Wednesday, December 20, 2006

Sinetron Angker Di Indosiar

Beberapa hari aku pergi outstation, aku dapati hotel tempat aku menginap menyediakan satu saluran tv melalui parabola satelit iaitu Indosiar. Menarik juga rancangannya walau aku tak berapa faham bahasa yang dituturkan. Iklan-iklannya juga ada yang kelakar. Maklumlah dituturan dalam Bahasa Indonesia. Beritanya juga agak sensasi. Namun yang aku rasa agak best ialah penyiaran sinetron atau drama-drama seram pada setiap pagi. Bila aku balik ke bilik, dan bila aku buka saluran Indosiar, pasti ada drama seram. Walaupun bukan filem, dan ianya dibuat tahap-tahap cerekarama, aku suker juga melayannya. Ada cerita Siluman Ular, Misteri Mak Lampir dan pagi tadi Sundel Bolong. Agaknya bajet ciput, antu-antu puaka tu semuanya nampak tahap lawak giler babas. Mekap pun buruk sikit dari pondan kat Chow Kit. Lepas tu akan ada adegan antu-antu melawan ustaz atau kiyai yang memiliki tahap power giler babas dengan aura-aura tahap komik Hong Kong. Takdelah seram sangat sebab aku tengok di siang hari mueheheheh... kalau tengok memalam tu mungkin juga terasa seramnya. Aku rasa dasar keterbukaan rancangan tv di Indonesia bolehlah dipuji. Memang ada adegan yang berunsur syirik dan khurafat, tapi bagi aku itu hanyalah hiburan. Ambillah iktibar mana yang patut. Masalahnya Lembaga Penapisan Filem (LPF) kita terlalu keras dalam menapis filem atau drama sebegini. Aku rasa filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) akan lebih seram sekiranya LPF mempunyai garis panduan yang lebih terbuka. Orang zaman kita bukannya terlalu bodoh untuk membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Tidak dinafikan di dalam menuju kemajuan, elemen tahyul yang sebati di dalam masyarakat semakin ketinggalan. Ia mungkin satu budaya yang tidak penting namun ianya tidaklah harus dibasmi sedemikian rupa. Ia adalah identiti masyarakat kita. Ia adalah satu sejarah kebudayaan kita. Kita terlalu mengejar kemajuan. Semuanya harus dibuktikan dengan fakta namun ada hal-hal yang tidak dapat dijelaskan dengan mata kasar dan kajian saintifik. Kita sebenarnya hipokrit. Membenarkan filem seram asing memasuki pasaran tempatan, dan mengenakan syarat ketat ke atas pengeluar filem tempatan. Aku rasa Shuhaimi Baba akan dapat mengeluarkan filem yang lebih bagus dari 2 sekuel PHSMnya sekiranya LPF tidak mengenakan syarat tidak logik. Tapi aku tetap prejudis dengan apa apa filem dari Prof. Mamak Padukang tu... bagi aku apa apa jua filemnya tiada nilai estetika langsung. Enough said, I salute Indosiar dengan tayangan sinetron angkernya setiap pagi. Petang tadi pun ada filem siluman kera ke apa ke namanya... aku tengok pun dah nak habis. Tak sabar menanti apa pula tayangan filem esok hari... nasib baik aku balik ke hotel awal.... layan.......

No comments: