Friday, December 15, 2006

Bersawang!!!

I've done it again!
Sekali lagi blog aku ni bersawang... bukan setakat bersawang, malah ianya dah serupa rumah tinggal yang penuh hantu wakakaka... aku akui ada kesibukan di pejabat di penghujung tahun ni, namun aku juga mengaku asyik menghabiskan masa di Kool... berporum ala sentul-sentulan ngan kengkawan yang sentiasa buatku tersenyum dan gelak sendiri. Aku anggap ia sebagai satu terapi yang mengurangkan stress. Membuat lawak bangang sehingga petang, tapi aku gembira. Keseriusan tugas di pejabat buatkan aku mencari-cari tempat untuk berhibur. Dan forum memberikan aku avenue untuk aku merehatkan otak. Kepada kengkawan di Kool, thanks sebab sudi melayan otak gila-gila aku. Sejak di AMNet lagi korang dah menemani aku... dengan lawak-lawak senget dan sengal yang sentiasa buatkan aku ketagih nak berporum. Aku harap pasni aku akan dapat meneruskan continuity blog aku ni... kalau tak, aku tutup kedai ajelah wakakakak...

No comments: