Friday, September 22, 2006

Puasa hari Ahad...

Akhirnya diumumkan juga bahawa puasa akan bermula hari Ahad nanti. Aku tunggu dengan sabar Warta Perdana TV1 umumkan tarikh permulaan puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Malaysia. Esok akan sibuklah pengusaha pasar Ramadan membeli barang untuk dijual; dan kita sebagai pembeli pulak belum apa-apa lagi sudah mula berkira-kira apalah agaknya juadah yang hendak dibeli untuk berbuka puasa pada hari minggu nanti. Yang pasti, emak aku akan sibuk pergi ke pasar esok. Mengambil kesempatan membeli barang dapur di Pasar Besar Kuantan, lagipun esok masih tidak puasa. Kalau hendak di beli pada pagi minggu, mungkin penatlah. Bagi aku pulak, persiapan seadanya sahaja. Orang bujang macam aku ni yang makan kedai pagi petang siang malam tidak buat apa-apa persiapan pun. Semuanya pakat beli aje. Lagipun aku akan pergi ke luar daerah atas urusan kerja pada hari minggu selama seminggu. Harap-haraplah kerja ni tak meletihkan aku. Apa nak di makan untuk bersahur esok yek?

No comments: