Friday, December 22, 2006

Krismas Di Sana Sini...

Sebagaimana yang korang sedia maklum, dalam tempoh beberapa hari lagi masyarakat Kristian di seluruh dunia (kecuali Kristian Ortodoks) akan meraikan Hari Natal pada 25hb. Disember. Di Sarawak ni, kebanyakkan kaum peribuminya menganut ajaran Kristian, sama ada mazhab Katholik atau beberapa mazhab Kristian yang lain berkat kegigihan para pendakwah mereka masuk ke kawasan pedalaman pada zaman pemerintahan Raja Brooke pada awal abad ke 20 yang lalu. Malang sekali para pendakwah kita tidak mahu bersusah-payah berbuat demikian... enough said, sekarang ni suasana di bandar-bandar utama dan bandar-bandar kecil serata Sarawak meriah dengan orang ramai yang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut perayaan ini. Bagi kita orang Melayu, terutama sekali di Semenanjung sudah tentu tidak memperdulikan hal ini. Walau bagaimanapun kita sendiri akan sibuk dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada penghujung tahun. Sebaik tirai Syawal dilabuhkan, gedung-gedung utama di Miri dilihat telah menaikkan dekorasi Krismas di dalam premis memasing. Dan semakin menjelangnya Hari Natal, lagu-lagu Krismas mula dimainkan. Dekorasi pokok krismas dan segala macam dekor yang berkaitan kini boleh di lihat di mana-mana. Di pejabatku pun sepohon pokok Krismas yang leh tahan besarnya diletakkan di tepi pintu masuk. Kemeriahan turut sama dirasakan di pekan-pekan kecil. Pasaraya dipenuhi dengan orang ramai yang sedang sibuk membuat persediaan akhir. Biskut-biskut Hari Raya arituh dikeluarkan semula dijual sebagai biskut Krismas pulak. Sapa yang kaya? Tokey-tokey pasaraya yang terdiri dari orang Cina juga wakakakak... masa inilah juga anak-anak rantau yang bekerja di Semenanjung, Kuching, Sibu, Miri, Brunei dan Labuan akan pulang ke desa di kawasan pedalaman untuk menyambut Hari Natal bersama keluarga. Lapangan terbang utama di seluruh Sarawak akan penuh... termasuk juga terminal feri ekspress dan terminal bas. Sebijik macam suasana hari raya yang kita biasa kita sambut dan kecoh-kecohkan di dalam forum. Hari Natal juga mengingatkan aku akan saat manis bersama Julia. Aku pernah meraikan Hari Natal bersama keluarganya. Malah aku masih menyimpan sepohon pokok krismas kecil yang dihadiahinya pada aku dulu. Sambutan Hari Natal biasanya dimulai dengan sembahyang pada malam menjelang Krismas. Mereka akan menyanyi lagu-lagu kerohanian yang didasari dengan ayat-ayat di dalam kitab suci mereka. Sambutan hari Natal juga sama seperti sambutan Hari Raya. Sekiranya membuat rumah terbuka dan menjemput orang Melayu, hidangan seperti rendang, ketupat, sate, meehon dan kari ayam akan dihidangkan. Malah masakan ini biasanya akan ditempah dari restoran Melayu atau jiran tetangga yang berbangsa Melayu. Aku sudah meraikan Hari Natal beberapa kali di Sarawak ini. Aku kagum dengan toleransi masyarakat di sini. Tatkala di Semenanjung aku hanya nampak kepura-puraan majmuknya masyarakat berbilang kaum sebagaimana di laungkan kerajaan, hakikatnya di Sarawaklah realiti masyarakat berbilang kaum dapat dilihat dengan jelas. Aku sedar akan hakikat betapa sempitnya pemikiran masyarakat Melayu di Semenanjung... aku sedar keluargaku sendiri memiliki pemilikan jumud yang sama. Namun aku bersyukur atas pengalaman yang kutempoh sepanjang aku bekerja di bumi Sarawak ini. Sekurangnya mengajar aku berfikiran terbuka dan optimis di dalam kehidupan. Aku tidak mengagungkan agama mereka, aku hanya bersama mereka menyambut hari perayaan. Mungkin aku tidak sehaluan dengan beberapa mufti yang mengharamkan kita menyambut perayaan agama lain, tapi aku belajar agama dengan mendalam di UIA untuk melihat sesuatu dengan mata dan minda yang lebih terbuka. Kenapa Islam dipinggirkan di mata masyarakat dunia? Ini adalah kerana kita sendiri yang memencilkan diri dari mengadaptasi perubahan zaman. Islam seharusnya berkembang sejajar arus perubahan zaman dan bukannya bertahan dengan kegemilangan silam yang sudah pudar. Melalut pulak aku ni ekekekek... anyway tahun ni aku tidak pasti di mana aku menyambut perayaan ini. Tiada lagi Julia dan keluarganya yang ramah meraikan aku di kampung mereka... nantikan catatan Krismas ku yang seterusnya...

No comments: