Wednesday, December 27, 2006

Template Baru...

Dalam kemandoman aku yang sebenarnya tak berkesudahan tu, aku pun membelek-belek feature di Blogger.Com ni. Aku dah lama bercadang nak tukar template ijau lumut aku tu. Tapi mengenangkan beberapa feature yang taruk kat blog aku ni mungkin akan hilang begitu sahaja, maka aku pendamkan hasrat tu. Lagipun aku ada sedikit kesulitan di dalam mengedit HTML. Aku tak pandai... blog sebelum ni pun aku hasilkan berkat aku tak jemu-jemu try and error, dan juga berkat sokongan kengkawan yang rajin berikan tips. Thanks guys... namun tadi entah macam mana aku menukar template tanpa berfikir panjang. Aku sukakan kaler sekarang ni... walaupun aku rasa bukan tergolong dalam warna pastel, aku cukup suka dengan warnanya. Namun beberapa features blog aku hilang. Harus berpinau mata aku nak mengedit balik HTMLnya. Namun kaedah click'n'drag yang selama ni aku tak ambil tahu nyata memudahkan keje aku menambahbaikkan blog aku yang tak seberapanya ini. Tapi aku menghadapi masalah dengan Yahoo! Tak tau apa masalahnya, aku tak dapat akses Yahoo! Mungkin satu dunia menggunakan Yahoo! pada hari ini. Sekarang aku cuba buat carian di Google pulak. Aku masih belum ada shoutbox. Aku akui shoutbox adalah tempat untuk aku berinteraksi dengan kengkawan. Dan aku akan memekak di blog kengkawan tiap kali aku menjenguk masuk ke blog mereka. Aku akui ia satu perkara yang menjadikan kami semua lebih mesra. Thanks guys sebab memekak di shoutbox aku. Hari ni pun aku ala ala takde mood nak memosting di Kool. Kool ialah tempat aku melepak dan berporum sekarang ni. Dah beberapa hari dah aku tak menjenguk ke AMNet. Entah le... given time, I'll be back to the place where we belong, you and I... Sekarang ni aku masih berusaha menambahbaik blog aku... hari hujan pulak di luar hu hu hu hu adakah semendung aku yang sendu arinih?

No comments: