini tu amat menarik untuk dikongsi bersama dan untuk aku buat ulasan. Isis, aku cilok ini dari blog ko... see you in court yek? Wakakakaka

Isis menulis: Skrg ni keje aku observe aje..hehe..ni aku punya observation kat AMNET, satu forum yg aku selalu sgt joinkan diri sendiri..

Ni adalah teori aku ttg kemesraan/layanan dlm amnet..maksud aku sesama forumer la yer;
kalau anda perempuan, org baru - ramai yg tegur, termasuk forumer lelaki atau pompuan.

kalau anda seorg forumer lelaki yg baru - anda hanya akan di layan forumer pompuan, amat sedikit forumer lelaki melayan.

kalau anda forumer lama seorg lelaki - anda akan dilayan ramai tak kira gender

kalau anda forumer lama seorg pompuan - anda ada ke takder ke takder org kesah..wakakakak...

saya seronok utk menceritakan kesah kategori ke empat itu..yg saya serta seorg kwn saya alami la yer..cerita dia secara asasnyer ialah bila anda post di satu thread tu, kebarangkalian anda akan stay disitu lama adalah 35-40% sahaja..sbbnyer posting anda tidak bersambut atau dgn kata lain, di biarkan hanyut..mungkin tak perasan bila page laju je kan..tetapi yg saya nak bitau di sini..page takder la gerak secara maksima tetapi posting anda tetap di abaikan..kenapa ini terjd..? Saya akan teruskan pemerhatian saya..!!!!

Ulasan aku: Sekarang ni kalau aku masuk AMNet rasanya tiada sapa yang pedulik pun wakakakaka. Sekian terima kasih...

No comments: