Friday, September 22, 2006

Maggi yang sedap...

Maggi... makanan rasmi bebudak asrama dan kolej. Memandangkan bulan puasa bakal menjelang, rasanya maggi mungkin akan kurang dinikmati... maklum ajelah banyak makanan lain yang nak dilahap. Apa kelas makan maggi kan? Tapi sebelum maggi ditenggelamkan seketika, apa kata kita buat tribute untuk makanan yang best ni terutamanya di hujung bulan...

Mak aku selalu gak masak maggi kat umah untuk kami adik beradik. Tapi mak masak dengan meletakkan sayur, bawang dan hirisan lada. Telur pun taruk sebijik. Maka sedaplah jadiknya maggi ni. Di asrama aku tak pandai nak makan maggi yang direndam dalam air panas tu. Tak tau kenapa... dua tahun aku tinggal di asrama sewaktu tingkatan 4 dan tingkatan 5, aku tak pernah ada keinginan nak makan maggi di asrama. Pantang aku makan maggi sejuk atau yang dah kembang... loya tekak aku menelannya...

Tapi bila aku masuk pusat matrikulasi, dan masuk kolej... aku start belajar makan maggi. Maklum ajelah, ada masanya duit poket yang diterima kehabisan sebelum mak aku kirimkan duit... jadi untuk survival mahu tak mahu aku kena belajar melantak maggi. Dan makin menjadi-jadi aku makan maggi sewaktu di fakulti. Setiap kali dapat duit poket dari emak, aku akan pastikan aku beli sepeket maggi yang ada 5 bungkus tu buat stok. Andai kata tiada atau kurang duit nak makan di kafeteria, maggi lah penyelamat aku. Untuk pengetahuan korang gak, aku hanya makan maggi kari dan maggi ayam. Perisa lain aku tak makan. Bukannya aku tak suka, cuma aku tak pernah try. I am a creature of habit... ulangi benda yang sama sampai mati wakakakak... berbalik kepada kisah maggi ni, di kolejlah aku belajar buat maggi goreng... simple dan sedap. Kekadang boring gak nak makan maggi rendam dalam air panas tu kan? Alternatifnya aku goreng maggi tu. Resepi kawan aku. Tapi kena ada dapurlah... kat kolej, kawan aku ni ada hot plate. Memula gorengkan sikit bawang dan lada dalam kuali... agak-agak dah layu tu terus masukkan air. Biarkan sampai mendidih, masukkan maggi dan rencahnya. Gorenglah sampai maggi lembut. Maggi ni taklah kering sangat... ada kuah sesikit, then taruk telur sebijik... nak best lagi taruklah sawi. Bila makan tu terangkat beb! Aku bangga gak sebab kawan sekolej aku yang merupakan anak-anak dato' dan ahli perniagaan terkemuka turut menumpang mengecek maggi goreng aku ni walau aku tau dia orang semua mampu nak makan kat restoran memahal. Agaknya tak pernah merasa makanan golongan marhain ni kot?

Sekarang ni aku masih makan maggi... cuma sesekali aje. Aku dah bertekad masa aku belajar arituh yang aku takmo jadikan maggi rutin harian dalam diet aku. Aku makan maggi bukan sebab aku suka, tapi sebab aku tak cukup duit nak makan kat kafeteria. Bila dah keje, aku dah tanamkan azam yang duit gaji aku... hasil titik peluh aku tu akan aku belanjakan untuk makan sesedap. Tapi bila sesekali makan maggi, dan mengenangkan kisah betapa maggi ni mengelakkan aku dari lapar sewaktu di kolej dulu, aku rasa tribute ke atas makanan ringan ni tepat pada waktunya. Pada masa pelbagai jenis makanan muncul di bulan puasa yang bakal menjelang sehari dua ni, maggi akan terpinggir seketika... namun ianya tetap popular. Terutamanya di kalangan pelajar universiti dan kolej yang susah macam aku ni...

Maggi adalah kehidupan bagi pelajar sengkek...

Itu aku setuju....

No comments: