Sunday, December 17, 2006

Jom Naik Kapal Terbang Twin Otter

Ha... kalau kowang pernah naik kapal terbang MAS dan pernah belek-belek majalah inflight magazine yang diberikan percuma kat poket seat depan kowang tu, tentu kowang pernah tengok pesawat-pesawat yang pernah digunakan oleh MAS. Dan paling bawah sekali tentulah pesawat kecik 19 kerusi ini yang bernama Twin Otter atau dalam bahasa Melayunya, 'Memerang Kembar' wakakak! Kat Semenanjung memang takde pesawat kecik ni. Ianya hanya digunakan di Sarawak dan Sabah (lebih banyak kelihatan di Sarawak). Sebabnya ialah kerana pesawat kecik ni digunakan untuk menghubungkan bandar-bandar utama di Sarawak dengan bandar atau pekan kecil yang sukar dihubungi dengan kenderaan lain. Lagipun airport kat bandar atau pekan tu kecik aje... bukannya besar cam airport kat KLIA, Kuching atau Kuala Terengganu. Ada yang besar sikit aje dari kedai kopi ekekekek! Aku baru aje naik pesawat ni tadi... sekarang ni MAS tidak lagi pakai pesawat Twin Otter ni sebab semuanya dah diberikan kepada syarikat Fly Asian Express atau FAX; yang merupakan anak syarikat Air Asia. Kaler pun dah tukar. Jadi jom kita sesama naik pesawat kecik ni...


Untuk pengetahuan kowang, pesawat Twin Otter ni digunakan di laluan perkhidmatan udara luar bandar atau Rural Air Services (RAS). Owang kampung, Yang Berhormat, Tuan Majistret, Tuan DO, Ketua Kampung, malah anak ayam pun naik kapal terbang ni untuk ke kawasan pedalaman.


Memandangkan kapal terbang ni kecik aje, maka tak perlulah pakai aerobridge. Kalau di Miri, kowang turun ke satu bilik berlepas kat tingkat bawah dari balai berlepas. Bila dah dapat arahan dari petugas, maka kowang akan diarahkan menaiki kapal terbang yang diletakkan dengan teraturnya di atas landasan. Pastikan anda menaiki kapal terbang yang betul atau anda mungkin akan sampai ke kampung owang lain yang mempunyai telinga yang labuh... mesti kowang tahap ngeri punya ekekeke! Aku dah biasa nengok puak-puak ni. Oleh kerana takde seat yang ditetapkan, kowang naik ajelah cam anak kamben (biasalah naik kapal terbang Air Asia). Takde first class mahupun business class sebab semua seat adalah setaraf dengan kelas 3 Anggur wakakakak... di dalam gambar di atas kelihatan owang ramai sedang menaiki pesawat sambil tertunduk sebab kapal terbang ni rendah aje ekekeke... aku duduk seat belakang sekali sebab aku owang yang pertama naik kapal terbang. Alasannya nak duduk seat yang paling dekat ngan pintu wakakakaka....


Setelah semua owang mendapat tempat duduk, jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan. Tiada tunjuk cara keselamatan kapal terbang sebab takde peramugari wakakakak... sila baca risalah keselamatan di poket bangku hadapan anda.. kataku ala ala peramugara hensem plak ekekekek... kapal terbang ni ada 2 owang pilot aje tawww? Kowang perasan tak ada dua kipas antik kat bahagian depan tu? Ekekekek... dalam Boeing 373 mahupun dalam Airbus A320 takde tawww? Klasik sungguh... terasa cam naik kapal terbang masa zaman Tunku Abdul Rahman aje ekekekek


Inilah risalah keselamatan pesawat. Sila baca dengan teliti. Kalau ada pertanyaan silalah tanya pilot anda kat depan. Pintu ke cockpit pun terbukak aje. Kowang leh belajar cara memandu kapal terbang dengan cara melihat bagaimana pilot menekan-nekan pedal dan butang di cockpit tu... pertanyaan lanjut sila berhubung ngan Cik Wells wakakakak


Sementara menanti kapal terbang dapat clearance nak terbang, maka buatlah apa yang patut. Mek saleh ni asyik membaca novel... dari dalam balai berlepas asyik sungguh membaca novel, manakala brader baju ijau tu tengah sekodeng nenen mek saleh tu wakakakak nafsu buas tu... nenen kertu pun nak sekodeng wakakaka.... perlu diingat bahawa ini adalah penerbangan tidak boleh merokok. Maka kalau rasa gian tu, eloklah makan gegula ke atau asam masin. Sayugia juga diingatkan bahawa semua henpon dan peralatan elektronik hendaklah ditutup. Kamera walau bagaimanapun boleh dipakai...


Tu dia... slow slow kapal terbang mulai naik... ada gegar sikitlah sebab ada dua kipas dok memutar kat sayap dia tu... hu hu hu hu sesiapa yang baru first time naik, eloklah mengucap bebanyak wakakakak...


Ha... dah terbang pun... kowang nampak tak umah-umah kecik kat bawah tu? Kalau jatuh dari tinggi ni aku rasa memang tahap bersepai cam daging cincang le... hu hu hu hu akotttt


Di sebelah butang 'exit' tu adalah lubang aircond dan disebelahnya ialah lampu baca... klasik siot!!! Wakakakakak!


Ini pulak ialah tangga kapal terbang. Hu hu hu kalaulah terbukak masa tengah terbang tak taulah apa nak jadi. Tiada minuman dihidangkan namun kalau kowang nak minum, kat belakang seat mek saleh tu ada bekas air wakakakak... air sirap gamaknya... sapalah yang bawa air sirap tu yek? Bukan aku tawww?


Sepanjang perjalanan, aku rasa pening sebab asyik terlanggar awan tebal. Kapal terbang ni terbang rendah aje... kalau kowang terbang pada hari yang berawan, memang dirempuhnya awan tu hu hu hu hu pening tawww? Kalau naik time ujan lebat, berangin dan ribut petir eloklah bawak-bawak mengucap...


Ha... ni lah pemandangan sungai yang berlengkau di bumi Sarawak yang luas terbentang ni... cantik taw? Pasal terbang tak tinggi, nampaklah jelas sikit pemandangan. Kalau naik kapal terbang besau semuanya nampak kekecik aje...


Setelah beberapa ketika maka sampailah kita ke destinasi kita... pintu akan dibuka oleh petugas di lapangan terbang secara manual. Barang siapa yang duduk di seat dekat pintu maka cepatlah mereka keluar dari kapal terbang ini ekekekek


Inilah rupa terkini kapal terbang Twin Otter dengan kaler merah-putih Air Asianya ekekekek jadik, kalau ada peluang terbang ke Sarawak dan ada peluang hendak ke bandar kecil yang menjadi destinasi Twin Otter... cubalah... anda leh dapat pening kepala free wakakakak

1 comment:

Anonymous said...

ko ni asyik wkakakakakaka apara..mcm budak tak cukup akal menulih.