Monday, December 18, 2006

Daulat Tuanku!

Malaysia ialah sebuah negara yang unik dan penuh dengan adat istiadat. Paling menarik ialah sistem raja berpelembagaannya yang unik. Pada 13hb. Disember yang baru lalu, pusingan penggiliran Yang Di Pertuan Agung meneruskan fasa keduanya dengan Sultan Mizan Zainal Abidin menaiki takhta kerajaan Malaysia. Sultan Terengganu telah dipilih untuk kali kedua bagi menerajui Malaysia. Sebelum ini, nenda baginda iaitu Al Marhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah telah menaiki takhta kerajaan mulai tahun 1965 sehingga tahun 1970. Apakata kita sorot wajah-wajah Yang Di Pertuan Agung sebelum ini... just enjoy this facts okay?

Ini adalah jata rasmi Yang Di Pertuan Agung

Yang Di Pertuan Agung Pertama
Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al Marhum Tuanku Muhammad
Yamtuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Menaiki takhta pada 31hb. Ogos 1957 sehingga 1hb. April 1960
Permaisuri - Tuanku Puan Besar Khursiah Binti Al Marhum Tuanku Besar Burhanuddin
*Wajah baginda menghiasi duit kertas negara sehingga kini

Yang Di Pertuan Agung Kedua
Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj Ibni Al Marhum
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan
Menaiki takhta pada 14hb. April 1960 sehingga 1hb. September 1960
Permaisuri - Tengku Ampuan Jemaah Binti Raja Ahmad
* Baginda tidak sempat ditabalkan apabila mangkat secara tiba-tiba

Yang Di Pertuan Agung Ke Tiga
Al Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Tuanku Syed Hassan Jamalullail
Raja Negeri Perlis Indera Kayangan
Menaiki takhta pada 21hb. September 1960 hingga 20hb. September 1965
Permaisuri - Tengku Budriah Ibni Al Marhum Tengku Ismail
* Baginda ialah ayahanda kepada bekas Yang Di Pertuan Agung Ke Dua Belas,
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Yang Di Pertuan Agung Ke Empat
Al Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al Marhum
Sultan Zainal Abidin III
Sultan Negeri Terengganu Darul Iman
Menaiki takhta pada 21hb. September 1965 hingga 20hb. September 1970
Permaisuri - Tunku Intan Zaharah Binti Al Marhum Tengku Omar Setia Raja
* Baginda adalah nenda kepada Yang Di Pertuan Agung sekarang ini

Yang Di Pertuan Agung Ke Lima
Tuanku Al Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin
Sultan Abdul Halim Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah
Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Menaiki takhta pada 21hb. September 1970 sehingga 20hb. September 1970
Permaisuri - Tunku Hajjah Bahiyyah Binti Al Marhum Tuanku Abdul Rahman
* Baginda masih memerintah Kedah sehingga kini, di lantik menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agung sekarang dan sekiranya dilanjutkan usia, mungkin mencipta sejarah dilantik menaiki takhta kerajaan Malaysia buat kali kedua

Yang Di Pertuan Agung Ke Enam
Al Marhum Tuanku Yahya Petra Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim Petra
Sultan Negeri Kelantan Darul Naim
Menaiki takhta pada 21hb. September 1975 sehingga 20hb. September 1979
Permaisuri - Tengku Zainab Binti Al Marhum Tengku Mohamad Petra
* Baginda mangkat ketika masih bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia

Yang Di Pertuan Agung Ke Tujuh
Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar
Riayatuddin Al Muadzam Shah
Sultan Negeri Pahang Darul Makmur
Menaiki takhta pada 26hb. April 1979 sehingga 25hb. April 1984
Permaisuri - Tengku Ampuan Afzan Ibni Al Marhum Tengku Panglima Perang Muhammad
* Baginda masih memegang tampuk pemerintahan negeri sehingga kini

Yang Di Pertuan Agung Ke Lapan
Al Mutawakil Alallah Sultan Mahmud Iskandar Al Haji Ibni Al Marhum
Sultan Ismail
Sultan Negeri Johor Darul Ta'zim
Menaiki takhta pada 26hb. April 1984 sehingga 25hb. April 1989
Permaisuri - Sultanah Hajjah Zanariah Binti Al Marhum Tengku Panglima Raja Ahmad
* Baginda masih memegang tampuk pemerintahan negeri sehingga kini

Yang Di Pertuan Agung Ke Sembilan
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Izzuddin
Ghafarullahulahu Shah
Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Menaiki takhta pada 26hb. April 1989 sehingga 25hb. April 1994
Permaisuri - Tuanku Siti Bainun Binti Mohd. Ali
* Baginda masih memegang tampuk pemerintahan negeri dan adalah bekas Ketua Hakim Negara, sebelum melepaskan jawatannya untuk menjadi Sultan Perak. Perlantikan Baginda melengkapkan pusingan penggiliran sembilan raja-raja Melayu menduduki takhta kerajaan Malaysia

Yang Di Pertuan Agung Ke Sepuluh
Tuanku Jaafar Ibni Al Marhum Tuanku Abdul Rahman
Yamtuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Menaiki takhta pada 26hb. April 1994 sehingga 25hb. April 1999
Permaisuri - Tunku Najihah Binti Al Marhum Tunku Besar Burhanuddin
* Baginda masih memegang tampuk pemerintahan negeri dan perlantikan baginda memulakan kitaran pusingan kedua penggiliran raja-raja Melayu menaiki takhta kerajaan Malaysia

Yang Di Pertuan Agung Ke Sebelas
Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan
Menaiki takhta pada 26hb. April 1999 sehingga 21hb. November 2001
Permaisuri - Tuanku Siti Aisyah Binti Abdul Rahman
* Baginda mangkat ketika masih bersemayam di takhta kerajaan Malaysia, menjadikan Sultan Selangor tidak pernah menamatkan tempoh pemerintahan di atas takhta sebagaimana Al Marhum ayahandanya

Yang Di Pertuan Agung Ke Dua Belas
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail
Raja Negeri Perlis Indera Kayangan
Menaiki takhta pada 13hb. Disember 2001 sehingga 12hb. Disember 2006
Permaisuri - Tuanku Fauziah Binti Al Marhum Tengku Abdul Rashid
* Baginda masih memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri setelah bersemayam selama lima tahun di atas takhta kerajaan Malaysia

Yang Di Pertuan Agung Ke Tiga Belas
Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum
Sultan Mahmud Al Muktafi Billah

Menaiki takhta pada 13hb. Disember 2006


Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Wadaulah
Ibni Al Marhum Sir Omar Ali Saifuddin Saeddul Khairi Waddin
Sultan Dan Pemerintah Negara Brunei Darussalam
* Baginda adalah satu-satunya sultan Melayu yang masih bertakhta di dunia ini selain sembilan sultan Melayu lain di Malaysia

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUAN PATIK!

No comments: