Wednesday, December 27, 2006

Di Coffee Bean, Bintang Plaza

Rancangan asalnya nak makan tengahari di Coffee Bean, pastu makan malam di Restoran Muara yang terkenal dengan nasi lalapannya... malangnya rancangan berubah. Tengahari makan nasi lalapan, dan malam ni makan di Coffee Bean. Member dah mengidam nak makan pasta. Aku mengikut aje. Lagipun dia kata dia nak banjer pasta, tapi air beli sendiri. Okey le kan... air baru seploh hengget (berlagaknya aku wakakakak... mesti Ajipp mencik ngan aku!!!) Jadi dalam gerimis tu, kul 7.15 dah tercongok kat Bintang Plaza.


Huwargh... kat main entrance Bintang Plaza ada Santa Clause besau yang menari gelek. Setelah aku perhatikan bebetul dan lawan mata ngan Santa Clause ni... hu hu hu hu akot pulak... dah le besau... buatnya dia ni spesis Chucky dalam pilem Child Play tu sah sah le aku kena tikam. Matanya menakutkan siot... hu hu hu bebudak galak bergambau kat sebelah Santa Clause ni gunakan henpon mak bapak. Aku pun tumpang sekaki. Di samping tu kat siling ada rusa Santa Clause. Lupa plak nak snap... sempat merokok sepam kat luar tu. Sejuk gak, maklumlah ujan hu hu hu hu


Inilah entrance Coffee Bean Miri. Takde lah ramai sangat owang masa aku masuk. Sejuk giler kat dalam. Selain Coffee Bean, Miri pun ada San Francisco Coffee. Tapi aku baru masuk sekali aje sepanjang ia dibukak. Tempatnya tak best... tak macam Coffee Bean yang agak happening di Plaza Bintang yang sibuk ngan orang shopping di Parkson Grand. Dukacitanya Starbucks Coffee dan Gloria Jane Coffee takde kat sini. Kopi CNI ataupun Ali Cafe leh carik kat kedai makan biasa atau kedai Mamakis (istilah 'mamak' yang cuba diperkenalkan oleh member aku. Contoh ayat = 'Jom pergi makan kari kamben di mamakis? Wakakakak)



Member aku mengidam nak makan pasta tapi dah abis wakakaka... aku pun ala ala frust gak sebab sesekali kurasa teringin gak nak makan mee omputeh ni. Member aku akhirnya order lasagna. 15 hengget tu... aku komplen, di Pizza Hut baru 9 hengget... member aku cakap, lasagna Pizza Hut takde kuah wakakakaka... aku order Brownies Cheese Cake rega 8 hengget. Tak selera nak makan menda lain. Chicken Pie pun dah abis. Tinggal sandwic aje. Uweksss sapa nak makan sandwic memalam? Mencik... aku minum Hazelnut Ice Blended... member aku minum air apa ntah... kopi ice blended gamaknya. Sesambil mengumpat ala kadar tu, sempat gak aku membaca paper arinih. Tapi baca page depan aje... malas nak baca memalam ni....


Inilah bahagian dalam Coffee Bean tu. Kosong aje takde owang. Decor dia aku rasa takleh celen San Francisco Coffee yang nampak lebih ceria.


Sesambil memandang keliling jangan lupa menjamah Cheese Cake harga 8 hengget itteww... malam tadi aku nengok Nigella Lawson masak brownies kat Travel & Living. Merembes aku nengok minah ni masak... merembes nengok owangnya dan merembes nengok masakannya ekekekek... tu dia... dah separuh kek dah aku lahap muahahahah....


Lampu kat dalam ala ala malap... kekununnya mumantis le kan? Wakakaka kat sini ada Wifi... tak tau lah pree ke kena bayar. Ada mamat kat meja ujung dok layan tenet pakai notebook. Kekununnya canggih le tu... menyampassssss wakakakak


Ya tuan-tuan dan puan-puan... setelah beberapa ketika, abislah sepotong kek berharga 8 hengget itu... tapi aku masih lapar... aku nakkan sesuatu yang pedas, garing dan bersalut tepung rangup... kataku menjeling-jeling ke arah restroran Kentaki kat sebelah wakakakak... akhirnya setelah pepusing dalam Bintang Plaza, aku singgah gak kat Kentaki dan menapau ayam 2 ketoi wakakakakak mencikkkkk.........

1 comment:

marts said...

Oh Nigella itu mmg peberet chef aku jugak sama mcm Jamie Oliver dan Kylie Kwong.

Adakah aku akan jadi salah sorang pemenang bertuah dapat buku masakan bertandatangan Nigella? Mu ha ha ha dah lama antar, senyap je.