Thursday, September 14, 2006

Aku orang Kuantan...


Aku berasal dari Pahang... lahir di Pahang, dibesarkan di Pahang, bersekolah di Pahang... tapi sekarang ni aku kerja di Sarawak. Untuk membuktikan aku ni rakyat Pahang, maka aku akan menyanyikan lagu negeri Pahang dengan suara lemak berkrim aku...
"Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah
Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami"

Hometown aku ialah Kuantan. Bagi aku Kuantan ialah tempat yang paling best sebab di Kuantan aku dapat makan keropok lekor dengan mudah. Sedap pulak tu (keropok lekor peberet aku ialah yang di buat di Kampung Selamat, Kuantan...) Kalau aku balik Kuantan, memang aku akan cari keropok lekor Kampung Selamat. Biasanya mak aku yang carikan, aku sediakan duit aje ekekekeke.

Kuantan sekarang ni dah pesat membangun. Tak macam dulu. Ramai orang kata Kuantan sekarang ni dah lain, especially kalau mereka pernah datang ke Kuantan 10 tahun yang lalu, dan hanya kembali semula ke Kuantan baru-baru ini (mentang-mentanglah dah ada highway, baru korang teringat nak turun Kuantan yek?) Aku akui Kuantan dah makin besar dan mungkin menunggu masa aje nak dinaik taraf sebagai bandaraya. Jalan-jalan dah penuh sesak dengan kereta... kompleks membelibelah dah banyak... Jalan Gambang yang dulunya hanya semak samun dan banyak pokok getah kini diterangkan untuk memberi laluan kepada projek perumahan... pantai Teluk Chempedak kini makin ramai dikunjungi manusia dan makin banyak monyet yang turut sama ambik angin... tapi aku rindukan Kuantan yang dulu... Kuantan tahun 80an yang lebih relaks, lebih sunyi dan lebih kurang umat manusia. Kuantan sekarang ialah lambang sebuah bandar yang bakal menjadi metro seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya ataupun Ipoh... sesak dengan manusia dengan pelbagai ragam, sesak dengan kenderaan yang menyesakkan jalan dan mengotorkan udara, sesak dengan pelbagai budaya negatif... agaknya aku ni elok duduk di area kampung aje kot? Aku tak suka hiruk pikuk kota... aku cintakan alam... amendalah yang aku merepekkan ni?

Lain kali ajelah aku sambung nostalgia aku mengenai Kuantan...

No comments: