Friday, December 01, 2006

Ku Kembali...

Assalamualaikum kengkawan...
Lama dah aku bercuti dari berblog. Entah kenapa aku rasa malas nak update. Malas semalasnya. Padahal dulu aku bukan main aktip berblog. Sehari sampai 4-5 entry dalam blog aku. Then aku tertanya-tanya... kenapa jadi sebegini? Akhirnya aku tau jawapannya.... aku mencari-cari sesuatu pada masa aku mula berblog arituh. Aku hilang punca apabila aku rasa aku kehilangan ramai kawan di alam maya... tempat aku berforum tampak kurang meriah. Bertahun aku melepak di forum itu, menjalin persahabatan bermakna tanpa perlu melihat muka, mendengar suara... hanya titipan mesej di skrin komputer... dan di dalam kesetiaanku berforum di satu tempat, ramai teman sama ada hilang, menjauhkan diri ataupun semakin jarang bertemu. Sembang-sembang kosong (atau off topic) yang menjalinkan hubungan erat semakin berkurangan... aku rasa kurang kemesraan... tiada lagi kegembiraan setiap pagi apabila aku log-in di forum... semuanya tawar dan hambar... di manakah di kau kengkawan di alam siber? Dan disaat itulah aku mengambil keputusan untuk berblog. Aku rasa elok gak masa dihabiskan di sini meluahkan perasaan suka duka, riang tawa, mandom sayu dan yang seumpamanya memandangkan masa aku di forum semakin tidak menceriakan. Mungkin jugak boleh dikatakan aku hidup berpuak dengan forumers yang sekepala... atau puak puaka di dalam forum aku tu... dan di dalam masa yang sama aku mencari semula kengkawan lama di forum forum lain... dan akhirnya aku berjumpa kengkawan lama yang pernah memeriahkan forum; yang aku sertai sehingga kini, di satu tempat lain. Mereka inilah senior yang mengajar aku cara berporum sehinggalah aku pun mencapai tahap senior kini... keseronokan berforum (dan mengejar posting) menyebabkan masa luangku semakin terisi... dan itulah kesudahannya... dalam tempoh beberapa bulan, aku berbangga dengan 10,000 posting yang dikugilap hasil bual kosong (dan ada sedikit posting bermakna)... terima kasih kepada Ajipp, Halym, Beskut, Gabanz, Lomang, Ijat, Scarlett, Poys, Ayu, Manda, Yanakabness, Aliana dan beberapa orang yang lain... korang semua membuatkan hidup aku ceria sekarang. I lap you all wakakakakak namun aku sedih... keseronokan aku berporum buatkan aku lupa akan blog yang dah mula bersawang ni... hu hu hu hu namun aku akan berusaha untuk menghapdatekan blog ini sekerap mungkin. Ini janji Melayu taww? Wakakakaka... aku masih menjenguk porum lama... memerhatikan forum yang menjadi tempat bermain tatkala aku masih mentah di alam forum... forum yang mengajar aku pelbagai perkara dan menemaniku setiap hari... aku masih setia... di sana dan di sinun...

No comments: