Wednesday, December 20, 2006

Angker...

Malam ni aku layan YM ngan Ajipp. Sembang-sembang kosong membawa ke cerita antu.... Ekekekek aku akui, famili belah ibuku sedikit tahyul. Dari kecil lagi kami sering dimomokkan dengan cerita hantu. Di hujung tahun, aku dan sepupu akan bercuti di kampung nenek sewaktu cuti penggal. Makcik-makcikku akan mengumpulkan kami di tengah rumah setelah kami makan malam, dan akan mula bercerita mengenai hantu dan peristiwa seram yang mereka alami sewaktu mereka kecil dan sewaktu mereka berada di asrama. Kami yang masih kecil akan duduk berhimpitan sebab ketakutan sampai nak kencing ke jamban pun siap berteman. Apatah lagi rumah nenek tiada jamban di dalam rumah masa itu. Kena kencing di tanah. Dan sekiranya makcik-makcikku ini singgah bermalam di rumahku, mereka kami akan berkumpul di tengah ruang tamu di dalam gelap, dan membuka semula cerita hantu dengan update mereka... Apalah punya famili... angker sungguh.... Ekekekekek Al kisahnya tadi terbukalah aku cerita mengenai hantu... pengalamanku sendiri... tak kurang juga dari cerita kengkawan. Saja nak berborak dengan Ajipp... sesekali menaip di YM tu bulu tengkukku meremang jugak. Apatah lagi ada kejadian tu aku alami sendiri dan bila diceritakan semula, flashbacknya tahap 18SG hu hu hu hu hu Ajipp pulak siap mengepit kaki menahan kencing hu hu hu hu... masing-masing agaknya dah tahap meremang bulu kuduk. Hantu memang kita takut... apatah lagi dimomokkan sejak kecil. Ramai yang kata Allah yang Maha Berkuasa. Itu adalah hakikat tapi aku rasa tipulah kalau korang tak takut hantu... janganlah cakap besar mengatakan kita tidak takut. Seberani-berani kita pun tentu ada masanya yang kita akan rasa seriau... teringat aku pada satu episod Seekers, seorang pelajar Iran yang menjadi sukarelawan Seekers kan main kata yang dia hanya takutkan Allah sebelum diletakkan di sebuah rumah buruk. Dan semasa dia diletakkan di rumah buruk itu berseorangan, jaluran cahaya jelas di dalam kamera. Dan dia lari lintang pukang mengatakan dia nampak lembaga besar bermata merah! Dia menangis terketar-ketar cam orang sawan selepas itu selepas pengalamannya ditinggalkan berseorangan di rumah buruk tersebut. Pengajarannya, jangalah bercakap besar. Walaupun jin dan syaitan makhluk Allah juga, kita hendaklah menghormatinya sebagai makhluk Allah. Aku kata 'menghormati' dan bukannya lebih dari itu... janganlah pulak di sembah dan dipuja... Pasni nak sambung YM ngan Ajipp... nak cerita antu lagi ke? Hu hu hu dah tengah malam ni... lain kali ajelah kot.... malam ni rasanya aku tidur bukak lampoooooooo hu hu hu hu hu

No comments: