Saturday, December 23, 2006

Aku Harus Pulang

Masanya telah tiba untuk aku pulang semula ke Miri. Setelah 7 hari 6 enam aku bertugas di luar daerah di Limbang dan Lawas, maka dalam tempoh 2 jam lagi aku akan berangkat pulang. Tugasan di luar daerah kali ini agak menyenangkan. Aku hanya kerja beberapa jam sehari. Selebihnya aku habiskan di bilik penginapanku sambil berforum dan mengemaskini blogku. Sepanjang aku habiskan masa di bandar-bandar kecil ini, tiada tekanan ke atas tugasan kerja yang aku laksanakan. Malah aku anggap ianya satu minggu yang cukup santai. Minggu depan ialah minggu terakhir di tahun 2006. Ada beberapa perkara yang harus aku selesaikan sebelum aku mengucapkan selamat tinggal buat tahun 2006. Sampai di Miri nanti aku nak tido dengan selesanya di atas tilam empukku. Kejutkan aku pada hari Natal yek? Wakakakakak blogku ini akan bercuti selama 2 hari sempena hujung minggu dan hari Krismas. Jumpa agi di entry terbaru di hari Selasa. Itu pun kalau aku tak ke pejabat esok atau lusa wakakakaka....

No comments: